Teks

Sabtu, 29 Mac 2014

Cerpen : Atas Nama Cinta

Sebuah senyuman senja sedang memenuhi hamparan cakerawala. Pancaran sinaran merah tembaganya terpancar di merata dunia menghiasi angkasa raya. Salah satu lukisan illahi yang mempersona terlihat indah. Qhalif sudah 3 tahun belajar di sekolah pondok. Dia betekad untuk belajar disana. Dia cuba untuk mendekatkan diri dengan allah s.w.t. Qhalif tersenyum dengan penuh indah. Hatinya riang gmbira apabila menuntut ilmu di bumi allah ini. Dia tidak henti-henti memandang Kota Damai, tanah kelahirannya.

"Sebentar lagi." Fikirnya ketika bas Mutiara Ekspress yang dinaikinya sampai di terminal Kota Damai. Tiada yang membuatnya lebih bahagia daripada bergembira untuk pulang ke kampung halamannya yang sudah lama tidak dikunjung. Selama 3 tahun dia tidak pulang ke kampung halamannya. Dia lihat banyak perubahan yang sudah berlaku.

Setelah Qhalif sampai di rumah. Dia bersalam salaman dengan Abi dan Umminya. Turut bersama dengan saudara mara yang lain. Tidak lupa juga dia berjumpa dengan jiran tertangga yang berdekatan dengan rumahnya. Qhalif yang sememangnya bagus dengan penampilan dirinya itu melepas penat lelahnya di belakang rumahnya yang penuh dengan pelbagai tanaman. Tanaman yang ditanam oleh umminya.

"Assalamualaikum.." kedengaran sebuah suara yang menyergahnya dari belakang. Tiba-tiba sahaja lamunannya terhenti. Suara yang tidak asing di telinga Qhalif walaupun telah lama dia menyendiri dari kampung halamannya ini. Dengan seraya Qhalif pun menoleh ke belakang.

"Wa'alaikummussalam... astaghfirullah hal adzim, terkejut Aku. Nasib baik la aku tak ada sakit jantung tau. Kalau tak kedebuk Aku jatuh pengsan kat sini. Jadi nangka buruk tak pasal-pasal. Siapa nak tolong angkat aku hah?" Soal Qhalif sambil memperbetulkan kedudukannya.

"Eh! Assiff jiddan, aku tak sengaja la weh! hehe..." golekk Farhan ketawa nakal.

Farhan batukk

"Farhan macam mana kau sekarang ni? Wah aku tengok kau sekarang dah bertambah gemuk ya?. Dah lama kut aku tinggalkan kampung ni. Sampaikan aku tak tau perkembangan kawan aku seorang ni." Lalu Qhalif memberikn tempat duduk kepada kawannya itu. Farhan turut bersama menikmati keindahan di taman hiasan milik keluarga Qhalif.

"Huh!! Macam-macam la kau ni mana ada biasa-biasa saja. Tu lah lama sangat kan kau tak balik kampung terperap je kat sekolah pondok kat dalam hutan tu. Pastu kau cakap aku gemuk pulak?" Keluh Farhan.

"Weii, malam ni jangan lupa ada majlis kesyukuran. Tempatnya di rumah Tuan Haji. Shafi'e seberang jalan tu." Farhan menunjukkan kearah rumah itu dengan menggunakan jari telunjuknya. Rumah Tuan Haji. Shafi'e itu berada di Pinggir Jalan raya yang di bentengi dengan pagar bak istana kerajaan itu.

"Ye ke?... Insya'Allah." Jawab Qhalif mendatar.

"Pokok pangkalnya, macam mana pun kau perlu datang juga malam ni. Okey! Aku pulang dulu assalamualaikum." Farhan berlalu pergi dan meninggalkan Qhalif di situ.

"Wa'alaikummus salam" jawab Qhalif. Dia memandang kawannya yang berlalu pergi dengan lenggang lengguk itu.
Qhaliff Habibi ct1


****

Acara majlis kesyukuran di rumah Tuan Hj. Shafi'e kelihatan meriah sekali. Semua tetamu yang hadir nampak kelihatan gembira. Mereka hanyut dalam alunan zikir dan qasidah yang memuji Nabi Muhammad s.a.w. Tidak ketinggalan Qhalif juga nampak bersahaja dengan berjubah putih dan beserban putih. Dia juga mengenakan bauan dan wangian pada pakaiannya. Bibirnya tidak henti-henti mengalunkan zikrullah seiring dengan alunan lagu qasidah. Sementara itu penglihatannya mulai menyapa seluruh isi ruang rumah yang penuh dengan orang ramai. Mereka adalah keluarga islamik yang memancarkan cahaya keimanan dan berkat dari setiap sisi dinding rumah Tuan Haji. Shafi'e. Lafaz agung kalimah Allah dan gambar-gambar para ulama yang banyak berjasa terhias di sepanjang dinding rumah itu.

Namun dalam diam Qhalif memerhatikan sebentuk tubuh bidadari di penghujung tatapannya. Sebelum majlis kesyukuran itu selesai. Qhalif sempat berkenalan dengan seorang gadis jelita itu. Wajahnya yang ayu disebalik niqab dan sepasang anak mata bak permata yang tidak pernah diselami oleh penyelam di sepanjang samudera membuatkan Qhalif tersihir dan terpesona dengan gadis dihadapannya ini.

"Ana,Siti Zulaikha. Anak Tuan Hj. Shafi'e. Salam perkenalan." Gadis yang bernama Zulaikha itu memperkenalkan dirinya.

Qhalif tidak berkata apa-apa. Dia cuba untuk menahan gemuruh di dalam dasar lubuk hatinya yang kian membara. Seketika kemudian barulah dia memperkenalkan dirinya.

"Nama Ana, Qhalif Habibi bin Harun." Qhalif memperkrnalkan dirinya kepada Zulaikha.

Siti Zulaikha diam seribu bahasa. Dia tidak dapat untuk berkata-kata mulutnya seakan kunci pada saat ini. Dia hanya menundukkan kepalanya. Bahaya! Kesannya telah membawa aura Qhalif sehinggakan telah memenjarakan hatinya. Tanpa Siti Zulaikha sedar ada getaran yang mengalir di sudut hatinya. Dadanya seakan berkocak. Walaupun pada pandangan pertama, kedua, detik hati Zulaikha pada saat ini tidak boleh berdusta. Bara asmara telah menyebabkan dia berkobar menerangi istana atas nama cinta. Tiada kata yang terucap. Hanya isyarat kerlingan mata yang syahdu menemani waktu mereka sehinggalah majlis itu selesai dan seterusnya berakhir.

Waktu tidak pernah berhenti menelan ruang kisah manusia. Qhalif dan Zulaikha, walaupun hanya merungkai bayangan syahdu. Mereka berdua bahagia dan tidak penat menunggu siang dengan syair indah membingkai malam dengan lagu rindu. 


Siti Zulaikha 
muahh


"Duhai Husni bantulah ana, ana terasa lemah sangat ketika ini." Qhalif meminta pertolongan daripada sepupunya Husni.

"Memang ada apa ya, Akhi... sakit ke?" Soal Husni. Dia mengerutkan keningnya tidak faham dengan perlakuan Qhalif sepupunya itu.

"Entahlah ana tak tahu macam mana hendak beritahu kepada kamu Husni. Disebabkan sakit inilah ana menemukan kenikmatan tiada tara yang tidak pernah ana temui. Suatu nikmat yang terilham dari syurga." Wajah Qhalif kelihatan nampak series. Tidak seperti tadi. Husni hairan melihat tingkah laku sepupunya itu. Selalunya Qhalif tidak akan begini.

"Weii.. kau ni dah kenapa?" Tegur Farhan tiba-tiba entah dia datang dari mana. Sudah la salam pun tidak berinya.

"Tak ada apa kawan entah hati aku hanya galau saat ini." Beritahu Qhaif kepada Farhan yang menyergahnya tadi.

"Kau ni kan Farhan selalu macam tu sergah orang tak tentu fasal huh! Dah tu tak bagi salam.. tak ada tabiat lain ke?" Marah Husni.

"Asiff jiddan.. aku tak sengaja la weii." Farhan memohon maaf kepada mereka berdua.

"Kalau Qhalif betul-betul sakit macam mana? Kalau dia pengsan dekat sini siapa nak angkat dia." Husni tidak henti-henti memarahi Fahan. marahko

"La baksa.. sudah-sudahlah tu kamu berdua tak ada kerja lain ke selain bertekak dekat sini." Tegur Qhalif lalu dia mengeluarkan sepucuk sampul surat dari dalam Beg sandangnya.

"Nah, tolong serahkan surat ini pada zulaikha ya Husni." Tangan Qhalif terketar-ketar saat dia menyerahkan surat itu kepada Husni.

"Oh.. okey tak apalah, ana ingatkan akhi ada masalah apa tadi. Boleh je nanti ana kasi." Surat di dalam sampul itu bertukar tangan.

"Jangan lupa juga, tolong sampaikan salamku padanya." Suara Qhalif semakin menjadi serak. Kelihatan linangan air mata bergenangan di sebalik tubir matanya.

"Weii, jum pergi surau waktu asar sudah menjelma ni." Farhan mengajak Qhalif dan Husni untuk pergi mengerjakan solat secara berjemaah.

"Tak apa nanti ana menyusul, kau orang pergilah dulu." Sahut Qhalif suaranya mendatar.

Setelah Husni dan Farhan berlalu pergi dari situ, Qhalif tidak mampu lagi menahan air matanya. Lalu dia menangis, tidak tahu sama ada bahagia, gembira atau berduka lara. Sepatah sayapnya telah dibawa pergi oleh Husni untuk dipersembahkan kepada sang kekasih.

Husni yess
****

Dari jauh, kelihatan satu susuk tubuh bidadari jelmaan syurga sedang duduk di atas parkir di hadapan rumahnya. Orang yang dimaksudkan itu adalah Siti Zulaikha. Dia duduk diparkir itu sambil memandang ke langit. Melihat kebesaran ciptaan ilahi di waktu senja. Banyak burung-burung yang terbang di angkasa raya. Zulaikha tersenyum apabila melihat Husni datang dan menghampirinya.

"Assalamualaikum .. Fieyka, ini surat dari Qhalif. Dia juga kirim salam untuk awak." Lalu, Husni menyerahkna sepucuk surat kepada Siti Zulaikha dan dengan segera dia kembali pulang kerumahnya kerana ada urusan yang perlu diselesaikan.

"Wa'alaikummussalam." Jawab Zulaikha lalu dia mengambil surat itu dari tangan Husni. Kini, surat itu telah pun berada di tangan Zulaikha. Perasaannya berdebar pada saat ini. Jantungnya tidak.berhenti berdenyut. Denyutan jantung dan nadinya seiringan. Lain dari kebiasaannya.

Dup!! Dup!! Dap!! Dap!!

Jantungnya berbunyi. Dia kelihatan gundah gulana pada detik ini. Dia membuka sampul surat itu dengan penuh debaran. Kini terlihatlah segala isi yang terkandung dalam surat itu.
Untukmu Adinda,
kiko1


SITI ZULAIKHA BINTI HAJI. SHAFI'E

Duhai sepasang sayap rinduku.
Ketika siulan camar berbisik dawai-dawai asmara.
Seisi alam berteriak cemburu.
Saat aku redah lukisan indah senyumanmu.

Duhai belahan sanubari.
Saat waktu semakin menghapus kisah silamku.
kutemukan biasan rindu untukmu.
Hingga tidak henti alam mimpiku.
mengukir serpihan-serpihan aura kilauanmu.

Duhai separuh nafasku,
hasrat hati ini merungkaikan kisah yang mempersonakan.
bersama sang adinda.
Menyusuri indahnya taman syurga.
Harap bingkai hati ini tidak terlalu maya.
Untuk menjadi nyata.

Mahukah adinda meraih rindu bersama musafir cinta ini.

Hamba allah :

Qhalif habibi Harun


Brapp!!

Siti Zulaikha tidak sedarkan diri. Dia sudah jatuh terjelupuk ke tanah. Saat dia membacakan surat itu tadi. Parah-parah rindu telah menusuk dan merobek-robek jantung hati dan fikiran jernihnya. Setelah dia sedar, dengan perasaan sayu. Dia berjalan dengan langkah yang longlai. Dia mengambil wudhuk. Lalu dia mengerjakan solat dua rakaat.

Dalam doa Zulaikha menangis semahu-mahunya. Hanya allah sahaja yang tahu akan perasaan hatinya kala ini.

"Allahhu Rabbi peritnya dugaanMu, ya allah engkau maha mengerti, walau hanya sebisik hati. Haruskan diri ini menghabiskan sisa hidup nafas hidupku? Hanya terpaku merindu. Membiarkam diri ini lupa akan kehangatan kasihmu... ya allah, segarkanlah lubuk hatiku yang gersang dengan titisan agung rahmatmu. Sungguh bahana cinta telah waktu untuk berdua bersamamu. Amin..." sekali lagi Zulaikha jatuh pengsan. Setelah dia mengaminkan doa terakhirnya.

Mukanya kelihatan basah dengan linangan air. mata yang menghiasi cawan cintanya yang sekaligus telah merobek jantungnya.

****

Di ufuk timur nun jauh disana. Sang fajar masih tersenyum galak menghiasi dinding-dinding cakerawala bersama linangan air mata. Zulaikha menulis kembali surat kepada Qhalif. Segala rasa cinta, suka, kasih dan sayangnya ditumpahkan pada sekeping kertas bersais A4 dihadapannya. Setelah selesai dia menulis dia mencium beberapa kali. Selepas itu dia menghulurkan kepada Husni.

"Ya Allah, selamatkanlah dia hambamu Qhalif, semoga dia sampai ke tempat tujuannya. Kerana dia membawa separuh nafasku. Aminn..." Zulaikha meratapi surat itu dengan penuh syahdu di hatinya.

zarra2

buat insan yang aku puja atas nama cinta.
yang mengukir debe-debu suci,
di retak dinding dan sanubari,
hanya sebuah senyuman kekasih yang terukir di nanti,
ketika beribu kali angan tidak terhenti-henti,
menyelusuri alam sunyi.

Duhai sang Musafir Cinta,
di setiap langkahmu aku dengar,
dengusan bayu syair-syair rindu yang tulus,.
berirama bersama alunan lagu.
yang menyatukan cinta dan rindu.

wahai penglipur laraku,
disaksikan dibawah biasan cahaya purnama,
mari kita meneguk rasa di cawan cinta,
untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara kita,
yang terjalin kisah rasa satu kata cinta,
semoga perjalan kita nanti diredha,
oleh Allah sang maha adilnya,

Amin...

Perindumu....

****

Di iringi dengan derai tangisan air mata. dia bersujud syukur. syukur atas panah cintanya yang terarah, tepuk cintanya tidak sebelah. tapi dua-dua belah bertepuk.

"Ya Allah, yang maha mengetahui detik-detik hati hamba. bukan maksud hamba memaduMu. Diri hamba, tidak mempunyai daya untuk berpaling dari lukisan syurga yang engkau ilhamkan." Qhalif hanya boleh mengadu kepada penciptanya. tidak mungkin dia akan berjumpa dengan sang kekasih untuk mengubati rindunya. hanya kepada allah sahajalah yang layak untuk dia melepaskan rindunya.

****

Tidak terasa bahawa sudah 2 minggupun berlalu. masa bercuti Qhalif di kampung halamannya sudahpun habis. dalam masa 2 minggu ini tidak terasa cepat antara Qhalif dan Zulaikha untuk memadu kasih. merungkai rindu hanya melalui tarian pena. Namun mereka tetap bahagia dalam memaut rasa kasih sayang di "Alam Maya".

Qhalif berasa gelisah. hatinya tidak tenang kerana esok dia sudah mahu pulang ke pengajian pondoknya. dalam hatinya hanya ada dua sisi yang berceramuk. dia bercelaru ingin memilih adakah antara 'CITA-CITAnya atau PESONA CINTA' tidak ada jawapan diantara pertanyaan hatinya.

Hari ini adalah hari rabu. tanggal 24 Rabiul Awal. dia memutuskan untuk pulang ke pondok pelajarannya.

"Yeah!"

Demi Tholabul ilmi, dia balut cintanya dengan harapan yang mulia. demi syiar agama dia melawan gemuruh dijiwanya dengan tasbih dan istigfar. demi cita-cita yang suci ia bingkai rindunya dengan zikir dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

Sebelum Qhalif berangkat pulang ke pengajiannya. dia sempat menemui Husni yang telah membawa rindunya kepada Zulaikha.

"Selamat jalan saudaraku, Insy'Allah dengan mendekatkan diri kepada sang Pencipta Allah S.W.T Akhi mampyu merendam nafsu cinta di dalam hati ucap Husni dengan pandangan mata yang sayu. mereka tidak mampu menahan air mata dalam rangkulan 2 sahabat fillah ini. mereka adalah sepupu yang berkawan sejak kecil dan membesar bersama-sama.

Husni sekarang, menuju kerumah Zulaikha. surat terakhir dari Qhalif dipegang erat-erat. ada perasaan hiba dan gembira diantara perjalanan dalam mencari cinta buat dua insan ini.

babai

Buatmu Adinda Zulaikha,
bersamamu hatiku menemui kasih sayang,
bersamamu angan-angan merasakan hangatnya rindu,
bersamu bagai rasa saat-saat bercinta,
bersamamu jiwa membingkai kasih mempersona,
Kekasihku,

selama angin musim tengkujuh,
menggoyangkan helaian-helaian ombak,
takkan henti nadiku meraut indah,
dibawa angin bayu,

Demi semua penghuni semesta,
sehingga hilang matahari senja,
tidak lelah melambaikan pelepah kelapa,
menghabiskan waktu menempuh rindu,
sekarang... ya sekarang..

mungkin kita harus merenggangkan rindu,
Demi cinta, Demi masa Depan yang bercahaya,
Hanya Allah kita akan seterang purnama kasih...

Qhalif habi.bi


Selamat tinggal bakal imamku. semoga kita berjumpa serpihan-serpihan percik rahmatnya. Insy'Allah sampai bilapun aku akan menunggumu wahai imamku, dengan cucuran Air mata Zulaikha mengecup lembut surat terakhir daripada jejaka pujaannya itu.



Adakah Mereka Bahagia dan Disatukan
Atas Nama Cinta ?? 
jahatt




-TAMAT-

3 ulasan:

  1. Assalammualaikum...Akak, suke ayat yg awk gune dlm cerpen ni. Kalo akak, akak gune bhse basah je, awk gune bhse sastera...Mcm ssh nk prcye, llki yg tulis(bkn sbb skeptik) Sbb, ayt-ayt yg awk gune sgt gramatis..ssh nk dpt llki tls cmtu...so Keep up, the good work ea dik..:) Teruskan menulis, dgn ayat2 yg mcm nie...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. terima kasih akak.. ayat yang macam adik tulis tu hanya kadang-kadang saja yang datang.. ia datang dan pergi.. susah jugak nak cari idea ni.. mengambil masa jugak untuk menaip ayat-ayat dalam cerpen ni.. apa-apa pun terima kasih ya sebab sudi singgah baca hehe :)

      Padam