Teks

Khamis, 29 Mei 2014

Lebih Indah


 بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum w.b.t


      Sudah agak lama kan saya tidak mengupdate entri, Fuhh!!  kali ini saya ingin mengupdate entri tentang kemunculan buku kompilasi pertama saya. buku kompilasi cerpen. yang bertemakan lebih indah. nak tengok ke cover buku ni ? okey letakkan. tadaaaa!!!  inilah buku tersebut. cantik tak ??

AKAN DATANG !!


inilah buku tu! Antologi Cerpen Lebih Indah.
TagLinenya :
"Yakinlah, bahawa LEBIH INDAH akan hadir pada waktunya." 


P/s : Di sini, saya akan sertakan sedikit story saya dalam antalogi cerpen ini. RELAKAN JIWA.


tentang sebuah pilihan antara iman dan cinta

=============

Dupp!! Dappp!! Dappp!!

‘Pasti hadiah ini untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu saja lagi.’ Qhaidir berbicara dengan hatinya.

Balutan kertas itu dia buka dan di dalamnya ada isi. Isi itu adalah botol kaca yang berbentuk hati. Di dalam botol itu pula penuh dengan origami berbentuk bintang yang dibuat oleh Muqaramah. Dia buat Khas untuk Qhaidir. Di dalam botol kaca itu, ada kad kecil berwarna biru langit kegemarannya. Dalam botol kaca itu, terselit dua keeping kad. Qhaidir sebak di saat dia membaca bait-bait kata dalam kad yang pertama itu. Sungguh menusuk hati sanubari Adamnya.

"Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari lagi. Sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Saya juga berharap saya tetap berada di hati awak walau apa pun yang terjadi. Happy Birthday sayang…"

Kemudian Qhaidir membuka pula kad yang kedua. Lagi bertambah sayu perasaannya ketika itu.


Aku tidak pernah memilihmu untukku....
Tapi Allah yang telah memilihmu untukku...


Aku tidak pernah berharap mencintaimu...
Tapi Allah yang telah menundukkan hatiku untuk memberikan cinta ini padamu...


Aku tidak pernah bermimpi untuk mendampingimu...
Tapi Allah yang telah menentukan jalan hidupku untuk mendampingimu...

Aku juga tidak pernah berharap menanggung rasa ini atas cintaku padamu...
Tapi Allah yang telah memberikan rasa ini dan harus kutanggung atasmu...

Itulah aku adanya...


Tidak pernah kurasa untuk mengatur hatiku sendiri...
Kerana Sang Pemilikku yang telah menentukannya.. bagaimana untuk aku buat, untuk memberikan rasa kasih aku kepada siapa, menanggung rasa perit yang bagaimana, aku harus berada di samping siapa dan untuk apa.....

Setelah Qhaidir membaca ayat di atas kad yang berwana biru langit itu. Badannya mula lemah longlai dan tak tak bermaya. Fikirannya ketika ini juga goyah. Dia cuba untuk gagahi jua berdiri. Dia buka botol kaca yang berbentuk hati itu dengan penuh berhati-hati. Qhaidir ambil satu keping origami yang berbentuk bintang.

Lalu, dibukanya origami itu dan di dalamnya tertulis.

Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late...’ Qhaidir tersenyum sendirian. Semangatnya yang semakin menghilang kini kembali dengan sirnaya. Qhaidir buka lagi origami bintang yang seterusnya. Walaupun Muqaramah meletakkan syarat satu hari cuma satu saja. Tapi, Qhaidir telah melanggar syarat itu.

=============
~Percayalah Yang Lebih Indah Akan Datang Pada Waktunya~ JUN 2014

NANTIKAN JUNE 2014 !!

Dapatkan ... jangan lepaskan peluang ini