Teks

Sabtu, 7 Jun 2014

Air Mata Seorang Kekasih

BAB 2

NAZMI…” panggil Humaira dari sebalik talian telefon itu.

Ye, saya.” Jawabnya sepatah. Gadis itu terdiam agak lama setelah mendengar jawapan daripada Nazmi.

Ish, apasal lah dengan minah  ni call aku selalu ni. Tunang dia tak marah ke dia duk call aku ni. Haisy, tak fasal-fasal nanti dia cakap aku perampas tunang dia pulak.’

Sekarang ini bukan sahaja awex, jangankan tunang, Isteri orang pun ada orang boleh rampas tau kalau tak pandai jaga, orang lain kebas dan beralih hati. Nazmi berharap dirinya tidaklah menjadi seperti ini.

‘Yang Humaira ni pun dalam banyak-banyak orang kenapa aku yang dia cari adoi…’

‘Masalah-masalah… Benda kecik boleh jadi besar macam ni.’ Fikir Nazmi. Dalam  kepalanya sekarang ini tengah berserabut tambah lagi dengan masalah di tempat kerjanya itu. Pelbagai karenah yang perlu dia layankan.

“Awak…” panggil Humaira. Lamunanya seketika tadi hilang dari mindanya.

“Macam ni lah, saya harap awak faham ye keadaan sekarang ni.”

“Bukan saya tak nak awak contact saya selalu, tapi…” kata-katanya terhenti disitu tidak dapat untuk dia ucapkan.

“Tapi apa awak?” soal Humaira ingin tahu.

‘Tapi kenapa? Kenapa dia tak nak aku berhubung dengan dia? Dia tahu ke aku suka dekat dia?’ persoalan itu menjengah ke kotak fikiran Humaira.

“Tapi, saya mesti buat awak begini. Saya tak nak Erzwan rasa di duakan oleh awak.”

“Saya tak nak awak berlaku curang dengan dia sekarang. Saya tidak dapat untuk berfikir. Saya perlu didik awak begini, kalaulah awak masih berhubung lagi dengan saya nanti. Mesti, Erzwan akan kecik hati.”

“Saya tak nak nanti bila awak sudah berkahwin dengan dia. Awak sanggup untuk tinggalkan dia demi seorang lelaki lain.”

“Dia ikhlas sayangkan awak tau. Saya tau sebab saya juga seorang lelaki.”

“Seorang lelaki dia tidak akan menipu perasaannya.”

“Kalau dia suka dekat seorang wanita tu dia sanggup melakukan apa sahaja supaya wanita itu tidak hilang dari kehidupannya. Percayalah!”

“Suatu hari nanti dia akan menjadi suami yang terbaik buat awak.”

“Saya tak nak suatu hari nanti dia rasa kehilangan kasih sayang daripada seorang isteri.”

“Sebab tu saya tak nak kerana saya, awak dan dia bergaduh dan saya menjadi penghalang yang besar dalam hubungan cinta awak dengan dia.”
“Semua orang tahu awak dan dia adalah pasangan kekasih yang sedang hangat dilamun cinta. Itu sahaja cara saya untuk membalas cinta awak. Saya ikhlas.” Luah Nazmi pula.

‘Apa! Selama lima tahun dia mengenali aku. Dia tahu aku menaruh hati kepada dia.’

‘Tapi, kenapa? Kenapa? Di saat Erzwan melamar aku untuk menjadi tunangannya suatu ketika dulu dia tidak halang.’ Fikir Humaira.

‘Adakah dia sengaja membuat aku sebegini. Dia mahu meyiksa perasaan aku ke?’ macam-macam persoalan yang difikirkan oleh gadis ini. Dia mahu berterus terang dengan Nazmi. Dia menerima lamaran itu pun kerana dia sudah penat menunggu pemuda itu. Pada ketika itu dia berasa cintanya bertepuk sebelah tangan.

“Saya tahu niat awak, dan saya harap awak tak kan pernah tinggalkan saya, tu aje.”

“Cinta saya terlalu kuat untuk awak Nazmi...” dia tidak dapat meneruskan kata-katanya. Matanya sudah mula berkaca dengan butiran manik-manik putih ketika ini. Walupun Nazmi tidak Nampak dirinya sekarang ini, perasaan  itu tidak dapat dibendung lagi.

“Saya perlu ikut awak Nazmi…” kelihatan kata-kata itu terdengar samar-samar dibalik talian telefon. Masalah talian mungkin. Manik-manik putih yang berkaca itu tadi telah mengalir keluar menitis di balik kelopak matanya. Tidak dapat dibendung lagi. Humaira menangis dengan tersek-esak.

‘Hah? Rupanya selama ini Humaira juga menaruh harapan terhadap dirinya.’ Jadi, tak sia-sialah dia pendam selama ini.

‘Adakah aku telah menyiksa jiwanya. Kerana aku tidak tahu dia juga mencintaiku.’

‘Berdosakah aku selama ini.’ Nazmi cuba untuk berfikir sejenak.

Setelah mendengar kata-kata itu Nazmi hanya mengukir seulas senyuman. Tiada sekelumit pun perasaan bersalahnya terhadap gadis itu. Walaupun  Humaira tidak nampak senyumannya ketika itu. Tetapi, diri Nazmi cukup berasa bahagia apabila mendengar ucapan dari gadis itu. Ternyata cintanya juga tidak bertepuk sebelah tangan. Dia juga menyimpan perasaaan terhadap Humaira selama lima tahun yang lalu.

Oh ye, baru dirinya teringat dia terlupa hendak beritahu sesuatu. Sebenarnya Humaira pergi keluar Negara, dia telah pergi mengikuti bapa Erzwan ke negeri China atas urusan kerja di sana. Erzwan juga ada urusan kerja di sana bagi mewakili syarikat bapanya Tan Sri’ Hanif.

*  *  *  *  *
“Nazmi…” panggil seseorang.

Dia pandang sekeliling, cuba untuk mencari kelibat suara seorang gadis yang memanggilnya. Berkalih sekilas pandang kebelakang dan alangkah terkejut apabila melihat tubuh badan seorang gadis yang agak dia kenali. Dia kenal dengan suara itu. Lynda itulah nama dia. Nazmi penah menolak cinta dari gadis ini suatu ketika dulu kerana dia benar-benar menyintai Humaira. Tetapi, apa yang dia nampak itu ada satu kelibat cahaya. Cahaya putih itu terpancar di sekelilingnya. Tiba-tiba saja ada sebuah sentuhan hinggap di bahunya. Dirinya segera menoleh lagi.

“Lynda…” terperanjat dirinya. Beberapa minit dia terkaku disitu. Tidak dapat untuk menggerakkan anggota badannya.

“Nazmi… Naz.” Lynda cuba merayu  untuk membuatkan Nazmi jatuh hati kepadanya.

“Naz… Naz, kena bantu Lyn.” Beritahunya. Kelihatan kepalanya menunduk kebawah.

“Kau nak apa lagi hah? Belum cukup ke apa yang kau dah buat dekat aku suatu ketika dulu semasa zaman sekolah.”

“Aku nyasris-nyaris kena tangkap Khalwat dengan kau.”

“Kau memang perempuan jahat Lyn.”

“Sampai hati kau buat macam ni kan?”

“Aku ingat selepas tamat zaman sekolah. Kita tak akan bertemu lagi tapi aku silap, muka kau yang aku nampak hari ni.”

“Kau nak apa hah?” soal Nazmi. Perasan amarahnya ketika ini membuak-buak. Tidak dapat dibendung lagi api gelora kemarahannya itu. Dia tidak mahu lagi mengingati peristiwa hitam yang berlaku kepada dirinya di sekolah suatu ketika dulu.

“Apa yang kau cuba untuk beritahu ni?” soal Nazmi ingin tahu. Dia ingin cepat-cepat beredar dari sini.

“Naz janji dengan Lyn yang Naz akan bantu Lyn,” luah gadis ini.

“Ini fasal Humaira.”

‘Hah Humaira? Kenapa dengan dia.’ Batinya meronta-ronta ingin tahu apa yang terjadi dengan gadis kesayanggannya ini.

“Kenapa dengan Humaira.” Telopong mata Nazmi saat ini setelah mendengar nama Humaira itu. Matanya seoalah-olah mahu terkeluar sahaja dari kantung bebola matanya. Jantungnya pula seakan terhenti berdenyut. Udara dalam paru-parunya seakan turun naik.

“Humaira adalah cinta Erzwan dunia dan akhirat.”

“Jadi, Humaira tak lama lagi akan berkahwin dengan dia. Humaira suruh saya pastikan awak sentiasa bahagia.”

“Dia hendak pastikan saya bahagia bersama awak.”

“Dia mahu kita hidup bahagia dalam apa jua cara sekalipun.”

“Humaira hanya ada Erzwan sahaja. Jadi, dia meminta Lyn untuk bantu dirinya melupakan Naz.”

Panggggggg!!

Kedengaran sebuah tamparan kuat yang mengenai pipi gadis yang berkulit mulus ini. Entah kenapa tangannya pada masa itu terasa ringan, dan entah dari mana datangnya kuasa untuk menampar pipi perempuan itu tanpa dia sedari. Lynda hanya mengurut-ngurut sahaja pipinya yang kemerah-merahan itu.

“Berani kau cakap macam tu.”

“Pergi kau dari sini.”

“Jangan muncul lagi dalam hidup aku.” Marah Nazmi. Marahnya yang dulu masih lagi bersisa. Entah kenapa tangannya ringan seketika tadi untuk menampar gadis ini. Lynda yang sedang mengalami kesakitan itu berlalu pergi dari situ tanpa berkata apa-apa. Kelihatan linangan air matanya mula mengalir di balik pipinya yang kemerahan dek tamparan itu. Inilah kali pertama dalam hidupnya menampar seorang gadis.

‘Betul ke apa yang aku buat tadi.’

‘Aku ke yang menampar dia tadi.’ Perasaan bersalah mula menyelubungi dirinya. Persoalan bermain-main dimindanya. Dia cuba untuk memanggil gadis itu tadi. Tapi, ternyata Lynda sudah tiada lagi di situ. Gadis itu sudah hilang dari pandangan mata kasarnya. Matanya ketika Ini kelihatan kabur. Kenpalanya menjadi berat. Dia cuba untuk memanggil nama perempuan itu.

“Lynda…”

“Lyndaaaaaaaa…” Laung pemuda ini.

“Nanti dulu. Tunggu Lyn! Lyndaaa!!” panggilnya lagi. Berkali-kali tapi tiada sahutan yang berbalas.

Tiba-tiba sahaja muncul kelibat Erwan. Kekasihnya Humaira itu. Entah dari mana datangnya. Erwan sempat berpesan kepada dirinya.

“Mie, aku serahkan Humaira pada kau.”

“Kau jagalah dia dengan sebaik yang mungkin.”

“Kerana aku tahu, engkau lebih berhak untuk jaga dia berbanding aku. Aku tahu, dia cinta dekat kau. Dan kau juga menaruh harapan yang sama kan.”

“Harap kau pegang janji ini ya.” Beritahu Erzwan dan dia terus berlalu pergi. Bayang-bayangnya juga turut tidak kelihatan lagi.

“Erzwan…” panggil Nazmi.

“Erzwan… Wannnn…” Laung Nazmi lagi.

“Jangan pergi Wan apa maksud kau.” Masih lagi tiada kelibat Erzwan disitu. Pandangannya semakin menjadi kabur dan kepalanya menjadi berat seakan-akan hilang pertimbangan dari dunia itu.

Sir…”

Sir…” kedengaran ada orang yang memanggilnya. Bahunya disentuh oleh seseorang. Dia terperanjat dan terjaga dari tidurnya. Kini dia telah kembali kedunia yang nyata. Dia beristighfar. Mimpi yang seakan-akan benar berlaku di hadapannya. Itu adalah mimpi buruk buat dirinya.

Sir, kita akan mendarat kira-kira dalam masa tiga puluh minit sahaja lagi.” Beritahu peragamugari pesawat ini. Dia menghadiahkan seulas senyuman manis yang di ukir dibibirnya. Nazmi membelek-belek jam ditangannya. Kelihatan sudahpun pukul enam petang. Dia telah tidur pada waktu asar tadi. Dia terlepas untuk solat asar. Dia bangun dari tempat duduknya lalu, mengambil wudhuk untuk menunaikan solat. Sebagai tanda menghormati waktu. Itulah yang mampu untuk membuat dirinya berasa tenang daripada mimpi yang dialami olehnya sebentar tadi. Sungguh mengerikan bagi dirinya.

Setelah sampai di Baiyun International Airport, Guangzhou Nazmi segera menaiki cab yang menanti di situ. Jam di China menunjukkan pukul 6.30 petang. Kira Nazmi bertolak dari Kuala Lumpur pukul 2.30 petang, dan mengambil masa hanya empat jam perjalanan dari Malaysia. Kalau ikut masa di Malaysia sekarang pukul 6.30 petang juga.

Waktu China dengan Malaysia adalah sama kerana berada ditengah-tengah garisan Malaysia. Nazmi hanya dapat melelapkan matanya selama dua jam sahaja dalam pesawat itu. itupun asyik tersedar akibat gegaran dalam kapal terbang. Atau mungkin hatinya tidak tenteram dengan paggilan yang diterima pagi tadi. Sedang Nazmi bergegas ke tempat kerja.

Aunty Marissa Calling…

“Naz, kita perlu pergi ke China dengan segera! Mereka kemalangan!” itulah panggilan yang diterima oleh mak cik Marissa.
Nazmi terasa seperti kehilangan udara yang disedut olehnya. Jantung juga seperti berhenti dari mengepam oksigen yang disedut melalui rongga mulut dan hidung. Dan sampai sekarang Nazmi masih seperti tidak keruan dirinya tidak tenang. Berkali-kali juga dia memanjatkan doa kepaada Allah s.w.t supaya orang-orang yang di kasihinya tidak di apa-apakan.

Cover E-Novel : Air Mata Seorang Kekasih


Air Mata Seorang Kekasih

BAB 1

TERMENUNG seketika dirinya di tikar sejadah pada pagi itu. Dia menutup kembali surah yasin yang telah selesai dibacanya. Pandangannya pada ketika itu tidak terlepas dari memandang sekujur tubuh yang telah terbaring lesu di atas katil. Sudah hampir tujuh hari tubuh pesakit itu berada dalam keadaan koma.

Sepanjang tujuh hari itu juga, selepas sahaja tamat dari waktu bekerja Nazmi akan segera ke Hospital Pakar Metro yang terletak di Bandaraya Sungai Petani, Kedah. sudah masuk tujuh hari, masih lagi tiada respons dari pesakit yang paling dia cintai.

Pesakit ini masih lagi berada di hospital pakar ini sejak dipindahkan dari salah sebuah hospital lain. Permindahan ini berlaku atas permintaan Nazmi sendiri. Sebenarnya, dia meminta pesakit dipindahkan ke hospital ini adalah lebih mudah untuk dirinya datang melawat. Lagipun dia tidak boleh abaikan pekerjaannya di sini. Mandi juga di bilik air yang telah disediakan di bilik ini. Adakalanya juga dia bermalam di bilik ini. Bilik ini memang dikhaskan untuk seorang pesakit sahaja.

            “Awak... sudah lama awak tidur.”

“Awak…” panggil Nazmi.

“Awak tak kesian ke dekat saya.”

“Awak bangunlah, saya sentiasa ada untuk awak di sini.”

“Saya akan setia untuk menunggu awak.”

“Bangun lah awak.” Rayu Nazmi. Kelihatan di balik matanya sudah mengalirkan butiran manik-manik putih yang jernih.

Air mata itu terus mengalir di sebalik kelopak matanya. Seperti ia tidak akan kering lagi. Adakalanya dia seperti seseorang yang cukup lemah, mengharap apabila dia bangun ketika subuh menjelma esok, Humaira akan tersedar dari tidurnya. Tapi sudah lebih tujuh hari gadis itu masih memejamkan mata. Kelihatan Nazmi bemonolog dengan hatinya.

‘Aku perlu kuat untuk menghadapi semua ini.’

‘Ini adalah ujian dari Allah buat aku.’

‘Ya Allah… aku tak sanggup, kau kuatkan lah imanku, kau berikanlah aku petunjuk. Supaya aku selalu bergerak ke arah jalan-Mu.’

‘Ya Allah… kau permudahkanlah hamba-Mu ini untuk menghadapi ujian dari mu.’

‘Engkau ringankan lah dugaan yang engkau berikan kepada tunangku. Yang akan aku nikahkan dalam masa satu minggu sahaja lagi.’

‘Berikanlah kekuatan kepada dia, kurniakanlah kesihatan fizikal rohani dan jasmani yang baik buat dirinya.’

‘Ya Allah, hanya kepada-Mu aku meminta pertolongan, dan hanya kepada-Mu aku merayu. Amin.’ Rintih Nazmi dalam hatinya.

Seketika kemudian dia menyelimuti tubuh  gadis itu dengan selimut. Mengucup perlahan tangan Humaira yang dipenuhi dengan wayar berselirat. Dirinya hilang sedikit iman dalam diri apabila dia mengucup lembut tangan tunangannya itu. Dalam keadaan sedih ini dia tidak dapat membendug gelora kesedihannya. Dia merenung seketika pada balutan di kepala tunangnya, dan mengusap perlahan.

Mungkin juga dia ingin memberi kekuatan untuk gadis ini, walaupun dia tahu Humaira tidak sedar. Nazmi melangkah perlahan menuju ke arah kerusi yang disediakan di situ. Malam ini dia terasa malas untuk pulang ke rumah sewanya. Mazli rakannya juga tiada di rumah  dalam masa lima hari ini. Dia ke Kuala Lumpur atas urusan keluarga. Dia pergi sana, untuk tolong bapa dia uruskan beberapa tugasan di sana. Semasa sehari sebelum bermulanya majlis perkahwinan Nazmi barulah Mazli akan pulang ke rumah sewa ini.

Mengimbau kembali kisah pertemuan dirinya dan juga Humaira. Hampir lima tahun sudah berlalu. Kenangan indah bersama Humaira tidak dapat dia lupakan. Itulah, kenangan yang Nazmi tidak  akan lupa hingga akhir waktu nanti. Teringat kata-kata Humaira kepadanya.

 “Cinta saya untuk awak tidak akan padam, biarpun waktu berjalan.”

 “Biar kita jauh dan tidak bersama, tapi cinta saya ini tidak akan pernah pudar untuk awak.”

“Tidak akan saya lupa satu perkara pun tentang awak, kecuali jika Allah tarik segala ingatan saya tentang awak.” Itulah kata-kata yang diluahkan oleh Humaira sebelum dia terbaring di atas katil ini.

Kelihatan dirinya tersenyum sendirian di kerusi itu sambil menikmati keindahan malam di balik jendela kamar bilik pesakit itu dan akhirnya Nazmi terlena dan dibuai mimpi indah bersama Humaira. Sebenarnya bukanlah mimpi tetapi segala kenangan pahit manis dirinya bersama Humaira.

*  *  *  *  *

Tiga bulan yang lepas, dia telah mendapat satu panggilan dari Humaira. Tetapi, panggilan itu tidak dijawabnya. Nazmi hanya membiarkan saja panggilan itu berdering. Dia tidak mahu menjawab panggilan gadis itu. Dia ingin menumpukan tumpuan kepada kerjanya. Berkali-kali panggilan itu berbunyi akhirnya dirinya akur dan pasrah. Dia cuba untuk menjawab panggilan itu.

“Assalamualaikum… awak.” Panggil Humaira.

‘Kenapa lambat betul dia mahu menjawab panggilan aku.’ Fikir Humaira dalam hatinya.

“Waalaikumussalam.” Jawabnya ringkas.

“Ya, cik boleh saya bantu?” soal  Nazmi pula.

“Cik nak cari siapa ye?”

Aik, betul ke number yang aku dail ni? Bukan ke number ni yang dia kasi dekat aku masa chating dekat Facebook hari tu.’ Hati kecil Humaira berkata.

“Hehehe… sorry.” Ketawa Humaira.

“Boleh saya bercakap dengan Nazmi Tajudin?”

“Dia ada?” Soal si pemanggil. Humaira cuba mendesak. Dia tidak mahu bermain dengan panggilan ini.

“Dia ada aje kenapa?” soal Nazmi.

Ish, mamat ni aku tanya elok-elok ni, dia main-main pulak. Sakit betul hati aku ni.’

‘Kalau dia ada dekat depan aku sekarang mau saja aku seligi kepala dia.’ Bentak hati hawanya.

“Saya tanya dia ade ke tak?”

“Jangan nak main-main boleh tak?”

‘Amboi garangnya gadis ni.’ Kata hati Nazmi. Dia tidak henti-henti ketawa. Kelihatan segaris senyuman terukir di bibirnya.

“Nazmi tengah busy lah.”

“Boleh tak cik call dia lain kali?” pinta Nazmi.

“Naz…” lembut sahaja suara tu. Dia mahu pujuk barangkali.

“Hahaha… ye awak.” Jawab Nazmi. Ketawanya yang sejak dari tadi dia tahan akhirnya tersembur keluar dari mulutnya.

‘Ish, tak kelakar lah. Boleh ketawa dekat aku pulak mamat ni.’

‘Kalau ada depan mata aku. Memang aku akan cincang lumat.’ Marah Humaira dalam hatinya. Marahnya dari tadi tidak hilang-hilang lagi.

“Pandai awak kan, menyamar jadi orang lain.”

“Terkejut Ira tau.” Beritahu Humaira.

“Haa… ni ada apa call saya ni?”

“Mesti ada hal kan? Kalau tak kenapa call?” sergah Nazmi. Hampir sahaja tercabut jantung dari badannya itu.

“Ira rindu Naz lah.”

“Oh, ingatkan apa. Saya pun rindu awak jugak. Rindu sangat-sangat.” Jawab Nazmi acuh tak acuh.

‘Laa… aku ingatkan dia call aku ada apa, rupanya nak cakap kata dia rindu aje. Alahai, Humaira… Humaira, apalah kau ni.’ Hati Nazmi berkata-kata. Sekilas senyuman terpacar diwajahnya.

“Merana tau saya duduk di sini, enam bulan pulak tu.”

“Sudah la tu saya cukup rasa terasing. Lama sangat saya tinggalkan bumi Kedah. Dah macam orang gila saya kat sini. Bulan depan saya balik lah Malaysia.”

“Dah penat tinggal dekat sini.” Luah hati Humaira. Dia berharap dengan luahan ini Nazmi akan bersimpati dengan dirinya ini. Dia rindu keluarganya di kampung halamannya. Rindu akan suasana pepohon kayu yang hijau. Rindu akan suasana sawah padi dan sungai tenang yang mengalir berdekatan dengan rumahnya itu.

“Isshhh, awak ni… apa kata Erzwan tunangan awak tu, kalau dia dengar mesti kecik hati dia.” Nazmi cuba memujuk Humaira ketika ini. Erzwan adalah kekasih Humaira sejak dari bangku sekolah. Mereka bercinta semasa menuntut di tingkatan enam. Di sekolah Putra Tropika Lestari. Kini mereka berdua telah bekerja di salah sebuah syarikat milik ayah Erzwan. Mereka mengambil satu jurusan dan bidang yang sama.

“Oppsss, sorry awak, By the way dia ada kirim salam.”

“Naz…” panggil Humaira. Kelihatan suaranya kini mendatar.

 ‘Bila cinta itu sudah berpupuk aku sia-siakannya.’

‘Tidak aku luahkan kepada dirinya. Sekarang aku yang menderita.’

‘Derita kerana seorang lelaki. Bila cinta tu amat aku perlukan. Aku tolak-tolak dia.’ Kata-kata itulah yang selalu muncul di benak Humaira sehinggakan dia dihantui masa lalunya. Dia menaruh hati kepada Nazmi tetapi terpaksa dipendamkan olehnya. Kerana dia tahu Nazmi akan menolak cintanya ini.

“Jangan lupa untuk jenguk-jengukkan Emak Fatimah ya.” Pesan Humaira. Emak Fatimah itu adalah emak Humaira. Dia sudah menganggap mak cik Fatimah ini seperti ibu kandungnya sendiri sejak kematian Ibunya.

Ish, risau pulak minah ni.’

“Jangan risau lah Ira,”

“Tiap-tiap hari Naz pergi tengok dia sebelum pergi dan balik dari kerja.”

“Mak Ira dah sembuh dah sekarang. Dia tak perlu lagi jalan guna kerusi roda. Tak perlu lagi dia untuk pergi ulang alik ke Hospital Pakar Metro, dekat Sungai Petani.”

“Sejak dia minum jus pamoga terjalak laris tu, dia cakap dia dah ada kesan sikit. Dah boleh jalan. Tak perlu lagi guna kerusi roda.”

“Katanya dia rindu dengan anak dia. Dia tanya awak bila awak nak balik?” beritahu Nazmi dengan penuh bersemangat. Tidak perlulah dia berulang alik lagi ke hospital untuk mengubati sakit mak cik Fatimah ini.

“Rindu dekat mak…” jawab Humaira sepatah. Sekejap dengar suara. Sekejap tidak dengar.  Kedengaran suara teresak-esak dari talian sebelah sana.

“Awak…”

“Ira… awak tak apa-apa ke?” soal Nazmi kembali. Perasaanya ketika ini gugup.

‘Aku salah cakap ke sampai dia senyap macam tu?’

‘Ke dia marah dekat aku sebab aku sampaikan berita tu dekat dia.’ Nazmi tidak henti-henti berfikir. Di dalam kepala otaknya sekarang ini ligat mencerna maklumat. Adakah dia telah buat salah terhadap Humaira atau tidak.

“Saya tak apa-apalah…”

“Hehehehe…” kedengaran dia ketawa di balik telefon pintar mudah alih itu.

“Tak apalah, lupakanlah apa yang saya cakap tadi. Saya Cuma rindu dekat mak aje. Rindu dekat kampung.”

“Hmmmm…” sebuah keluhan tepacul dari bibirnya.

“Awak, tak apalah saya nak kemas-kemas barang ni.”

“Kejap lagi saya nak balik rumah. Nanti singgah kejap kat rumah awak nak jenguk kejap mak awak tu.”

‘Apalah minah ni, mati-mati aku ingat dia marah aku. Kalau tak tak fasal-fasal kang aku kena dengan kuasa vetonya itu,’ monolognya dalam hati.

“Ira… kau jaga diri elok-elok tau dekat sana, jangan duk bercampur sangat dengan mat-mat sepet dekat sana. Kita ni anak melayu. Rakyat Malaysia ada adat-adatnya yang perlu di patuhi.” Bebel Nazmi. Sekejap mulutnya memuncung macam mulut itik membebel Humaira mengalahkan mak cik Fatimah itu sendiri.


Haisy, dia ni kan kalau tak bagi tazkirah kat aku memang tak sah la kan. Tak fasal-fasal dapat khutbah free dari mamat ni.’ Humaira berbicara dengan hatinya.