Teks

Rabu, 26 Mac 2014

Tentang Arepit Shaffiq

       

ini lah saya :)

   
Pengenalan Diri :

 Apa nama penuh saya?
*Nama: Saya Mohammad Shafiq bin Shafie.

Tarikh Lahir?
*Tarikh Lahir : Saya lahir pada 06 October 1994

Asal dan di mana sekarang? 
*Saya berasal dari Kuala Nerang, Kedah. sekarang sedang bekerja di sebuah syarikat Mydin Mohammad Holdings Berhad di Sinar Kota, Kuala Lumpur. 
*Saya dahulunya, berkerja di Mc Donal's KL Sentral pada tahun 2013. Tapi saya berhenti atas sebab datuk meninggal dan mengambil keputusan untuk pulang ke kampung. 

Bagaimana saya terlibat dalam dunia penulisan dan Blogger?
*Penulisan ye? saya bermula  penulisan ini, sejak di bangku sekolah. Saya hanya sekadar bersuka-suka sahaja menceburi bidang ini sekadar mengisi masa lapang yang terluang. Di samping itu, saya menghantar karya ini kepada Majalah sekolah.
*Blogger pulak ye? saya tertarik untuk memulakan misi blogger ini sejak kawan saya mengatakan saya berbakat dalam dunia penulisan. saya hanya ingin berkongsi ilmu dengan kawan-kawan semua.

Jadi, selepas ini apa perancangan anda?
*oh perancangan saya? saya ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma dalam jurusan yang saya mohon. ermmm nak tahu ke? biarlah rahsia. belum pasti lagi hikhikhik :) insya'Allah akan terlaksana suatu hari nanti. saya tak nak kecewa buat kali kedua dan mengecewakan ibu bapa serta keluarga saya. rakan-rakan saya juga turut membantu saya. saya tak nak kecewakan semua orang yang sayang saya :).

Anda kecewa sebab apa?
*Oh, ? saya kecewa sebab apa ek ? nak tahu ke? ermmm... saya kecewa sebab saya hanya mampu mnghabiskan hanya 1 semester je dalam sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atas sebab-sebab tertentu saya memberhentikan pelajaran saya. Tapi, sekarang saya sudah bertekad untuk menyambung kembali pelajaran ke peringkat diploma setelah 1 tahun berlalu. Kini, saya telah bina kembali semangat yang yang terkubur selama 1 tahun.

Selepas itu, apa perancangan anda untuk tahun 2014?
*Perancangan saya tahun ini, ialah untuk mengeluarkan/menerbitkan sebuah novel karya saya insha'allah kalau lulus penilaian akan keluar. saya akan cuba nasib. hehehe.. doakanlah saya supaya dapat ye ? amin..

Ada kata-kata akhir untuk ucapan ini? 
*sekiranya kita masih ada lagi orang yang masih memberikan kita sokongan dan dorongan teruskan untuk menulis dan berkarya sehabis mampu. perahlah keringat yang masih ada, seperti peribahasa? kalau tidak pecahkan buyung manakan dapat sagunya? hehee.. gagal sekali tidak bermakna akan gagal selamanya betul tak ?

terima kasih, kepada kawan-kawan saya yang telah banyak memberikan pertongan kepada saya. jasa kamu semua saya tak akan lupakan :) 

Sekian,

Salam Ikhlas,
( Arepit Shaffiq )







Tiada ulasan:

Catat Ulasan