Teks

Sabtu, 29 Mac 2014

Cerpen : Atas Nama Cinta

Sebuah senyuman senja sedang memenuhi hamparan cakerawala. Pancaran sinaran merah tembaganya terpancar di merata dunia menghiasi angkasa raya. Salah satu lukisan illahi yang mempersona terlihat indah. Qhalif sudah 3 tahun belajar di sekolah pondok. Dia betekad untuk belajar disana. Dia cuba untuk mendekatkan diri dengan allah s.w.t. Qhalif tersenyum dengan penuh indah. Hatinya riang gmbira apabila menuntut ilmu di bumi allah ini. Dia tidak henti-henti memandang Kota Damai, tanah kelahirannya.

"Sebentar lagi." Fikirnya ketika bas Mutiara Ekspress yang dinaikinya sampai di terminal Kota Damai. Tiada yang membuatnya lebih bahagia daripada bergembira untuk pulang ke kampung halamannya yang sudah lama tidak dikunjung. Selama 3 tahun dia tidak pulang ke kampung halamannya. Dia lihat banyak perubahan yang sudah berlaku.

Setelah Qhalif sampai di rumah. Dia bersalam salaman dengan Abi dan Umminya. Turut bersama dengan saudara mara yang lain. Tidak lupa juga dia berjumpa dengan jiran tertangga yang berdekatan dengan rumahnya. Qhalif yang sememangnya bagus dengan penampilan dirinya itu melepas penat lelahnya di belakang rumahnya yang penuh dengan pelbagai tanaman. Tanaman yang ditanam oleh umminya.

"Assalamualaikum.." kedengaran sebuah suara yang menyergahnya dari belakang. Tiba-tiba sahaja lamunannya terhenti. Suara yang tidak asing di telinga Qhalif walaupun telah lama dia menyendiri dari kampung halamannya ini. Dengan seraya Qhalif pun menoleh ke belakang.

"Wa'alaikummussalam... astaghfirullah hal adzim, terkejut Aku. Nasib baik la aku tak ada sakit jantung tau. Kalau tak kedebuk Aku jatuh pengsan kat sini. Jadi nangka buruk tak pasal-pasal. Siapa nak tolong angkat aku hah?" Soal Qhalif sambil memperbetulkan kedudukannya.

"Eh! Assiff jiddan, aku tak sengaja la weh! hehe..." golekk Farhan ketawa nakal.

Farhan batukk

"Farhan macam mana kau sekarang ni? Wah aku tengok kau sekarang dah bertambah gemuk ya?. Dah lama kut aku tinggalkan kampung ni. Sampaikan aku tak tau perkembangan kawan aku seorang ni." Lalu Qhalif memberikn tempat duduk kepada kawannya itu. Farhan turut bersama menikmati keindahan di taman hiasan milik keluarga Qhalif.

"Huh!! Macam-macam la kau ni mana ada biasa-biasa saja. Tu lah lama sangat kan kau tak balik kampung terperap je kat sekolah pondok kat dalam hutan tu. Pastu kau cakap aku gemuk pulak?" Keluh Farhan.

"Weii, malam ni jangan lupa ada majlis kesyukuran. Tempatnya di rumah Tuan Haji. Shafi'e seberang jalan tu." Farhan menunjukkan kearah rumah itu dengan menggunakan jari telunjuknya. Rumah Tuan Haji. Shafi'e itu berada di Pinggir Jalan raya yang di bentengi dengan pagar bak istana kerajaan itu.

"Ye ke?... Insya'Allah." Jawab Qhalif mendatar.

"Pokok pangkalnya, macam mana pun kau perlu datang juga malam ni. Okey! Aku pulang dulu assalamualaikum." Farhan berlalu pergi dan meninggalkan Qhalif di situ.

"Wa'alaikummus salam" jawab Qhalif. Dia memandang kawannya yang berlalu pergi dengan lenggang lengguk itu.
Qhaliff Habibi ct1


****

Acara majlis kesyukuran di rumah Tuan Hj. Shafi'e kelihatan meriah sekali. Semua tetamu yang hadir nampak kelihatan gembira. Mereka hanyut dalam alunan zikir dan qasidah yang memuji Nabi Muhammad s.a.w. Tidak ketinggalan Qhalif juga nampak bersahaja dengan berjubah putih dan beserban putih. Dia juga mengenakan bauan dan wangian pada pakaiannya. Bibirnya tidak henti-henti mengalunkan zikrullah seiring dengan alunan lagu qasidah. Sementara itu penglihatannya mulai menyapa seluruh isi ruang rumah yang penuh dengan orang ramai. Mereka adalah keluarga islamik yang memancarkan cahaya keimanan dan berkat dari setiap sisi dinding rumah Tuan Haji. Shafi'e. Lafaz agung kalimah Allah dan gambar-gambar para ulama yang banyak berjasa terhias di sepanjang dinding rumah itu.

Namun dalam diam Qhalif memerhatikan sebentuk tubuh bidadari di penghujung tatapannya. Sebelum majlis kesyukuran itu selesai. Qhalif sempat berkenalan dengan seorang gadis jelita itu. Wajahnya yang ayu disebalik niqab dan sepasang anak mata bak permata yang tidak pernah diselami oleh penyelam di sepanjang samudera membuatkan Qhalif tersihir dan terpesona dengan gadis dihadapannya ini.

"Ana,Siti Zulaikha. Anak Tuan Hj. Shafi'e. Salam perkenalan." Gadis yang bernama Zulaikha itu memperkenalkan dirinya.

Qhalif tidak berkata apa-apa. Dia cuba untuk menahan gemuruh di dalam dasar lubuk hatinya yang kian membara. Seketika kemudian barulah dia memperkenalkan dirinya.

"Nama Ana, Qhalif Habibi bin Harun." Qhalif memperkrnalkan dirinya kepada Zulaikha.

Siti Zulaikha diam seribu bahasa. Dia tidak dapat untuk berkata-kata mulutnya seakan kunci pada saat ini. Dia hanya menundukkan kepalanya. Bahaya! Kesannya telah membawa aura Qhalif sehinggakan telah memenjarakan hatinya. Tanpa Siti Zulaikha sedar ada getaran yang mengalir di sudut hatinya. Dadanya seakan berkocak. Walaupun pada pandangan pertama, kedua, detik hati Zulaikha pada saat ini tidak boleh berdusta. Bara asmara telah menyebabkan dia berkobar menerangi istana atas nama cinta. Tiada kata yang terucap. Hanya isyarat kerlingan mata yang syahdu menemani waktu mereka sehinggalah majlis itu selesai dan seterusnya berakhir.

Waktu tidak pernah berhenti menelan ruang kisah manusia. Qhalif dan Zulaikha, walaupun hanya merungkai bayangan syahdu. Mereka berdua bahagia dan tidak penat menunggu siang dengan syair indah membingkai malam dengan lagu rindu. 


Siti Zulaikha 
muahh


"Duhai Husni bantulah ana, ana terasa lemah sangat ketika ini." Qhalif meminta pertolongan daripada sepupunya Husni.

"Memang ada apa ya, Akhi... sakit ke?" Soal Husni. Dia mengerutkan keningnya tidak faham dengan perlakuan Qhalif sepupunya itu.

"Entahlah ana tak tahu macam mana hendak beritahu kepada kamu Husni. Disebabkan sakit inilah ana menemukan kenikmatan tiada tara yang tidak pernah ana temui. Suatu nikmat yang terilham dari syurga." Wajah Qhalif kelihatan nampak series. Tidak seperti tadi. Husni hairan melihat tingkah laku sepupunya itu. Selalunya Qhalif tidak akan begini.

"Weii.. kau ni dah kenapa?" Tegur Farhan tiba-tiba entah dia datang dari mana. Sudah la salam pun tidak berinya.

"Tak ada apa kawan entah hati aku hanya galau saat ini." Beritahu Qhaif kepada Farhan yang menyergahnya tadi.

"Kau ni kan Farhan selalu macam tu sergah orang tak tentu fasal huh! Dah tu tak bagi salam.. tak ada tabiat lain ke?" Marah Husni.

"Asiff jiddan.. aku tak sengaja la weii." Farhan memohon maaf kepada mereka berdua.

"Kalau Qhalif betul-betul sakit macam mana? Kalau dia pengsan dekat sini siapa nak angkat dia." Husni tidak henti-henti memarahi Fahan. marahko

"La baksa.. sudah-sudahlah tu kamu berdua tak ada kerja lain ke selain bertekak dekat sini." Tegur Qhalif lalu dia mengeluarkan sepucuk sampul surat dari dalam Beg sandangnya.

"Nah, tolong serahkan surat ini pada zulaikha ya Husni." Tangan Qhalif terketar-ketar saat dia menyerahkan surat itu kepada Husni.

"Oh.. okey tak apalah, ana ingatkan akhi ada masalah apa tadi. Boleh je nanti ana kasi." Surat di dalam sampul itu bertukar tangan.

"Jangan lupa juga, tolong sampaikan salamku padanya." Suara Qhalif semakin menjadi serak. Kelihatan linangan air mata bergenangan di sebalik tubir matanya.

"Weii, jum pergi surau waktu asar sudah menjelma ni." Farhan mengajak Qhalif dan Husni untuk pergi mengerjakan solat secara berjemaah.

"Tak apa nanti ana menyusul, kau orang pergilah dulu." Sahut Qhalif suaranya mendatar.

Setelah Husni dan Farhan berlalu pergi dari situ, Qhalif tidak mampu lagi menahan air matanya. Lalu dia menangis, tidak tahu sama ada bahagia, gembira atau berduka lara. Sepatah sayapnya telah dibawa pergi oleh Husni untuk dipersembahkan kepada sang kekasih.

Husni yess
****

Dari jauh, kelihatan satu susuk tubuh bidadari jelmaan syurga sedang duduk di atas parkir di hadapan rumahnya. Orang yang dimaksudkan itu adalah Siti Zulaikha. Dia duduk diparkir itu sambil memandang ke langit. Melihat kebesaran ciptaan ilahi di waktu senja. Banyak burung-burung yang terbang di angkasa raya. Zulaikha tersenyum apabila melihat Husni datang dan menghampirinya.

"Assalamualaikum .. Fieyka, ini surat dari Qhalif. Dia juga kirim salam untuk awak." Lalu, Husni menyerahkna sepucuk surat kepada Siti Zulaikha dan dengan segera dia kembali pulang kerumahnya kerana ada urusan yang perlu diselesaikan.

"Wa'alaikummussalam." Jawab Zulaikha lalu dia mengambil surat itu dari tangan Husni. Kini, surat itu telah pun berada di tangan Zulaikha. Perasaannya berdebar pada saat ini. Jantungnya tidak.berhenti berdenyut. Denyutan jantung dan nadinya seiringan. Lain dari kebiasaannya.

Dup!! Dup!! Dap!! Dap!!

Jantungnya berbunyi. Dia kelihatan gundah gulana pada detik ini. Dia membuka sampul surat itu dengan penuh debaran. Kini terlihatlah segala isi yang terkandung dalam surat itu.
Untukmu Adinda,
kiko1


SITI ZULAIKHA BINTI HAJI. SHAFI'E

Duhai sepasang sayap rinduku.
Ketika siulan camar berbisik dawai-dawai asmara.
Seisi alam berteriak cemburu.
Saat aku redah lukisan indah senyumanmu.

Duhai belahan sanubari.
Saat waktu semakin menghapus kisah silamku.
kutemukan biasan rindu untukmu.
Hingga tidak henti alam mimpiku.
mengukir serpihan-serpihan aura kilauanmu.

Duhai separuh nafasku,
hasrat hati ini merungkaikan kisah yang mempersonakan.
bersama sang adinda.
Menyusuri indahnya taman syurga.
Harap bingkai hati ini tidak terlalu maya.
Untuk menjadi nyata.

Mahukah adinda meraih rindu bersama musafir cinta ini.

Hamba allah :

Qhalif habibi Harun


Brapp!!

Siti Zulaikha tidak sedarkan diri. Dia sudah jatuh terjelupuk ke tanah. Saat dia membacakan surat itu tadi. Parah-parah rindu telah menusuk dan merobek-robek jantung hati dan fikiran jernihnya. Setelah dia sedar, dengan perasaan sayu. Dia berjalan dengan langkah yang longlai. Dia mengambil wudhuk. Lalu dia mengerjakan solat dua rakaat.

Dalam doa Zulaikha menangis semahu-mahunya. Hanya allah sahaja yang tahu akan perasaan hatinya kala ini.

"Allahhu Rabbi peritnya dugaanMu, ya allah engkau maha mengerti, walau hanya sebisik hati. Haruskan diri ini menghabiskan sisa hidup nafas hidupku? Hanya terpaku merindu. Membiarkam diri ini lupa akan kehangatan kasihmu... ya allah, segarkanlah lubuk hatiku yang gersang dengan titisan agung rahmatmu. Sungguh bahana cinta telah waktu untuk berdua bersamamu. Amin..." sekali lagi Zulaikha jatuh pengsan. Setelah dia mengaminkan doa terakhirnya.

Mukanya kelihatan basah dengan linangan air. mata yang menghiasi cawan cintanya yang sekaligus telah merobek jantungnya.

****

Di ufuk timur nun jauh disana. Sang fajar masih tersenyum galak menghiasi dinding-dinding cakerawala bersama linangan air mata. Zulaikha menulis kembali surat kepada Qhalif. Segala rasa cinta, suka, kasih dan sayangnya ditumpahkan pada sekeping kertas bersais A4 dihadapannya. Setelah selesai dia menulis dia mencium beberapa kali. Selepas itu dia menghulurkan kepada Husni.

"Ya Allah, selamatkanlah dia hambamu Qhalif, semoga dia sampai ke tempat tujuannya. Kerana dia membawa separuh nafasku. Aminn..." Zulaikha meratapi surat itu dengan penuh syahdu di hatinya.

zarra2

buat insan yang aku puja atas nama cinta.
yang mengukir debe-debu suci,
di retak dinding dan sanubari,
hanya sebuah senyuman kekasih yang terukir di nanti,
ketika beribu kali angan tidak terhenti-henti,
menyelusuri alam sunyi.

Duhai sang Musafir Cinta,
di setiap langkahmu aku dengar,
dengusan bayu syair-syair rindu yang tulus,.
berirama bersama alunan lagu.
yang menyatukan cinta dan rindu.

wahai penglipur laraku,
disaksikan dibawah biasan cahaya purnama,
mari kita meneguk rasa di cawan cinta,
untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara kita,
yang terjalin kisah rasa satu kata cinta,
semoga perjalan kita nanti diredha,
oleh Allah sang maha adilnya,

Amin...

Perindumu....

****

Di iringi dengan derai tangisan air mata. dia bersujud syukur. syukur atas panah cintanya yang terarah, tepuk cintanya tidak sebelah. tapi dua-dua belah bertepuk.

"Ya Allah, yang maha mengetahui detik-detik hati hamba. bukan maksud hamba memaduMu. Diri hamba, tidak mempunyai daya untuk berpaling dari lukisan syurga yang engkau ilhamkan." Qhalif hanya boleh mengadu kepada penciptanya. tidak mungkin dia akan berjumpa dengan sang kekasih untuk mengubati rindunya. hanya kepada allah sahajalah yang layak untuk dia melepaskan rindunya.

****

Tidak terasa bahawa sudah 2 minggupun berlalu. masa bercuti Qhalif di kampung halamannya sudahpun habis. dalam masa 2 minggu ini tidak terasa cepat antara Qhalif dan Zulaikha untuk memadu kasih. merungkai rindu hanya melalui tarian pena. Namun mereka tetap bahagia dalam memaut rasa kasih sayang di "Alam Maya".

Qhalif berasa gelisah. hatinya tidak tenang kerana esok dia sudah mahu pulang ke pengajian pondoknya. dalam hatinya hanya ada dua sisi yang berceramuk. dia bercelaru ingin memilih adakah antara 'CITA-CITAnya atau PESONA CINTA' tidak ada jawapan diantara pertanyaan hatinya.

Hari ini adalah hari rabu. tanggal 24 Rabiul Awal. dia memutuskan untuk pulang ke pondok pelajarannya.

"Yeah!"

Demi Tholabul ilmi, dia balut cintanya dengan harapan yang mulia. demi syiar agama dia melawan gemuruh dijiwanya dengan tasbih dan istigfar. demi cita-cita yang suci ia bingkai rindunya dengan zikir dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

Sebelum Qhalif berangkat pulang ke pengajiannya. dia sempat menemui Husni yang telah membawa rindunya kepada Zulaikha.

"Selamat jalan saudaraku, Insy'Allah dengan mendekatkan diri kepada sang Pencipta Allah S.W.T Akhi mampyu merendam nafsu cinta di dalam hati ucap Husni dengan pandangan mata yang sayu. mereka tidak mampu menahan air mata dalam rangkulan 2 sahabat fillah ini. mereka adalah sepupu yang berkawan sejak kecil dan membesar bersama-sama.

Husni sekarang, menuju kerumah Zulaikha. surat terakhir dari Qhalif dipegang erat-erat. ada perasaan hiba dan gembira diantara perjalanan dalam mencari cinta buat dua insan ini.

babai

Buatmu Adinda Zulaikha,
bersamamu hatiku menemui kasih sayang,
bersamamu angan-angan merasakan hangatnya rindu,
bersamu bagai rasa saat-saat bercinta,
bersamamu jiwa membingkai kasih mempersona,
Kekasihku,

selama angin musim tengkujuh,
menggoyangkan helaian-helaian ombak,
takkan henti nadiku meraut indah,
dibawa angin bayu,

Demi semua penghuni semesta,
sehingga hilang matahari senja,
tidak lelah melambaikan pelepah kelapa,
menghabiskan waktu menempuh rindu,
sekarang... ya sekarang..

mungkin kita harus merenggangkan rindu,
Demi cinta, Demi masa Depan yang bercahaya,
Hanya Allah kita akan seterang purnama kasih...

Qhalif habi.bi


Selamat tinggal bakal imamku. semoga kita berjumpa serpihan-serpihan percik rahmatnya. Insy'Allah sampai bilapun aku akan menunggumu wahai imamku, dengan cucuran Air mata Zulaikha mengecup lembut surat terakhir daripada jejaka pujaannya itu.



Adakah Mereka Bahagia dan Disatukan
Atas Nama Cinta ?? 
jahatt




-TAMAT-

Jumaat, 28 Mac 2014

Seindah Persahabatan

salamm kawan-kawan. Ini untuk santapan korang di sini. Kali ni bukan Novel tapi cerpen la kut? Nak buat note saya tak berapa pandai karang hihi.. Tapi ini kisah REALITI SAYA MASA SEKOLAH dulu dengan kawan-kawan yang mempunyai pelbagai ragam :) ...heerrmm baca lah confirm best kut hehe best2

بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang saya mulakan penulisan saya:


    Sesampainya aku di perkarangan sekolah. Setelah motorsikal Ayah aku diparkirkan di hadapan sekolah. Rasa gemuruh dan rasa takut mula menyelubungi diri. Almaklumlah hari ini adalah hari pertama aku di sekolah ini. Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang. Walaupun perasaan takut itu muncul di dalam diri aku. tapi aku cuba untuk bertenang. Aku rindu akan suasana di sekolah Rendah aku. Sekolah Kebangsaan Tandop Besar. Rindu akan Kawan-kawan lama aku. Mungkin mereka pun seperti aku barangkali. Masing-masing telah terpisah setelah tamat belajar di darjah enam. Masing-masing telah memilih sekolah yang setaraf dengan Peperiksaan Ujian Penilian Sekolah Rendah dahulu.


   Setelah lama telah bercuti. Kini aku menyambung pelajaran ke Tingatan satu di SMK Kuala Nerang. Aku bernasib baik kerana keputusan aku agak memberansangkan dalam subjek itu. Subjek yang aku minati Bahasa Melayu Penulisan. Walaupun aku Cuma memperoleh 1A. Aku tidak pernah menyangka yang aku akan mendapat A dalam peperiksaan itu. Ini mungkin disebabkan keberkatan doa seorang Ibu yang hendak anaknya Berjaya. Pernah suatu hari aku berbicara dengan Ibuku. Dia memberitahu kepada Aku.


“Long..kalau Long tak ada A pun tak apa, mak tak kisah asalkan lulus. Tapi Mak harap ada A la jugak. Walaupun 1A pun tak apa. Mak bersyukur sangat-sangat.” Aku hanya tersenyum sahaja kepada Emakku.


“Insya’Allah Mak.” beritahuku. Alhadulillah akhirnya pada hari aku menerima slip kepetusan itu aku melihat ada A. Amin bersyukur sangat-sangat.


   Hari pertama di sekolah menengah agak membosankan bagi diriku. Walaupun aku berasa bangga pada sekarang ini, kerana sekarang aku telah pun memasuki ke alam persekolahan. Memasuki ke frasa baru alam persekolahan peringkat Menengah. Aku kira sekolah ini agak besar dan gahnya. Sekolah ini dilengkapi dengan prasarana yang lengkap. Aku memasuki perkarangan sekolah dengan menggalas beg sekolah. aku bangga kerana boleh memakai kembali pakaian seragam sekolah setelah lama aku bercuti. Aku memakai pakaian yang baharu. Berseluar hijau dan berbaju kemeja putih dan berlengan pendek itulah aku.


   Aku lihat di hadapan sekolah ada sebuah pondok pengawal. Emak menghampiri pemuda yang aku kira umurnya dalam lingkungan 30-an. Lalu, dengan seraya emak menyapanya. Dan menyoalnya. Almaklumlah hari ini kan hari pertama persekolahan jadi emak pun tidak tahu lagi selok belok tentang sekolah ini. Apatah lagi aku. hehe


“Encik tumpang tanya. Pejabat dekat mana?” soal emak aku sambil melaporkan diri di pondak pengawal itu.


“Oh! Pejabat ya, pejabat di tingkat 2.” Beritahu security gurd tersebut.


“Kak naik anak tangga tu, belok kekanan dan jalan terus. Dekat situlah pejabat” Beritahu security gurd itu lagi sambil menghulurkan sekeping pas pelawat untuk digantungkan di leher.


“Okey, terima kasih Ya.” balas emakku sambil berjalan menaiki anak tangga. Aku yang berada di situ turut membontoti langkah emak.


   Emakku melajukan langkahnya. Aku masig lagi terkial-kial mengikuti langkah Emak dari belakang. Sambil emak memegang tangaku. Ah! malunya aku. Tapi aku buat-buat tidak tahu. Ramai jugak orang yang perhatikan gelagat aku dengan Emak. Aku tidak datang semasa hari pendaftaran pada hari itu. Jadi aku dan emak perlu mendaftarkan diri di pejabat terlebih dahulu sebelum masuk kedewan untuk mendengar taklimat orentasi bagi pelajar tingkatan 1.


   Setelah sejam aku dipejabat dengan emak mendaftarkan diri. Kerani memberitahu kepada emak bahawa aku perlu pergi kedewan untuk mendengar taklimat. Sebelum ke dewan aku perlu membeli buku dan alatan berkaitan dengan sekolah di koperasi sekolah terlebih dahulu. Aku dan Emak menuruni anak tangga dan pergi ke koperasi untuk membeli barangan keperluanku. Setelah selesai semua sesi pendaftaran, membeli buku dan barangan sekolah yang lain. Emak memberitahu kepada aku bahawa dia hendak pulang kerumah. Aku Cuma mengiakan sahaja. Emak menghantarkan aku sehingga ke Dewan sekolah. Aku bersalaman dan bercium dengan Emak sebelum emak berangkat pulang.


   Tiba-tiba aku disapa oleh jiranku. Dia itu ku anggap sebagai ibu saudaraku kerana dia ada pertalian darah dengan keluarga sebelah emak. Dia menyakan soalan kepada emak.


“Mak Lang tak ambik borang asrama ke?” soal jiranku.


“Tak pun dekat mana?” tanya Emakku kembali.


Ambik dekat pejabat Asrama sekolah.” beritahu jiranku dan berlalu pergi meninggalkan kami disitu.


“Long, long nak tinggal di asrama tak?” soal emakku. Dengan lantas lamunan aku terhenti. Aku asyik memerhatikan gelagat kawan-kawan yang sebaya denganku. Ada juga kakak-kakak dan abang-abang senior yang lalu lalang disitu. Ada yang aku kenali wajah mereka ada juga yang tidak. Kerana mereka itu adalah kawan satu sekolah rendah dengan aku dulu. Sambil-sambil itu, aku terpegun dengan keindahan panorama di sekolah ini.


“Ah! Patut pun sekolah ini cantih, gah gitu siap orang-orang cakap sekolah ini mengalahkan university lagi, struktur pembinaan bangunan yang menarik dan kawasan perkarangan sekolah yang luas. Pasti selesa apabila belajar di sekolah ini.”  Monologku didalam hati.


“Ermmmm.. tak mau laaa.... mak.” jawabku ringkas.


“Laaaa...rugi kalau Long tak tinggal di asrama, tak apa lah ikut Long lah nak tinggal dekat asrama ke tak.” Beritahu Emakku dengan nada yang sayu. Aku lihat wajah emak berubah.


Barangkali Mak terkilan dengan aku sebab tak nak tinggal di asrama.” Soal hatiku.


Mak maafkan cheq, cheq bukan tak mau dok asrama tapi. Cheq tak mau susahkan Mak.” monologku lagi di dalam hati. Dalam dialeg bahasa kedah.

~~~

      Kini sudah pun seminggu aku berada di sekolah ini. Selama tujuh hari aku didalam dewan yang besar ini. Dapat aku kenali rakan-rakan daripada sekolah-sekolah rendah dari daerah yang lain. Tapi aku tidak kisah, kerana kami sekarang sudah berada di satu sekolah yang sama. Aku tidak mengenali mereka lagi dengan lebih rapat. Setiap waktu aku akan mengikuti rakan-rakan sekolah rendahku kemana sahaja mereka pergi.


      Semasa di dalam dewan cikgu telah menganjurkan pelbagai aktiviti. Tidaklah aku boring mendengar ceramah dan taklimat yang disampaikan. Pada hari ini, aku dan rakan-rakan yang lain akan diserahkan kepada guru kelas masing-masing. Kami menduduki kelas mengikut keputusan peperiksaan UPSR yang dahulu. Aku kira bernasib baik kerana aku terpilih untuk duduki kelas yang ketiga.


     Setelah aku tahu kedudukan kelasku. Cikgu kelasku telah membawa aku dan rakan-rakan yang lain kekelas. Pada mulanya aku pening jugak sebab awal-awalnya aku berada di kelas B. Kemudian di kelas C rakan-rakan aku yang lain pun menghadapi masalah yang sama. Selepas betul-betul muktamad keputusannya aku disahkan oleh cikgu bahawa aku adalah ahli kelas tingkatan 1C. Jadi, aku akur dengan keputusan cikgu. Banyak kelas yang aku boleh kira. Dari Aliran Agama. Aliran inilah yang paling istimewa. Aku kira dari A sehingga ke J banyak bukan?


       Aku dan rakan-rakan aku yang lain telah dibawa oleh guru kelas untuk meninjau kelas. Kelas aku berada di tingkat paling atas, iaitu di tingkat 3. Sememangnya sekolah ini mempunyai bangunan yang bersambung. Jadi senanglah bagi kami untuk pergi ke kelas. Hari ini hari pertama kami di dalam kelas ini. Aku memilih tempat duduk paling hadapan. Di hujung sekali sebelah kanan. Di tepi tingkap. Aku memilih tempat itu bersebab. Apabila aku boring aku akan merenung keluar tingkap untuk melihat keindahan awan. Dan persekitaran diluar sekolah. kalau berada di tingkat 3 ini semua boleh Nampak.


         Di sini aku dapat mengenali kawan yang bernama Azrul Emal. Mukanya persis seperti sahabatku di sekolah lama. Hilanglah sedikit rinduku terhadap sahabat baikku itu apabila kami berborak. Aku terkejut kerana dia juga mengenali sahabat baikku itu semasa di sekolah rendah. Jadi kami berkongsi cerita mengenai diri masing-masing. Sudah menjadi kebiasaan bagi murid-murid sekolah. pada awal persekolah setiap orang dari anak murid akan memperkenalkan diri kepada guru mata pelajaran masing-masing. Inilah yang paling aku tidak suka. Tapi aku akur sebagai pelajar sekolah. Aku terpaksa ikuti semua peratuan yang telah ditetapkan.

Azrul Ekmal

kawan aku sejak dari form 1 lagi ini gambar dia di kolej. 

jabatt

~~~

          Tapi itu semua semasa aku di tingkatan 1. Kini aku telah pun berada di tingkatan 2. Hendak dijadikan cerita aku dengan gadis itu, inilah kisahnya. Aku kenal dengan sorang gadis ini namanya Fatin, Masa ini aku dan dia kira sebayalah. Cuma kelas kami sahaja yang lain-lain disebabkan kami Cuma ambil beza satu mata pelajaran sahaja iaitu Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB). Aku mengambil dalam aliran perdagangan dan keusahwanan. Manakala Fatin mengambil dalam aliran Mekanikal.



Fatin

Fatin yang upppakai tudung purple tu manis kan? 

        Masa berlalu dengan pantas, saat bertemu saat. Minit bertemu minit. Jam bertemu jam, hari bertemu hari dan bulan bertemu bulan. Kini sudah pun tiga bulan aku berada di tingkatan 2. aku dengan dia saling mengenali tapi kami tidak rapat sangat. Sebab masing-masing pemalu kut. Almaklumlah umur sudahpun menjangkau usia 14 tahun. Masing-masing sudah baligh. Tahu batas-batas pergaulan. Tak macam zaman sekolah rendah dulu. Aku selalu berkejar-kejaran dengan budak-budak perempuan ke hulu dan hilir. Kadang-kadang main sembunyi-sembunyi, lompat tali, jogkang jongket dan lain-lainlah seperti kanak-kanak zaman sekarang ini.


Mohd Fitri upp

inilah aku dan Fitri, ini gambar kita orang semasa zaman
sekolah dulu. tahun 2010. Rindu kenangan  ni 

          Pada suatu hari itu, aku berjalan dengan kawan baik aku Fitri. Walaupun kami berbeza aliran tapi kami rapat. Aku mengenali diri fitri dengan lebih dekat sebab aku tahu dia mempunyai ciri-ciri sebagai seorang sahabat. Aku kenal dengan Fitri sebab setiap kali aku keluar dari kelas untuk menunaikan solat Zohor pada waktu petang dia selalu menegurku. Disebabkan mulutnya yang ramah itulah aku menjadi kawannya. Aku tidak tahu macam mana kami berdua boleh berkawan.


       Faizul upp

ini gambar semasa Form 6 Di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Ahmad. Tahun 2013. Faizul dengan Classmate dia. Aidil dan cikgu Azizah. guru mata pelajaran Ekonomi.


           Aku, Azrul dan Faizol kira kami bertiga agak rapat jugaklah semasa di tingkatan 2 ini. Setiap kali aku, berjalan dengan mereka selalu dikutuk. Tetapi aku tidak hiraukan walaupun ada juga perasaan sakit hati di dalam diri. Tapi aku merendah amarahku. Kalau aku tidak tahan memang aku akan bantal mereka yang mengutuk aku dengan habis-habisanlah. Mujurlah pada ketika itu fitri sedang melalui dihadapan koridor kelas kami.


“Oiittt.. hangpa dok kata apa dekat depa hah?” tengking Fitri kepada budak-budak nakal yang selalu menyakat kami.


“Ada aku kisah!” jawab mereka lalu mereka berlalu pergi dari situ dengan geng-geng yang lain tanpa meghiraukan teguran dari Fitri.


“Weh! Depa dok kata apa dekat hang Apit” soal Fitri kepada aku. Aku menceritakan apa yang mereka katakan kepada kami bertiga. Lalu, Fitri menjawab.


“Alah, besa la budak-budak nakal. Sabaq ja lah. Buat tak tau ja, aku boleh tolong report dengan Cikgu kauseling. Dia kamcing dengan aku.” Beritahu Fitri kepada kami bertiga. Aku hanya tersenyum sahaja melihat Fitri berkata demikian. Lantas dengan segera aku Fitri dan dua lagi rakanku berjalan menuruni anak tangga ke surau untuk menunaikan solat Asar.


~~~


Kring! Kring!


      Kedengaran loceng di bangunan sekolah berbunyi menandakan waktu rehat. Aku dengan segera memasukkan kembali kotak pensilku kedalam beg. Dan meletakkan buku dibawah meja. Aku keluar dengan kadar yang segera. Aku naik ke tingkat atas, tingkat 3 untuk mencari sahabat karibku Azrul. Tetapi hampa dia tiada dia telah pergi rehat terlebih awal dariku. Dia telah pergi dengan Faizol. Tak apa, aku tidak kisah. Dengan segera aku berjalan menuruni anak tangga ketingkat 2 untuk bertemu dengan Fitri pula.


Mana tahu kalau dia belum keluar rehat boleh aku keluar rehat dengan dia. Sudah lah aku tiada kawan nak teman. Malas nak keluar dengan geng-geng kelas aku. Lagipun aku dengann Fitri ni dah kira kamcing jugak. Dengan geng-geng kelas aku tidak berapa. Sebab banyak yang nakal. Aku lebih suka berkawan dengan geng perempuan.” Soalku didalam hati.


     Aku berjalan dan terus berjalan ke kelas Fitri. 2F itulah tanda kelasnya. Aku lihat Fitri sudah berada di koridor menunggu rakannya Subihi.
Subhi

tadaa!! inilah Subhi. ini gambar semasa hari guru 2011. inilah pakaian seragam pengawas PSS Lelaki downn



ini gambar tahun 2011 semasa hari sukan dekat Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang 
haii





ini pulak gambar terkini dia. sorry gambar kabur sikit. haha ala-ala model K-pop tak? fazna1

ada nampak perbezaan?



“Alhamdulillah, Fitri masih ada. Boleh aku keluar dengan dia.” Ucapku tanda syukur. Lantas aku mendapatkan Fitri dan menepuk bahunya.


“Oppocot..terkejut aku.” Fitri melatah. Semua orang yang berada di situ ketawa melihat Fitri. Kawan-kawan perempuan masih ada. Malunya aku disebabkan akulah fitri melatah.


Sorry, Fitri aku tak sengaja aku tak tau hang melatah.” Monologku didalam hati.


      Fitri menunjukkan aku ke suatu arah. Dengan  menggunakan jari telunjuknya di atas koridor itu. Aku hairan kenapa dia menunjukkan jari macam itu. Aku masih lagi tidak faham. Lalu, dia berkata.

      
       “Tu hang tengok bawah tu,” dengan secara automatik bola anak mataku mengikuti percakapan Fitri dan menuju kearah jari telunjuknya. Aku memandang kebawah. Aku melihat sosok tubuh seorang gadis. Gadis yang aku ceritakan tadi. Yang bernama Fatin. Aku lihat dia bergembira bersama dengan kawan-kawannya yang lain. Alangkah indahnya jikalau aku pun macam tu. Hati aku gembira melihat telatah dan gelagat dia dengan kawan-kawannya yang lain. Bergurau senda dan ketawa.


      Fitri mengajak aku menemani dirinya ke Kantin kerana rakannya Subihi tidak mahu ke kantin. Dia mahu menyiapkan kerja sekolah yang tidak disiapkannya. Aku dan Fitri menuruni anak tangga bawah. Kami sampai di bawah. Dan aku masih lagi melihat kelibat gadis itu. Aku menghadiahkan sebuah senyuman kepadanya. Dan dia membalas kembali. Entah kenapa hatiku berasa gembira.


           Aku kenal Fatin melalui kawan akulah, Fitri. Sebenarnya, dia ini tinggal dekat dengan kampung Fatin. Jadi Fitri lebih mengenali Fatin daripada aku. Aku dengan Fitri ini memang kamcing. Macam orang kata dalam peribahasa ‘air dicincang tak akan putus’. Hehehe.


~~~


     Sekarang sudah pun setahun berlalu. Kini aku berada di tingkatan 3. Tahun ini aku berasa agak sibuk jugaklah kerana banyak persiapan yang perlu dilakukan untuk menghadapi Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Alhamdulillah tahun ini aku dapat naik kekelas nombor 2. Kelas tingkatan 3B. Kerana aku telah memperoleh tempat pertama pada tahun lepas.


       Aku pun tidak tahu macam mana aku boleh mendapat tempat pertama sehinggakan aku boleh naik Kelas. Ramai kawan-kawan kelas aku yang boleh naik kelas. Dalam sepuluh orang aku kira. Aku berasa tidak kekoklah kerana ada kawan yang boleh naik kelas dengan aku. Anisah, Hanif, dan kawan-kawan yang lain.

                                     
                         Hanif upp

           ini pulak Hanif kawan aku semasa aku dari Form1
 sehinggalah sekarang. tapi lama dah tak contact. pict ni di          ambil semasa larian 1 murid, 1 sukan pada tahun 2011.


Anisah pah1

ini pulak kawan perempuan aku, Anisah nama dia. dia kawan sejak dari sekolah rendah lagi. Emak dia dengan emak aku pun kawan baik dari sekolah rendah juga. kami ni di, ibaratkan macam adik-beradik lah 
fuhh
   
       Tahun ini aku berasa gembira daripada tahun yang lepas kerana aku dapat banyak rakan-rakan yang ku kira boleh memahami isi hatiku jugak. Tahun ini banyak Kerja kursus yang perlu kami siapkan sebelum tempoh peperiksaan. Ada secara persendirian dan berkumpulan. Mereka faham aku macam mana. Banyak suka dan duka pada tahun ini. aku kadang-kadang saja boleh keluar dengan Fitri itupun jikalau kami terserempaklah. Aku pada tahun ni rapat jugak dengan rakanku yang bernama Hanif.


     Setiap kali kalau cikgu tak ada dalam kelas. Kami rajin berborak-borak. Rupanya Hanif telah menaruh hati dekat seorang gadis ini. Dia Suka sangat-sangat dekat gadis ini sejak dari Form1 lagi. Tapi dia sanggup pendamkan perasaan dia. Entahlah Aku pun tidak tahu adakah cinta dia diterima atau ditolak. Aku tahu siapakah gadis itu. Jeng-jeng !! tapi biarlah rahsia antara aku dengan dia saja yang tahu.


      Aku gembira sangat pada tahun ini. kalaulah waktu boleh diputarkan kembali. Aku ingin berada pada tahun ini. Dapatlah aku berborak-borak dengan rakan-rakan perempuan kelasku lagi seperti dulu.


Hang sabaq sajalah Shafiq. Apa yang dia buat tu. Biarlah dia nak kutuk Hang pun. Nanti dia tau Hang sapa.” Beritahu mereka kepada aku dengan kata-kata peransang. Aku hanya tersenyum saja. Kata-kata inilah yang masih tersemat didalam ingatan aku sampailah aku mengjangkah ke usia 20 tahun.


“Ya, memang aku bersabar pun ni. Kalau aku tak sabar selama ini memang aku dah buat macam-macam pun kat dia.” Beritahu aku kepada meraka. Setiap kali waktu kalau cikgu tak ada dalam kelas inilah kerja kami. Kami akan berborak sampai tidak ingat dunia. Memang happy habis lah.


       Sudah tujuh bulan berlalu, aku akan menduduki peperiksaan Percubaan PMR. Aku cuba buat yang terbaik untuk mencapai markah yang baik. Tetapi ada jugaklah seorang gadis yang aku kira dia itu tidaklah sekaya mana. Tapi dia berlagak kaya. Gadis ini yang aku maksudkan adalah?? biarlah rahsia Hehehe.. hihi

            
       Kini, tibalah hari peperiksaan. Aku berjalan dengan Fitri, Azrul, Faizul dan subihi. Entah aku pun sudah lupa sejak bila aku berkawan dia. Subihi aku rasa masa Form 3 kut. Aku terserempak dengan Fatin. Fitri yang beritahu yang aku. Dia cakap ada seorang perempuan berdiri disitu. Dia menunjukkan kepada aku. Aku hairan Faizul dan Azrul asyik tergelakkan aku saja.


     “Oh! Baru aku perasan perempuan yang fitri maksudkan tu Fatin aduh..” hati mengeluh. Pada masa inilah pertama kalinya aku bersua muka dengan dirinya. Masa ini aku Cuma tegur-tegur sahaja. Ternyata Fatin ini orang yang mudah tersenyum…hehe. Dia selalu meghadiahkan senyuman kepada orang yang memandangnya. Aku rasa barangkali kalau orang melihat dia pasti akan cair dan tertawan dengan senyumannya. Patutlah ramai yang menaruh hati terhadap dia hahaha.. haha adakah dia menerima atau menolak? Itu perlulah menanyakan dirinya sendiri. angguk


~~~


    Sampailah sehingga kami masuk tingkatan 4. Ini adalah kehidupan baru dan hidup baru. Aku dan Fatin baru kenal antara satu sama lain. Masa itu aku Lihat Fatin sudah berubah sangat dari yang dulu. Fatin yang dulu suka bersosial. Sekarang ini lain. Bukan seperti Fatin yang aku kenal masa form 2 dan form 3 dulu, tapi Alhamdulillah Fatin telah berubah dari cara pergaulan dan cara penampilan dirinya. Pemakaiannya juga turut berubah dengan mendadak. Memang sesuailah dengan dirinya yang sekarang. Sehinggakan ramai orang yang terkejut dengan penampilan muslimahnya di sekolah pada masa itu.


     Dia yang dahulunya tidak memakai tudung labuh kini telah bertukar kepada gadis muslimah. Dia memakai tudung yang melitupi paras dada. Betullah kata orang, HIDAYAH ALLAH SWT ITU DIBERI KERANA ATAS IZIN-NYA. Ermm.. fazna1 masa ini jugaklah aku dengan Fatin semakin rapat walaupun kami tetap berbeza kelas dia berada di kelas Aliran Sastera. Dan aku telah ditempat aliran Akaun.


     Tahun ini jugaklah aku telah mendapat seorang lagi kenalan baru. Rakan itu bernama Rafizi. Dia datang dari negeri Selagor katanya. Dia telah berpindah kesekolah ini pada tahun 2009. Semasa tingkatan 3. Aku rapat jugaklah dengan dia seorang ini. walaupun ramai yang menggelar dirinya poyo. Hehe. runn Sorry kawan. Aku tak bermaksud pun.

Rafizi 

ini gambar semasa menjalankan misi penyelamatan atlet-atlet sekolah dalam larian semasa hari sukan. pada tahun 2011.kiko1


     Pernah suatu hari, cikgu ada mengumkan ditapak perhimpunan bahawa hari ini akan ada sesi pemilihan calon Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) yang baharu untuk sesi baru. 2010. Aku mengajak dia kesana tapi dia tidak mahu. Jarak diantara kelas aku dengan perpustakaan tidaklah jauh mana. Dekat sahaja.


“Fizi jumlah kita pi perpustakaan.” Laungku dari luar kelas memanggil nama rakanku Rafizi untuk pergi ke sesi pemilihan pengawas pusat sumber. Nak tergelak aku dibuatnya. Dengan telatah Rafizi seorang ini.


“Tak nak lah aku. Kau la pergi. Malaslah aku.” Beritahunya dalam dialeg bahasa Selagornya. Sememangnya dia di sini selalu dikutuk oleh rakan-rakan yang disebabkan suka cakap Selangor.


“Kau..Kau..” nak tergelak aku dibuatnya pada masa itu. Dia ini sebenarnya  anak jati Kedah tapi sudah terbiasa bercakap Selangor sebab dia dibesarkan disana.


“Jomlah. Cepat kejap lagi habis permohonan tu.” Aku masuk kedalam kelas 4 Akaun dan menarik tangannya untuk pergi ke library sekolah.


"Aku cakap, tak nak. Tak nak lah.” Beritahunya lagi.


“Ish, Hang ni degillah tadi cakap nak jadi sangatkan pengawas PSS ni. Lau Hang tak dapat jadi pengawas sekolah macam mana?” soalku. Dengan segara aku menarik lengan baju kemeja putihnya yang berlengan panjang ke perpustakaan.


Awat? Hang takut apa dengan Lib. Ni?” soalku.


“Bukan, aku fobia wei.. dengan library teringat aku kisah setahun yang lepas. Aku dibuli oleh abang-abang senior kat sini.” Beritahunya, aku macam nak tergolek-golek saja di atas koridor ini apabila mendengar di berbicara seperti itu.


“Ada ke patut haisy.” pelik punya orang. Aku membuka tombol pintu dan memulakan langkah memasuki perkarangan perpustakaan ini. aku mempekenalkan dirinya kepada Guru media dan Perpustakaan. Dia memberitahu bahawa dia ingin menjadi pengawas pusat sumber.


     Alhamdulillah akhirnya nama aku dan dia tersenarai sebagai Pengawas pusat sumber sekolah. nak dijadikan cerita kebetulannya, Fatin  jugak tersenarai namanya untuk menjadi Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Jadi aku selalulah Nampak Fatin dekat Library sebab bertugas. Penat kut? hehehe… masa ini jugaklah kami bercerita masalah masing-masing.kami saling bantu membantu untuk bagi khidmat nasihat.


opss..!! bukan kami berdua saja time dekat library tu..ada jugak kawan-kawan  rapat kami yang lain. tidakk


         Aku kira kawan-kawan aku yang lain diibaratkan macam adik-beradiklah. Apabila berada di library kami selalu tolong antara satu sama lain dan berkongsi masalah. Library ini bagi kami semua adalah tempat untuk study, tempat menangis, tempat luahkan rasa, dan jugak tempat hiburan. Tetapi kadang-kadang menjadi tempat makan juga. 


Oppss..Sorry ini hanya dikhaskan kepada kami sahaja yang bergelar Pengawas PSS. hehehe .. runn

              
            Pernah suatu ketika di dalam library inilah Fatin meluahkan rasa isi hatinya yang telah lama terbuku dihatinya sehinggakan dia menangis. Dia menitiskan air mata dia disitu. Aku yang berada di situ turut berasa sedih dan dapat memahami masalah dan isi hati dia pada ketika itu. Masalah yang dia kongsikan kepada aku ini lebih dikenalpasti sebagai personal case. kesian Fatin. Walaupun muslimah caranya, siapa cakap seseorang itu kuat untuk menghadapi ujian, dan musibah dari ALLAH tidak kan??

Aku bertanyakan kepada Fatin.


“Fatin ada masalah ke?” soalku. Didalam hatiku ini berdebar-debar untuk mengetahui apa yang hendak diasmpaikannya. Aku mencapai buku yang ditinggalkan di atas meja dan menutupi mukaku. Kerana tidak sanggup melihat titisan air matanya. Aku yang turut berada disitu ingin menangis.tiokk Sesungguhnya, aku sebagai seorang lelaki tidak dapat melihat seorang perempuan yang menangis dihadapan aku. Sorry fatin. Aku mengesatkan aku mataku tanpa pengertahuan dia.pujukk


“Ye..Fatin ada masalah...” beritahunya. Lalu, ucapan terhenti di situ. Hanya keluhan yang aku dengar dari bibirnya. Dia menenangkan dirinya. Fatin menarik nafas selama beberpa kali untuk menenangkan diri. Dan dia mula menceritakan masalahnya kepada aku. Buktinya Fatin hanya mampu menangis saja.

           
         Kini, tiba pulak sesi aku meluahkan rasa, namun Fatin dengar dengan penuh semangat kerana bagi Fatin, masalah kawan adalah masalahnya jugak. Fatin selalu menasihati aku dalam hal-hal yang tertentu. Even ada tangisan di form 4, namun itulah tahun yang paling happy bagi aku dalam sejarah ini. masa itu tidak dapat dijual beli.




Inilah Antara tugas-tugas yang dilakukan oleh Fatin semasa berada di Library ini. uhh

~~~


     Tahun 2010, telah melabuhhkan tirainya. Kini menjelma pula tahun 2011. Tahun yang baru, aku dengan Fatin sudah masuk ke tingkatan 5, tahun ini ialah tahun yang paling Busy, penat, dan pelbagai masalah lain yang perlu dihadapi. Sebab masing-masing hendak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Sijil inilah yang akan menentukan hala tujuan dan masa depan kami semua. Kami perlu hadiri kelas tuisyen, program sekolah  dan pelbagai lagi. Kalau bertugas di library pun belum tentu  dapat berjumpa seperti tingkatan 4 dulu.

          
       Boleh  dikira saja berapa kali selisih dekat jalan dalam kawasan sekolah ini. itu pun Cuma sekadar bagi salam dan bertegur sapa. Aku berjalan seorang diri. Untuk  pergi bertemu dengan guru di bilik guru. Lalu, pada ketika itu aku terserempak dengan gadis yang aku maksudkan sebagai Fatin itu. Dia sedang berdiri di hadapan muka pintu kelas bersama rakan-rakannya yang lain. Aku lihat mereka asyik berborak-borak kosong. Lalu aku menyapa ia.


“Assalamualaikum.. hai. Apa khabar? Sihat ke?” soalku dengan soalan yang bertubi-tubi kesian Fatin hendak menjawabnya.


“Wa’alaikummussalam w.b.t, errkk.. Alhamdulillah sihat, khabar baik.” Jawab gadis itu dengan menguntumkan sebuah senyuman yang manis.


“Shafiq pulak sihat?” soalnya.


“Alhamdulillah sihat.” Jawabku. Lantas, aku berlalu pergi meninggalkan dia. Dia pula kembali menyambungkan perbualan dengan rakan-rakannya yang lain. Kawannya itu siap memberikan jelingan nakal kepada aku lagi aduh.


~~~

    
    Itu hanyalah beberapa kisah semasa aku berada di sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang. Kini, aku sudah pun menamatkan pelajaran di tingkatan 5. Masing-masing telah membawa haluan yang baharu. Mencari kehidupan yang baru. Ada kawan-kawan selepas SPM terus melangsungkan Ikatan pertunangan, ada jugak yang melangsungkan perkahwinan.


Ah! Cepat betul mereka berkahwin.” Bisik hati kecilku.


“Tapi nak buat macam mana kan? dah jodoh mereka sudah sampai. Jadi mereka disatukan lah dalam ikatan yang sah. Aku berdoa semoga kawan-kawan sekolah yang sebaya dengan aku itu bahagia sehingga ke syurga. Aminn….” Aku pulak bila lagi hehe. Merapu je.


      Kami masing-masing sudah tamat belajar tingkatan 5. semuanya sudah tak macam dulu lagi.


“Ah! Rindunya aku dekat kawan-kawan.” Hatiku berbicara lagi. Ada juga kawan-kawan yang masih menyambungkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Tidak kurang juga ada yang terus bekerja untuk menyara ahli keluarga masing-masing.


    Dengan  takdir, dan izin ALLAH, Alhamdulillah. Aku diberikan kekuatan untuk menyambungkan pelajaran ke peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Walaupun aku kecewa tidak dapat menyambung pelajaran dalam bidang yang aku minati. Aku akur dengan kehendak keluarga aku yang menyuruh aku menyambung belajar di tingkatan Enam.

     Pada ketika itu banyak tawaran yang datang. Semua itu terpaksa aku tolak dan ketepikan. Kerana aku terpaksa memasuki ke Sekolah semula ke sekolah. Belajar di tingkatan 6. Ada juga paggilan yang kedua ke universiti. Tetapi aku tidak pergi. Aku Cuma ingin mengetahui bagaimana apabila belajar di tingkatan 6 ini. dan mengetahui cara pembelajaran dalam mata pelajaran sukatan baharu ini.

  Hari ini, aku berbekalkan tekad dengan keazaman untuk menyambung pelajaran ke tingkatan 6 di sekolah Menengah Kebangsaaan Dato’Syed Ahmad, Kuala Nerang, Kedah. Setelah aku memparkirkan motosikal aku di dalam perkarangan sekolah. Aku ternampak kelibat Fatin. Dia juga mendaftarkan diri untuk masuk belajar di tingkatan 6. Allah...

    Hanya tuhan sahaja yang mengetahu bagaimana perasaan aku apabila aku masih lagi dapat belajar dengan gadis itu. Fatin. Aku lihat bukan Fatin saja yang mendaftarkan dirinya di tingkatan 6. Tapi masih ramai kawan-kawan dari Sekolah lama aku mendaftarkan diri ditingkatan 6. Aku tidak tahu kenapa mereka memilih untuk belajar di tingkatan 6 ini. aku melihat kertas yang bersaiz A4 telah ditampalkan di papan kenyataan di dewan sekolah. aku meneliti dan mencari nama aku mengikut urutan dan Abjad.


“Wah..banyaknya nama kawan-kawan aku.” hati aku melonjak gembira. Apabila aku melihat ramai nama kawan-kawan aku tersenarai pada masa ini. aku kira dalam 100 lebih. Tapi yang datang pada hari pendaftaran pada hari ini hanya beberapa orang sahaja. Segelitir. Dalam lingkungan 40 hingga 50 orang sahaja. Yang lainnya pula dari sekolah yang berbeza.

           
     Aku pergi dan mendapatkan Fatin. Dia pada masa itu sedang berjalan dengan rakan-rakannya. Aku menegurnya.


“Assalamualaikum.. Hai, Fatin pun masuk belajar kat sini..?” hehe soalku sambil ketawa. 


“Wa’alaikummussalam.. hai.. ya Shafiq pun belajar sini jugak. Bagus. Shafiq nak ambik aliran apa nanti?” soal Fatin kepada ku sambil dia mempelbetulkan tudungnya. Lalu dia melabuhkan punggungnya ke kerusi plastic di dalam dewan itu.


“Tak tau la Fatin, tengoklah macam mana nanti ek, cikgu cakap ikut macam subjek yang kita belajar masa Form5 dulu.” Aku memberitahu kepadnya. Aku mencari-cari kelibat Faizul. Kerana pada masa ini cikgu melepaskan kami untuk pergi berehat. Aku berborak-borak dengan Fatin. Setelah habis berborak dengan Fatin. aku pun berjalan mengikuti Faizul ke kantin sekolah.


~~~


     Sudah cukup sebulan aku berada disini. Aku dan rakan-rakan aku mendengar ceramah dan taklimat orentasi selama sebulan. Cikgu telah memberitahu kepada kami. Didalam ceramah itu cikgu-cikgu menerangkan slot tentang subjek-subjek yang perlu kami ambil. Tapi perlulah mengikuti piawaian dan mengikut markah peperiksaan SPM dahulu. Setelah selesai mendengar semua taklimat aku dan rakan-rakan telah memilih Course yang kami minati. Selama sebulan ini jugaklah aku telah dapat ramai kenalan yang dahulunya tidak rapat dan tidak kenal. Kini semakin rapat.

        Tapi  sayang, aku dengan fatin jugak berada di kelas yang lain-lain lagi. Disebabkan Result SPM kami tidak sama. Aku berada di kelas 6 bawah 3. Aku mengambil course sejarah dengan Pengajian perniagaan. Disamping itu. Ada juga subjek yang telah ditetapkan oleh cikgu-cikgu sekolah ini. itu Cuma subjek pilihan. Subjek yang telah ditetapkan oleh setiap students di sini ialah Bahasa Melayu. Dan subjek yang wajib Pula Pengajian Perniagaan. Fatin telah mengambil course sastera dengan sejarah.


~~~


      Kini sudah cukup 5 bulan aku dan rakan-rakan yang lain belajar disini. Kami semua makin sibuk dengan study dan kelas tambahan. Sebab kami adalah pelajar yang pertama akan menduduki peperiksaan mengikut sistem penggal. Seperti peperiksaan di Universiti dan kolej tempatan yang lain. Aku tak dapat nak bercerita sangat dengan Fatin. Tapi ada masa jugaklah kalau aku berkesempatan untuk bercerita kepada fatin mengenai tentang perihal dan masalah aku ketika ini.

        
    Hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Hari ini adalah hari peperiksaan penggal 1. STPM. Dapatlah aku berjumpa dengan Fatin. Kami akan membuat study group walaupun berbeza kelas tapi kami mengambil subjek yang sama. Sejarah. Jadi dapatlah berkongsi serba sedikit tip dengan kawan-kawan yang lain.

       
     Keesokkan paginya aku datang ke sekolah. hari ini aku dan Fatin tiada exam. Hari ini paper lain yang akan ambil Exam jadi ada peluang untuk aku berjumpa dengan dia lagi. Aku menuruni anak tangga dari tingkat dua. Walaupun aku lihat strukrtur pembinaan sekolah ini telah lama dibina. Lusuh, Tapi pada pandangan mata aku Nampak unik sangat. Kalau tak masakkan sekolah ini boleh menempah nama sebagai sekolah Klustrer Kecermelangan di kawasan daerah aku. Sekolah ini terkenal dengan akademiknya yang handal. Banyak pelajar-pelajar yang telah Berjaya melanjutkan pelajaran mereka ke menara gading. Disebabkan jasa guru-guru di sekolah inilah tanpa memikirkan penat dan lelah dalam mendidik pelajarnya. Sekolah ini tidak kurang juga Berjaya dalam ko-kurikulumnya. Aku berjalan mengikuti Fatin dari belakang bersama kawan-kawan yang lain. Aku pergi ke perpustakaan.

   
    Di sinilah terciptanya memori yang baru. Aku mempunyai banyak masa yang terluang untuk berborak dengan Fatin. Aku membontoti langkahnya dari luar sehingga kedalam. Perpustakaan ini sebenarnya pada asalnya dahulu adalah bangunan Pejabat Pelajaran Daerah. Setelah Pejabat ini berpindah ke bangunan yang baru. Jadi cikgu perpustakaan sekolah ini mengambil keputusan untuk bertukar di sini. Ruangan di perpustakaan ini lebih selesa. Ada Air cond yang sejuk. Dihadapan kelihatan kerani yang bekerja di kaunter. Kelihatan tersusunya indah meja mengikut urutan. Strutur perabot kayu. Dan buku-buku yang disusun mengikut kod.
Ini dapat mengigatkan kembali suasana aku semasa di sekolah lama. Sedang asyik aku memerhatikan ruangan perpustakaan ini. lamunan aku terhenti apabila aku disapa oleh seorang adik.


“Eh! Laa mu ngaji sini ka?? Awat tak royat ko aku?” soalnya dalam dialeg kampung aku.


Aku hanya tersenyum kepadanya.


Ah!! Alangkah indahnya jika aku dapat undurkan kembali masa.” Fikirku didalam hati.


      Seronok aku melihat telatah adik-adik tingkatan 1 dan 2. Mereka sesi petang teringat aku akan zaman remaja aku dahulu. Aku mencari dan tercari kelibat rakan-rakan kelasku. Tapi aku malas hendak duduk dan bersila dengan mereka kerana mereka semua Perempuan. Malu kut cikgu pun ada nanti apa kata pulak. Maklumlah sekolah ini boleh dikategorikan macam sekolah agama jugaklah. Ada juga batas-batas pergaulan yang perlu diikuti. Kantin juga diasingkan. Lelaki disebelah lelaki. Perempuan pulak disebelah perempuan.

         
       Aku terlihat gadis itu sedang menulis sesuatu di atas kertas. Oh! Fatin rupanya. Kelihatan dia duduk di meja dengan rakannya yang bernama Rohaya. Lalu, aku meghampiri mereka.

Rohaya

Rohaya ni pulak kawan rapat dengan Fatin masa Form6, 
ideaa manis kan? sorry tau kita curi gambar awak  ct1

“Hai, Fatin buat apa tu rajin Nampak? Nak duduk sini boleh?” Sapaku. Sambil menarik kerusi yang berada di situ.


Eleh orang belum pelawa lagi dah ambik dah. Tak malu.” Monolog hatiku sendiri.


“Duduklah bukan ada sapa pun boleh jugak kita bersembang kan.” aku duduk di atas kerusi itu. Tapi jarak kami jauh juga. Cuma selang 2 kerusi sahaja.


“Eh! Macam ada masalah ja ni? Hari tu Shafiq cakap ada masalahkan? Cuba cerita mana tahu Fatin boleh bantu?” soalnya lagi. Aku berasa bersalah kalau aku tidak menceritakan masalah aku kepada dia. Nanti apa katanya Fatin pulak fikir aku didalam hati. Kerana aku tahu dia jugak mempunyai banyak masalah seperti aku. Tetapi aku terpaksa menceritakan juga masalah aku kepada dia.


“Ya.. memang ada masalah pun..” aku mengambil pen dan kertas lalu menulis masalah aku. Aku menceritakan kepada dia. Pasal kawan-kawan yang selalu mengutuk aku. Tapi  Fatin tetap tidak putus asa dia bagi semangat kepada aku untuk aku terus belajar. Dia tahu masalah aku. Dan kami berkongsi masalah bersama-sama sambil berbincang tentang solan peperiksaan esok. Rohaya juga sama. Kami berborak dan berbincang. Ini semua mengingatkan aku tentang peristiwa tahun 2010.


~~~


        6 bulan telah pun berlalu. Setelah lama bercuti sekolah. kami membuat keputusan untuk menyambungkan pelajaran lagi ke tingkatan 6. Dan aku di kelas 6 atas 3. Fatin pulak 6 atas 6. Pada tahun ini aku hanya sempat sambung study sampai bulan 3 sahaja kerana. Ada pelbagai masalah yang melanda diriku. Allah...

        
     Hanya Fatin dan kawan-kawan yang betul rapat dengan aku sahaja yang tahu akan masalah aku. Semasa aku berada di tingkatan 6 ini, ramai budak lelaki yang berlumba dan terpikat dengan  keanggunan Fatin. Tambahan pula, Fatin ini gadis muslimah. Ramai lelaki berlumba-lumba untuk mendapatkan Fatin dan ingin juga mengadakan sesi luahan isi hati mereka dekat Fatin. Sungguh. Aku berasa sangat beruntung kerana dapat mengenali Fatin. Dan mempunyai sahabat seperti dia. Dan sampai suatu ketika, perkara yang tidak terjangka dari fikiran kami. Aku dan Fatin telah menjadi bahan fitnah. Aku pun tidak tahu kesian aku tengok dia. Aku pun apa kurangnya. Khabar angin ini jugaklah yang mengatakan aku mempunyai hubungan dengan Fatin. Padahal kami ini hanyalah sekadar Sahabat. Gara-gara aku jugak Fatin terkena tempiasnya. Kesian  fatin kan?. hugko


“Hei! Pit hang nak buat Date dengan Cahaya Ilahi laa tu.” Kedengan satu suara nakal yang menegur aku dan Fatin.


“Eh! Mana ada aku dan dia Cuma kawan ja la? Atin kan?” soal aku kepada Fatin. Pada ketika itu aku melihat wajah dia berubah. Wajah yang ayu itu berubah menjadi merona kemerahan. Dek daripada soalan rakan kelasku itu. Kesian pulak aku tengok Fatin.


“Jahatlah. Hang pa ni” Omel Fatin sendirian. Dia menundukkan mukanya disebabkan malu yang tidak dapat lagi dibendung oleh dirinya. Tapi, biasalah mereka itu kawan yang selalu menyakat aku dekat sekolah ini. Memang nakal. Hehehe…


“Ya lah kami kawan ja pun.” Beritahu Fatin. Lagipun kami ni ada tersangkut adik beradik. Sudah dekat 8 tahun kami menjalinkan ikatan persahabatan yang tersimpul mati ini. Barulah kami sedar, bahawa kami ini ada pertalian darah dengan saudara-saudara yang tidak kami berapa kenali. Fatin yang sejak dari tadi berdiri di koridor ini menundukkan kepalannya mengadap ketanah lalu berlalu pergi dari koridor itu dan memasuki ke kelasnya.


  Itulah, macam mana orang tidak berlumba-lumba untuk mendapatkan Fatin dan meluahkan isi hati mereka dekat Fatin kan?. sudahlah dia tu seorang wanita muslimah yang baik, bertudung labuh, memakai handsocknya yang berwana hitam dan dengan sifat lemah lembutnya. Boleh dikatakan ciri-ciri muslimah ada pada dirinya lah. Sehinggakan dia menjadi tumpuan, tempat meluahkan isi hati. Di dalam kelas, di kantin, library, bilik kuliah dan tempat lainlah. Semestinya tempat itu tempat terbuka okey. Bukan tempat tertutup. Kalau tempat tertutup nanti orang akan fikir lain pulak. Nanti akan terjadi fitnah lagi macam aku dengan dia suatu ketika dulu.

     
    Sehinggakan Emak kawan aku iaitu Syukri itu pun telah berkenan dengan Fatin ini. Maklumlah sifatnya lemah lembut dan sopan santun. Dan pada tahun inilah tahun yang paling sejarah dan tidak dapat dilupakan. Rupa-rupanya Fatin ini ada kena-menngena dengan aku. Kami ini sebenarnya adik beradik. Ya, allah alangkah gembiranya aku pada waktu ini apabila menerima khabaran ini. Gembira hanya allah s.w.t saja yang tahu.

Shukri upp

yang pakai songkok tu lah namanya Shukri handsome tak dia? ada gaya macam ustaz tak hoho... tengoklah sape yang snap gambar ni, haha haha gambar ni di ambik pada tahun 2011. sempena hari guru Malaysia yang disambut pada setiap tahun 16 Mei.
Tadaa !! posing maut kan dia hehe  hihi
           
   
       Tapi  kan Fatin ini dia sudah ada yang berpunya. Mereka sudah pun mendapat restu daripada ibubapa kedua-dua belah pihak. Masalah inilah yang dimaksudkannya. Mereka Cuma tunggu waktu untuk habis belajar dan bernikah saja untuk melangsungkah majlis pernikahan ijab dan qabul seperti pasangan halal yang lain. Fatin ini pulak orangnya yang sangat setia. Aku tahu dia memang seorang yang setia. Sebab selama ini dia tidak pernah menerima cinta dari mana-mana lelaki pun. Termasuklah orang-orang yang berada disekelilingnya yang berusaha untuk mencuri hatinya. Tapi, malangnya mereka tidak dapat. Fatin berterus terang bahawa dia sudah berpunya. Cintanya hanya untuk lelaki itu. Lelaki itu kelak akan menjadi imamnya.

    
     Fatin tak pernah bagi alasan untuk rapat dengan ramai lelaki sebab dia Cuma nak membantu kawan-kawan dia. Fatin jaga batas pergaulan dia dengan lelaki. Ini yang membutkan lelaki susah hendak cari. Tapi sedihnya Fatin terluka dengan sikap orang itu. Dia tetap kuat untuk menghadapinya sebab fatin pernah beritahu aku,’ALLAH MENGUJI HAMBA YANG DIA SAYANG,APA PUN YANG BERLAKU,KEKUATAN PERLU UNTUK HADAPINYA’.

      
      sekarang ini, walaupun aku dan dia sudah berlainan bidang, tapi aku tetap doakan kami semua Berjaya bersama-sama mencapai cita-cita yang diharapkan selama ini Aminn..



Inilah Muka Fatin dengan Pengawas Pusat Sumber Sekolah. pada tahun 2011, tahun yang sibuk dengan SPM tapi sempat lagi untuk menyambut hari guru. hom1

-TAMAT-