Teks

Sabtu, 23 Ogos 2014

ALAMAK! Dia Suami Aku

BAB : 2

IMMA! awak kelihatan sungguh cantik pada malam ini” satu suara telah menyergahnya. Imma hanya memberikan sebuah senyuman di cermin tanpa dia memalingkan mukanya kebelakang.
 ‘Eleh, bangga dengan diri aku.’
‘Mesti dia ada sebab ni.’
‘Kalau tak kenapa dia nak puji aku bagai?’ fikir Imma di dalam hatinya. Dia juga tersenyum gembira, jelas terpancar di wajahnya yang mulus itu.
Imma menghadiahkan sebuah senyuman kepada pemuda yang hadir pada malam ini. Pemuda inilah yang telah membawa dirinya meceburi dalam bidang model ini. Ya, syarikat model itu merupakan syarikat milik kakaknya Datin Sri Mieera. Itulah kakaknya.
Kira Imma masuk kerja di sini tanpa ada sesi sual kenal dan interview. Dia terus masuk macam itu saja. Guna wayar kable dalam. Tanpa befikir panjang Imma memilih untuk bekerja di sini saja. Jadi, dia terus sign contract selama dua belas bulan sebagai model sambilan, dan jika dia ingin menyambung kembali kontraknya ini masih dibolehkan.
“Saya bangga dengan Awak Imma,” beritahu pemuda ini lagi.
“Kalau macam nilah kan, confirm nama awak akan cepat naik dalam industri model ni.”
“Lepas tu awak akan jadi model terkenal wah?” seloroh Datin Sri Mieera pula. Kakak kepada pemuda tersebut. Tapi yang bermain dalam minda Imma ketika ini ialah siapakah pemuda cina yang berada di atas pentas dengan dia tadi. Dia rasa pernah berjumpa dengan pemuda itu.
Haisy, saja kan dia nak kenakan aku.’
‘Apa-apa ajelah. Kenapa aku perlu fikir pasal tadi. Lupakan ajelah. Imma oh Imma kau ni kan.’ Imma cuba untuk menegur dirinya sendiri.
‘Tahulah aku ni budak baru lagi. Masih banyak lagi yang perlu belajar.’ Bisik hati Imma. Dia cuba untuk menenangkan dirinya.
“Wah, pakwe dia dah sampailah…” beritahu Nurshahida. Kelihatan Nurshahida mengenyitkan mata kepada pemuda itu.
Nasib baik dalam bilik persalinan ini hanya ada dirinya dengan Nurshahida sahaja. Iyalah, Nurshahida of course lebih sikit keistimewaan dia daripada Imma. Dia kan sudah dua tahun berkecimpung dalam dunia ini. Sedangkan Imma baru sahaja lima bulan berada dalam dunia model ini. Imma pula diberi keistimewaan di sebabkan oleh dia adalah awex kepada adik bossnya.
Itu Cuma Nurshahida yang cakap. Sebenarnya, mereka berdua tidak ada apa-apa hubungan pun. Imma dengan Tengku Azzamuddin sebenarnya adalah kawan dalam satu universiti sahaja. Nurshahida sendiri yang menyuruh dirinya bersiap menggantikan tempat dia. Ada teman katanya.
Nurshahida adalah antara rakan model yang rapat dengan dirinya. Ketika waktu kerja. waktu luar dan waktu-waktu lain. Imma sekali pun tidak pernah untuk keluar melepak dengan dia. Sibuk dengan pembelajaran di kampus mungkin. Maklumlah sudah hampir masuk ke semester akhir. Bekerja sambil belajar. Kolej Poly-Tech Mara, Cheras. Itulah tempat Imma belajar.
“Saya tunggu di luar okey. Kawan-kawan saya ramai dekat luar tu.”
“Balik nanti saya hantar awak balik tau.” Beritahu Tengku Azzamuddin sebelum dia pergi mendapatkan kawan-kawannya. Imma hanya meghadiahkan sebuah senyuman. Tanda dia menyetujui perlawaan itu. Lagipun hari sudah lewat malam. Bas awam pun sudah tiada kalau waktu-waktu begini susah hendak mencari pengangkutan awam. Kalau ada pun hanyalah Teksi.
“Kau dengan Zam ada apa-apa ke beb?”  soal Nurshahida. Terpacul soalan itu dari mulutnya. Mata Imma masih lagi menatap cermin. Lap segala sisa make-up yang ada di mukanya.
‘Hah?’ sebuah persolan muncul di mindanya.
“Ada apa-apa? Macam mana tu?”
“Aku tak fahamlah.” Jawab Imma. Soalan bodoh mungkin. Sengaja dia buat-buat tidak faham dengan pertanyaan rakannya itu.
Iyelah tu…” sepatah sahaja perkataan yang keluar. Kelihatan dimukanya berkerut.
“Aku tengok kau dengan dia rapat semacam aje...” mendatar saja suaranya.
“Macam ada apa-apa aje kau dengan dia. Dari dulu aku perhatikan?” soalnya lagi. Dia masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberi oleh Imma sebentar tadi.
‘Macam lama sangatlah kau kenal aku ni Sheda. Baru lima bulan aje kut.’
‘Itupun jarang berjumpa. Kalau berjumpa pun hanya dekat set pengambaran model ni aje.’ Imma menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Mana ada, apa-apa.” Imma cuba berkeras dengan jawapannya.
“Kami sekadar kawan biasa aje.”
Iyelah, lagipun dia yang bawak aku menceburi dalam dunia model ni.”
“Sesuatu yang aku perlu menghargailah...” beritahu Imma tanpa berselindung. Dia tidak mahu kawannya ini berkecil hati dengan dirinya.
‘Realitinya memang macam nilah kut.’
‘Perasanlah kau Imma.’ ha ha ha ha… ketawa Imma dalam hati. Dia sekadar perasan dengan semua itu. Dia tidak tahu adakah dirinya dan Tengku Azzamuddin ini adalah sepasang kekasih ataupun hanya sekadar kawan. Kerana dirinya tidak menyimpan apa-apa pun perasaan sayang kepada pemuda itu.
“Imma, aku cuma nak kau jaga diri ye.”
“Zam tu dia dah ada awex tau.” Kelihatan Nurshahida tersenyum. Dia sengaja mahu memburukkan keadaan. Imma yang turut mendengar percakapan itu kaget dibuatnya.
‘Betul ke apa yang Sheda cakapkan ni? Ke dia cemburu dengan aku sebab Tengku Azzamuddin ni lebih memberi perhatian kepada aku berbanding dengan dirinya.’ Persoalan itu menerjah kepalanya yang seakan pening ketika ini. Bagaikan ada sesuatu batu besar yang menghepap di kepalanya. Pernah suatu ketika dulu. Di sinilah Nurshahida cuba untuk memikat Tengku Azzamuddin.
“Hai, Zam buat apa tu.” Sapanya. Lalu, dia datang dan memeluk bahu Tengku Azzamuddin dari belakang. Tengku Azzamuddin yang berada di situ turut terkejut dengan perlakuan Nurshahida.
“Cantik tak Zam.” Dia cuba untuk menayangkan baju yang dipakainya yang direka khas oleh Sufian Tugiman. Dirinya akan memperagakan baju itu sebentar lagi. Tengku Azzamuddin yang melihat tingkah laku gadis ini tidak berkata apa-apa. Dia terpaku dengan keayuan gadis tersebut.
“Ta… tak buat apa-apa pun.” Jawabnya tergagap. Nurshahida cuba untuk menggoda jejaka kacak di hadapannya ini.
“Eh, kamu ni Sheda. Cepatlah Show dah nak mula tu.” Panggil seseorang dari belakang pentas.  Tanpa membuang masa Nurshahida terus berlalu pergi dari situ.
Ingatannya terhadap Nurshahida dan Tengku Azzamuddin bermain di mindanya.
Girlfriend dia tu dahlah rapat dengan kak dia. Boss kita pulak tu.” Nurshahida meneruskan percakapannya dan sekaligus telah mengembalikan dirinya ke alam yang nyata, Alam realiti dimana dia berada di dalam bilik ini.
“Mungkin sekarang kau bolehlah rapat dengan Zam sebab Girlfriend dia ada kat Paris.”
“Nanti kalau awex dia dah balik, kau pula dah sangkut kat Zam tu, macam mana?” soal kawannya ini.
“Kan susah? Zam pada pandangan mata aku pun. Aku dah tahu yang dia boleh buat semua orang tergoda dengan kekacakkan yang ada dalam diri dia. Dia tu PlayBoy. Kaki perempuan.”  Beritahu Nurshahida lagi. Dia cuba untuk menceritakan perkara itu kepada rakan sekerjanya Imma. Imma sudah dilanda masalah. Dia di dalam dilema adakah mahu menerima teguran daripada rakannya ini ataupun tidak.
‘Ah! Biarkan jelah mungkin dia cemburu dengan aku kut.’ Bisik hati hawanya.
‘Tapi, ada betul juga apa yang Sheda katakan tu. Apa aku perlu buat ni.’
‘Perlu ke aku fikir pasal awex Zam tu?’
‘Lagipun aku dengan dia tak ada apa-apa hubungan.’
‘Aku hanya sekadar kawan aje dengan dia.’ fikirnya dalam hati.
“Aku rasa, kau tak perlu risau kut. Pandailah aku urus diri aku nanti.”  Jawab Imma. Dia tidak mahu memanjangkan cerita ini lagi. Nurshahida hanya mengangkat bahu. Tidak berkata apa-apa. Diam sahaja.
‘Tahu pun diam. Sibuk hal aku apa hal...’ kutuk Imma dalam hati.

.* * * * * *

            KELIHATAN Jam telah pun menjangkau ke angka 11.00 malam. Tengku Azzamuddin masih belum nampak kelibatnya. Batang hidung pun masih belum kelihatan. Apatah lagi wajah tuan empunya badan.
‘Lewat dah ni. Mana dia ni.’ Keluh hati hawa Imma.
‘Aku ni sudahlah susah sikit nak balik lewat. Kalau balik lewat mau kena pelangkung dengan mak saudara aku tu.’ Dia berkata-kata.
Iyelah, duduk kat rumah orang. Actually, rumah mak usu dia. Mak bapak Imma pulak kat Kedah. Akibat daripada situsi itulah dia telah memohon kerja sambilan masa cuti semester itu, Imma tinggallah dekat rumah mak usunya. Kawasan Pandan Indah, Kuala Lumpur.
Dalam sibuk Imma mengelamun jauh. Dia terlihat kelibat sebuah kereta mewah Nissan GTR sedang meluncur laju masuk ke tempat dia menunggu. Kereta itu, sedang menuju ke arah dirinya. Imma tidak henti-henti tersenyum sendirian disitu. Tidak tahu sama ada senyum gembira atau senyuman hanya sekadar pura-pura untuk dilemparkan kepada pemuda itu.
‘Haih, ingatkan dah lupa aku tadi.’ Monolog Imma dalam hati. Dengan kadar yang segera dia terus menaiki kereta mewah milik adik bossnya itu.
“Sayang, sorry late… kakak saya tak kasi saya balik awal tadi. Dia suruh saya tunggu sampai acara tu selesai.” Tengku Azzamuddin memulakan bicara.
‘Ciss! Dia ni dah pandai bersayang-sayang pulak dah dengan aku ni. Sejak bila tak tau.’
‘Eh! Tolonglah jangan panggil sayang-sayang ni. Tak suka aku. Nanti kalau Mak Usu aku tau macam mana. Mau dia hantar aku balik duduk kampung. Punah habis kerja aku ni.’
‘Arghh! Malas nak fikir.’ Bermacam-macam soalan yang muncul dibenak fikirannya. Digaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Sesekali dia membetulkan tudungnya yang terbang ditiup angin malam.
“Awak nak makan? Saya belanja…” Tengku Azzamuddin ajak Imma untuk makan malam sebelum dia dihantar pulang ke rumah Mak Usunya. Imma hanya menggelengkan kepalanya tanpa berkata apa-apa.
“La, tak kan awak merajuk kut. Ni mesti sebab saya lewat kan?”
“Awak marah saya ke? Sorrylah saya tak bermaksud pun nak buat begitu.” Tuturnya. Tengku Azzamuddin berasa bersalah kerana dia tahu. Dia sudah lambat datang ke sini. Dia harap dengan ajakan itu mampu menebus kesalahannya tadi. Tapi dia silap. Tiada apa-apa respons pun dari Imma. Gadis itu hanya mendiamkan diri disebelahnya. Beberapa minit kemudian barulah gadis itu bersuara kembali.
“Eh, mana ada saya merajuk, saya cuma dah mengantuk ni. Just drive-thru kat McDonals jelah… boleh? please.” Pinta Imma. Sengaja dia mahu kenakan Tengku Azzamuddin ketika ini.
‘Huh! Biar dia tau. Penat tau aku tunggu dia. Sekarang baru nampak batang hidung.’
‘Padan Muka, biar dia tahu.’ Marah Imma dalam hatinya.
Are you sure?” soal Tengku Azzamuddin lagi. Dia inginkan kepastian.
Yes, I’m sure.” Beritahu Imma. Suaranya mendatar sahaja. Kemudian dia menganggukkan kepalanya dengan penuh semangat.
“Saya nak cepat. Saya nak balik. Nanti membebel pula Mak Usu saya tu kalau saya balik lewat. Kemungkinan dia tak tidur lagi. Sedang tunggu saya.” Tutur Imma.
‘Ni bukan kalau je. Memang dah lewat pun. Masaklah aku nanti. Pasti Mak Usu aku suruh aku tidur diluarlah jawabnya.’ Hati kecilnya berkata. Tetapi, sengaja dia buat muka tenang. Tiada kekusutan agar Tengku Azzamuddin tidak mengesyaki apa-apa pada dirinya.
“Okeylah kalau macam tu. Nanti jangan cakap saya tak ajak makan pulak ya.” Tangan Tengku Azzamuddin sempat mencuit dagu Imma.

Haisy, dia ni. Kejap lagi kang aku karate baru tahu. Suka-suka hati dia je sentuh aku.’ Hati Imma masih lagi marah dengan tingkah laku pemuda ini. Dia tidak berkata apa-apa. Hanya senyuman yang mampu diukirkan di wajahnya. Tapi, dalam hati siapa yang tahu. Imma masih lagi panas dengan sikap Tengku Azzamuddin ini.
Tengku Azzamuddin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan