Teks

Sabtu, 23 Ogos 2014

ALAMAK! Dia Suami Aku

BAB : 1

GADIS ini masih lagi membelek mukanya di cermin meja solek yang disediakan khas untuk dirinya. Dia masih belum puas untuk menilai dirinya itu. Malam ini, mungkin hanya acara kecil yang diadakan buat mereka yang bergelar seorang model. Gadis itu hanya sekadar memakai pakaian pengantin busana muslimah yang direka khas oleh Sufian Tugiman. Pereka fesyen yang namanya semakin melonjak naik.
Bagi dirinya tidak berapa hedak kecillah berbanding dengan apa yang dia lakukan sebelum ini. Pertunjukkan yang dia dapat agak megah sedikit. Itu mungkin kerana peruntukan modal yang besar. Baru hendak naik namanya dalam industri fesyen ini. Walaupun Imma hanya bekerja sambilan sebagai model.
Dia masih perlu melakukan yang terbaik untuk dirinya. Apabila  setiap kali pertunjukkan itu diadakan. Menjadi sebagai seorang model ini, bukanlah mudah seperti yang dibayangkan oleh orang lain. Nampak megah mungkin, kalau berjalan atas pentas sambil berjalan dan menayangkan pakaian yang dipakainya itu. Imma bermonolog dalam hatinya.
‘Fuhh! Nervousnya aku.’
Nervousnya bukan main kut.’
Iyelah, bawak dua nama sekali.’
‘Pereka design pakaian dan juga agensi model yang aku kerja ni.’ Hatinya berbicara.
“Aduh, memulaslah pulak perut aku ni.” Terpacul perkataan ini dari bibir mugilnya itu.
“Oit, kau buat apa tu?”
“Cepatlah sikit,” Panggil Nurshahida rakan modelnya.
“Cepatlah show dah nak start tu.”
“Nanti kang kalau kena marah dengan boss, sapa nak jawab.”
“Aku jugak yang kena, kau tak apalah. Model kesayangan dia.” Bebel Nurshahida.
Tiga puluh minit kemudian, barulah dia kembali ke meja soleknya. Sufian Tugiman juga berada dalam bilik itu. Kelihatan dia sedang membelek-belek pakaian busana muslimah yang direka khas olehnya.
“Ya Allah… Kau ni Imma.”
“Dah pakai, pakaian pengantin tu kenapa dibuka?”
“Pakai balik.” Marah bossnya.
“Eeee… kau ni memang kan!”
“Nak kena potong gaji ke hah?” soal Datin Sri Mieera.
‘Apa dah kena dengan boss aku ni.’
‘Kau pereka design aku  ke?’
‘Orang yang buat baju ni pun tak bebel macam kau.’
‘Mulut tu dah macam Joyah dah aku tengok.’
‘Nasib baik aku ni pekerja dia, kalau tak… memang dah makan penampar aku free aje. Aku ni bukan boleh orang tengking-tengking tak tentu fasal.’
‘Fuhh! Sabar Imma, sabar… kau kerja sekarang.’ Pujuk hatinya. Imma menarik dan melepaskan nafasnya supaya tekanan barannya itu menurun.
So… sorry.” Jawabnya tergagap.
Ambik kau Imma tadi dalam hati bukan main marah-marah dekat Datin Sri ni. Tapi kau jugak yang takut sekarang ni.’ Bisik hatinya. Imma berharap agar Datin Sri Mieera tidak memarahinya atas perbuatannya itu.
“Saya tak tahan tadi, perut saya dah memulas-mulas. Sebab tu saya pergi toilet.” Jawab Imma selamba. Dia cuba untuk senyum kambing dia hadapan bossnya ini. Imma cuba menayangkan muka sepuluh sennya itu agar dilepaskan daripada dipotong gaji. Itulah taktik yang dia ada sekarang ini.
“Dah, dah cepat pakai balik baju tu.” Datin Sri Mieera menyuruh Imma memakai kembali pakaian itu. Kelihatan Nurshahida tersengih seperti kerang busuk disitu.
‘Perli akulah tu.’
‘Werkkkk…’ Imma menjelirkan lidahnya kepada rakan modelnya ini.
Ha ha ha ha ha… kelihatan mereka berdua ketawa. Nasib baiklah bossnya itu sudah pergi. Kalau tidak naik hantulah bossnya itu. Apabila melihat dirinya masih lagi belum memakai pakaian pengantin itu.
Kini tibalah pula, gilirannya untuk membuat pentunjukkan di atas pentas. Dia telah dipadankan dengan model lelaki cina yang mukanya ala-ala korea sedikit. Kalau dilihat mukanya seiras Lee-Hong Ki. Salah seorang penyanyi dalam kumpulan FtIsland. Itu adalah artis yang digilainya. Dia memang gila sangat dengan Korean pop ini. Nasib baiklah dirinya tidak diserang sawan akibat penyakit gila k-popnya itu. Kalau tak habis punah kerjayanya ini sebagai model sambilan.
 Imma melihat wajah lelaki cina itu. Cun jugalah, tapi masih nampak macam chinese look walaupun telah di make over macam melayu. Sumpah! jantung dia sudah bergerak laju. macam pelari marathon dunia, Usin Bolt. Kalau nak dibandingkan denyutan jatungnya ini. Lebih laju lagi dari larian atlet dunia itu. Hampir sahaja tercabut jantung dari jasadnya.
Dupp! Dapp! Dupp! Dapp!
            Jantungnya berbunyi. Terpaksalah dia control ayu ketika ini ala-ala gadis melayu terakhir gitu. Mukanya ketika ini pun sudah menjadi merah padam. Tidak dapat dia bayangkan situasi ketika itu. Imma mahu mengosongkan fikirannya daripada berfikir yang bukan-bukan. Dia ingin memfokuskan kepada pakaian yang akan diragakannya itu nanti. Dia berharap pakaian yang diragakan ini, akan menjadi johan dalam pertandingan itu. Ini adalah tujuan utamanya.
“Okey, anda berdua sudah boleh berjalan sekarang.” beritahu seorang staff yang menguruskan bahagian belakang pentas disitu. Staff itu mengangkat tangan sebagai tanda isyarat. Imma hanya mengganggukan kepalanya sahaja tanda faham.
Imma mula melangkah kehadapan. Dia melangkah setapak demi setapak ke depan. Perasaan kekok telah menyelubungi dirinya ketika ini. Maklumlah selalunya, dia hanya meragakan baju muslimah hanya seorang diri. Kini, dia meragakan pakaian busana pengantin bersama dengan model lelaki.
Kekok juga Imma ketika ini. Dia menjadi kekok semasa meragakan pakaian itu bersama pasangannya. Model lelaki itu mula memegang lengannya dengan lebih erat. Mungkin model ini juga ingin mengawal perasaan gemuruh yang dialaminya. Demi kerja Imma terpaksa juga akur dengan tindakan reflek ini. Selalunya dia tidak akan membenarkan sesiapa pun lelaki menyentuhnya. Kerana dia tahu dosa jika bersentuhan dengan bukan muhrim ini.
Akal Imma masih lagi waras. Ibu bapanya telah mengajar dia tentang batas-batas pergaulan. Tapi, inilah risikonya apabila menjadi seorang model. Tidak kiralah model lelaki atau wanita. Sama ada muslimah atau pun tidak. Apa yang dia belajar dalam dunia model ini adalah impiannya sejak dari kecil lagi.
Bila dia sudah mula melangkah di atas pentas, dia perlu yakin yang diri dia adalah ciptaan yang paling hebat. Ya, Imma akui, dia adalah ciptaan yang terhebat disitu. Kelihatan dirinya mula melangkah dengan penuh yakin. Melangkah dalam keadaan angkuh yang dia adalah wanita yang paling hebat di situ. Itulah yang menjadikan dirinya sebagai model kesayangan Datin Sri Mieera.
Imma yakin pasangan dia juga sudah mula perasan seakan sama dengan dirinya. Mereka mara setapak ke hadapan. Selangkah demi selangkah ke depan. Cahaya lensa kamera banyak yang menyentuh di tubuh badan mereka. Cahaya itu di halakan ke arah model-model yang sedang meragakan pakaian ini.
Imma berhenti di bahagian paling depan pentas. Dia, memandang tepat ke arah depan, dia mula tarik bahu kanan dan kirinya. Kemudian dia mula menayangkan lengguk tubuh badan dia seperti pengantin bersama pasangannya itu. Imma menayangkan pakaian busana pengantin yang dipakai olehnya. Tiba-tiba mata seksinya itu ternampak wajah seseorang. Dia mula mengukir sebuah senyuman yang manis dari bibirnya.
‘Ingatkan dia tak datang tadi.’ Bisik hatinya.
 Pemuda cina yang merupakan pasangannya ketika ketika ini menjeling sekilas pandang kewajahnya. Imma telah terleka sebentar dengan tatapan wajah pemuda cina itu. Mungkin kerana terpandang wajah pemuda itu tadi.
‘Siapa dia?’ persoalan itu menerjah ke kotak fikiran pemuda cina ini. Dengan segera dia bepusing kembali ke arah belakang. Dimana tempat kedudukan asalnya tadi.
Kelihatan Nurshahida telah menggantikan tempat pemuda yang menjadi model lelaki Imma sebentar tadi. Pemuda cina itu telah diberi peluang untuk menjadi model mengiringi pereka design pakaian busana muslim dan muslimah ini. Maklumlah, dia dah lebih dua tahun berkecimpung dalam dunia modelling ini.
Nurshahida dan pemuda itu, nampak lebih bergaya darinya. Sudah jelas kelihatan kalau mereka berdua berpasangan. Mereka berdua lebih mempunyai peluang yang luas berbanding  dengan dirinya yang baru lima bulan sahaja menceburi dalam bidang ini. Itupun hanya sebagai sambilan sahaja.

Di hadapan pentas ini jelas kedengaran tepukan yang cukup gemuruh yang dihadiahkan kepada para model yang meragakan pakaian pengantin ala-ala muslimah ini. Semuanya sudah selesai, hanya tinggal persembahan dari penyanyi sahaja. Penyanyi yang mungkin telah di bayar untuk pertunjukkan malam ini juga. Di belakang pentas.
Imma muahh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan