Sebuah senyuman senja sedang
memenuhi hamparan cakerawala. Pancaran sinaran merah tembaganya terpancar di merata
dunia menghiasi angkasa raya. Salah satu lukisan illahi yang mempersona
terlihat indah. Qhalif sudah 3 tahun belajar di sekolah pondok. Dia betekad
untuk belajar disana. Dia cuba untuk mendekatkan diri dengan allah s.w.t.
Qhalif tersenyum dengan penuh indah. Hatinya riang gmbira apabila menuntut ilmu
di bumi allah ini. Dia tidak henti-henti memandang Kota Damai, tanah
kelahirannya.
"Sebentar lagi." Fikirnya ketika bas Mutiara Ekspress
yang dinaikinya sampai di terminal Kota Damai. Tiada yang membuatnya lebih bahagia
daripada bergembira untuk pulang ke kampung halamannya yang sudah lama tidak
dikunjung. Selama 3 tahun dia tidak pulang ke kampung halamannya. Dia lihat
banyak perubahan yang sudah berlaku.
Setelah Qhalif sampai di rumah. Dia
bersalam salaman dengan Abi dan Umminya. Turut bersama dengan saudara mara yang
lain. Tidak lupa juga dia berjumpa dengan jiran tertangga yang berdekatan
dengan rumahnya. Qhalif yang sememangnya bagus dengan penampilan dirinya itu
melepas penat lelahnya di belakang rumahnya yang penuh dengan pelbagai tanaman.
Tanaman yang ditanam oleh umminya.
"Assalamualaikum.." kedengaran sebuah suara yang menyergahnya
dari belakang. Tiba-tiba sahaja lamunannya terhenti. Suara yang tidak asing di
telinga Qhalif walaupun telah lama dia menyendiri dari kampung halamannya ini.
Dengan seraya Qhalif pun menoleh ke belakang.
"Wa'alaikummussalam... astaghfirullah hal adzim,
terkejut Aku. Nasib baik la aku tak ada sakit jantung tau. Kalau tak kedebuk Aku jatuh pengsan kat sini. Jadi nangka buruk tak pasal-pasal. Siapa nak tolong
angkat aku hah?" Soal Qhalif sambil memperbetulkan kedudukannya.
"Eh! Assiff jiddan, aku tak sengaja la weh! hehe..." Farhan ketawa nakal.
Farhan |
"Farhan macam mana kau sekarang ni? Wah aku tengok kau sekarang dah bertambah gemuk ya?. Dah lama kut aku tinggalkan kampung ni.
Sampaikan aku tak tau perkembangan kawan aku seorang ni." Lalu Qhalif
memberikn tempat duduk kepada kawannya itu. Farhan turut bersama menikmati
keindahan di taman hiasan milik keluarga Qhalif.
"Huh!! Macam-macam la kau ni mana ada biasa-biasa
saja. Tu lah lama sangat kan kau tak balik kampung terperap je kat sekolah
pondok kat dalam hutan tu. Pastu kau cakap aku gemuk pulak?" Keluh Farhan.
"Weii, malam ni jangan lupa ada majlis kesyukuran.
Tempatnya di rumah Tuan Haji. Shafi'e seberang jalan tu." Farhan
menunjukkan kearah rumah itu dengan menggunakan jari telunjuknya. Rumah Tuan
Haji. Shafi'e itu berada di Pinggir Jalan raya yang di bentengi dengan pagar
bak istana kerajaan itu.
"Ye ke?... Insya'Allah." Jawab Qhalif mendatar.
"Pokok pangkalnya, macam mana pun kau perlu datang
juga malam ni. Okey! Aku pulang dulu assalamualaikum." Farhan berlalu
pergi dan meninggalkan Qhalif di situ.
"Wa'alaikummus salam" jawab Qhalif. Dia memandang
kawannya yang berlalu pergi dengan lenggang lengguk itu.
****
Acara majlis kesyukuran di rumah
Tuan Hj. Shafi'e kelihatan meriah sekali. Semua tetamu yang hadir nampak
kelihatan gembira. Mereka hanyut dalam alunan zikir dan qasidah yang memuji
Nabi Muhammad s.a.w. Tidak ketinggalan Qhalif juga nampak bersahaja dengan
berjubah putih dan beserban putih. Dia juga mengenakan bauan dan wangian pada
pakaiannya. Bibirnya tidak henti-henti mengalunkan zikrullah seiring dengan
alunan lagu qasidah. Sementara itu penglihatannya mulai menyapa seluruh isi
ruang rumah yang penuh dengan orang ramai. Mereka adalah keluarga islamik yang
memancarkan cahaya keimanan dan berkat dari setiap sisi dinding rumah Tuan
Haji. Shafi'e. Lafaz agung kalimah Allah dan gambar-gambar para ulama yang
banyak berjasa terhias di sepanjang dinding rumah itu.
Namun dalam diam Qhalif
memerhatikan sebentuk tubuh bidadari di penghujung tatapannya. Sebelum majlis
kesyukuran itu selesai. Qhalif sempat berkenalan dengan seorang gadis jelita
itu. Wajahnya yang ayu disebalik niqab dan sepasang anak mata bak permata yang
tidak pernah diselami oleh penyelam di sepanjang samudera membuatkan Qhalif
tersihir dan terpesona dengan gadis dihadapannya ini.
"Ana,Siti Zulaikha. Anak Tuan Hj. Shafi'e. Salam
perkenalan." Gadis yang bernama Zulaikha itu memperkenalkan dirinya.
Qhalif tidak berkata apa-apa. Dia cuba
untuk menahan gemuruh di dalam dasar lubuk hatinya yang kian membara. Seketika
kemudian barulah dia memperkenalkan dirinya.
"Nama Ana, Qhalif Habibi bin Harun." Qhalif
memperkrnalkan dirinya kepada Zulaikha.
Siti Zulaikha diam seribu bahasa.
Dia tidak dapat untuk berkata-kata mulutnya seakan kunci pada saat ini. Dia
hanya menundukkan kepalanya. Bahaya! Kesannya telah membawa aura Qhalif
sehinggakan telah memenjarakan hatinya. Tanpa Siti Zulaikha sedar ada getaran
yang mengalir di sudut hatinya. Dadanya seakan berkocak. Walaupun pada
pandangan pertama, kedua, detik hati Zulaikha pada saat ini tidak boleh
berdusta. Bara asmara telah menyebabkan dia berkobar menerangi istana atas nama
cinta. Tiada kata yang terucap. Hanya isyarat kerlingan mata yang syahdu
menemani waktu mereka sehinggalah majlis itu selesai dan seterusnya berakhir.
Waktu tidak pernah berhenti menelan
ruang kisah manusia. Qhalif dan Zulaikha, walaupun hanya merungkai bayangan
syahdu. Mereka berdua bahagia dan tidak penat menunggu siang dengan syair indah
membingkai malam dengan lagu rindu.
"Duhai Husni bantulah ana, ana terasa lemah sangat
ketika ini." Qhalif meminta pertolongan daripada sepupunya Husni.
"Memang ada apa ya, Akhi... sakit ke?" Soal Husni.
Dia mengerutkan keningnya tidak faham dengan perlakuan Qhalif sepupunya itu.
"Entahlah ana tak tahu macam mana hendak beritahu
kepada kamu Husni. Disebabkan sakit inilah ana menemukan kenikmatan tiada tara
yang tidak pernah ana temui. Suatu nikmat yang terilham dari syurga."
Wajah Qhalif kelihatan nampak series. Tidak seperti tadi. Husni hairan melihat
tingkah laku sepupunya itu. Selalunya Qhalif tidak akan begini.
"Weii.. kau ni dah kenapa?" Tegur Farhan tiba-tiba
entah dia datang dari mana. Sudah la salam pun tidak berinya.
"Tak ada apa kawan entah hati aku hanya galau saat
ini." Beritahu Qhaif kepada Farhan yang menyergahnya tadi.
"Kau ni kan Farhan selalu macam tu sergah orang tak
tentu fasal huh! Dah tu tak bagi salam.. tak ada tabiat lain ke?" Marah
Husni.
"Asiff jiddan.. aku tak sengaja la weii." Farhan
memohon maaf kepada mereka berdua.
"Kalau Qhalif betul-betul sakit macam mana? Kalau dia
pengsan dekat sini siapa nak angkat dia." Husni tidak henti-henti memarahi
Fahan.
"La baksa.. sudah-sudahlah tu kamu berdua tak ada kerja
lain ke selain bertekak dekat sini." Tegur Qhalif lalu dia mengeluarkan
sepucuk sampul surat dari dalam Beg sandangnya.
"Nah, tolong serahkan surat ini pada zulaikha ya
Husni." Tangan Qhalif terketar-ketar saat dia menyerahkan surat itu kepada
Husni.
"Oh.. okey tak apalah, ana ingatkan akhi ada masalah
apa tadi. Boleh je nanti ana kasi." Surat di dalam sampul itu bertukar
tangan.
"Jangan lupa juga, tolong sampaikan salamku
padanya." Suara Qhalif semakin menjadi serak. Kelihatan linangan air mata
bergenangan di sebalik tubir matanya.
"Weii, jum pergi surau waktu asar sudah menjelma
ni." Farhan mengajak Qhalif dan Husni untuk pergi mengerjakan solat secara
berjemaah.
"Tak apa nanti ana menyusul, kau orang pergilah
dulu." Sahut Qhalif suaranya mendatar.
Setelah Husni dan Farhan berlalu
pergi dari situ, Qhalif tidak mampu lagi menahan air matanya. Lalu dia
menangis, tidak tahu sama ada bahagia, gembira atau berduka lara. Sepatah
sayapnya telah dibawa pergi oleh Husni untuk dipersembahkan kepada sang
kekasih.
Husni |
****
Dari jauh, kelihatan satu susuk
tubuh bidadari jelmaan syurga sedang duduk di atas parkir di hadapan rumahnya. Orang yang dimaksudkan itu adalah Siti Zulaikha. Dia duduk diparkir itu sambil
memandang ke langit. Melihat kebesaran ciptaan ilahi di waktu senja. Banyak
burung-burung yang terbang di angkasa raya. Zulaikha tersenyum apabila melihat
Husni datang dan menghampirinya.
"Assalamualaikum .. Fieyka, ini surat dari Qhalif. Dia
juga kirim salam untuk awak." Lalu, Husni menyerahkna sepucuk surat kepada
Siti Zulaikha dan dengan segera dia kembali pulang kerumahnya kerana ada urusan
yang perlu diselesaikan.
"Wa'alaikummussalam." Jawab Zulaikha lalu dia
mengambil surat itu dari tangan Husni. Kini, surat itu telah pun berada di
tangan Zulaikha. Perasaannya berdebar pada saat ini. Jantungnya tidak.berhenti
berdenyut. Denyutan jantung dan nadinya seiringan. Lain dari kebiasaannya.
Dup!! Dup!! Dap!! Dap!!
Jantungnya berbunyi. Dia kelihatan
gundah gulana pada detik ini. Dia membuka sampul surat itu dengan penuh
debaran. Kini terlihatlah segala isi yang terkandung dalam surat itu.
Untukmu Adinda,
SITI ZULAIKHA BINTI HAJI. SHAFI'E
Duhai sepasang sayap
rinduku.
Ketika siulan camar
berbisik dawai-dawai asmara.
Seisi alam berteriak
cemburu.
Saat aku redah lukisan
indah senyumanmu.
Duhai belahan
sanubari.
Saat waktu semakin
menghapus kisah silamku.
kutemukan biasan rindu
untukmu.
Hingga tidak henti
alam mimpiku.
mengukir
serpihan-serpihan aura kilauanmu.
Duhai separuh nafasku,
hasrat hati ini
merungkaikan kisah yang mempersonakan.
bersama sang adinda.
Menyusuri indahnya
taman syurga.
Harap bingkai hati ini
tidak terlalu maya.
Untuk menjadi nyata.
Mahukah adinda meraih
rindu bersama musafir cinta ini.
Hamba allah :
Qhalif habibi Harun
Brapp!!
Siti Zulaikha tidak sedarkan diri.
Dia sudah jatuh terjelupuk ke tanah. Saat dia membacakan surat itu tadi.
Parah-parah rindu telah menusuk dan merobek-robek jantung hati dan fikiran
jernihnya. Setelah dia sedar, dengan perasaan sayu. Dia berjalan dengan langkah
yang longlai. Dia mengambil wudhuk. Lalu dia mengerjakan solat dua rakaat.
Dalam doa Zulaikha menangis
semahu-mahunya. Hanya allah sahaja yang tahu akan perasaan hatinya kala ini.
"Allahhu Rabbi peritnya dugaanMu, ya allah engkau maha
mengerti, walau hanya sebisik hati. Haruskan diri ini menghabiskan sisa hidup
nafas hidupku? Hanya terpaku merindu. Membiarkam diri ini lupa akan kehangatan
kasihmu... ya allah, segarkanlah lubuk hatiku yang gersang dengan titisan agung
rahmatmu. Sungguh bahana cinta telah waktu untuk berdua bersamamu.
Amin..." sekali lagi Zulaikha jatuh pengsan. Setelah dia mengaminkan doa
terakhirnya.
Mukanya kelihatan basah dengan
linangan air. mata yang menghiasi cawan cintanya yang sekaligus telah merobek
jantungnya.
****
Di ufuk timur nun jauh disana. Sang
fajar masih tersenyum galak menghiasi dinding-dinding cakerawala bersama
linangan air mata. Zulaikha menulis kembali surat kepada Qhalif. Segala rasa
cinta, suka, kasih dan sayangnya ditumpahkan pada sekeping kertas bersais A4
dihadapannya. Setelah selesai dia menulis dia mencium beberapa kali. Selepas
itu dia menghulurkan kepada Husni.
"Ya Allah, selamatkanlah dia hambamu Qhalif, semoga dia
sampai ke tempat tujuannya. Kerana dia membawa separuh nafasku. Aminn..."
Zulaikha meratapi surat itu dengan penuh syahdu di hatinya.
buat insan yang aku
puja atas nama cinta.
yang mengukir
debe-debu suci,
di retak dinding dan
sanubari,
hanya sebuah senyuman
kekasih yang terukir di nanti,
ketika beribu kali
angan tidak terhenti-henti,
menyelusuri alam
sunyi.
Duhai sang Musafir
Cinta,
di setiap langkahmu
aku dengar,
dengusan bayu
syair-syair rindu yang tulus,.
berirama bersama
alunan lagu.
yang menyatukan cinta
dan rindu.
wahai penglipur
laraku,
disaksikan dibawah
biasan cahaya purnama,
mari kita meneguk rasa
di cawan cinta,
untuk mengeratkan
hubungan silaturrahim antara kita,
yang terjalin kisah
rasa satu kata cinta,
semoga perjalan kita
nanti diredha,
oleh Allah sang maha
adilnya,
Amin...
Perindumu....
****
Di iringi dengan derai tangisan air
mata. dia bersujud syukur. syukur atas panah cintanya yang terarah, tepuk
cintanya tidak sebelah. tapi dua-dua belah bertepuk.
"Ya Allah, yang maha mengetahui detik-detik hati hamba.
bukan maksud hamba memaduMu. Diri hamba, tidak mempunyai daya untuk berpaling
dari lukisan syurga yang engkau ilhamkan." Qhalif hanya boleh mengadu
kepada penciptanya. tidak mungkin dia akan berjumpa dengan sang kekasih untuk
mengubati rindunya. hanya kepada allah sahajalah yang layak untuk dia
melepaskan rindunya.
****
Tidak terasa bahawa sudah 2
minggupun berlalu. masa bercuti Qhalif di kampung halamannya sudahpun habis.
dalam masa 2 minggu ini tidak terasa cepat antara Qhalif dan Zulaikha untuk
memadu kasih. merungkai rindu hanya melalui tarian pena. Namun mereka tetap
bahagia dalam memaut rasa kasih sayang di "Alam Maya".
Qhalif berasa gelisah. hatinya
tidak tenang kerana esok dia sudah mahu pulang ke pengajian pondoknya. dalam
hatinya hanya ada dua sisi yang berceramuk. dia bercelaru ingin memilih adakah
antara 'CITA-CITAnya atau PESONA CINTA' tidak ada jawapan diantara pertanyaan
hatinya.
Hari ini adalah hari rabu. tanggal
24 Rabiul Awal. dia memutuskan untuk pulang ke pondok pelajarannya.
"Yeah!"
Demi Tholabul ilmi, dia balut
cintanya dengan harapan yang mulia. demi syiar agama dia melawan gemuruh
dijiwanya dengan tasbih dan istigfar. demi cita-cita yang suci ia bingkai
rindunya dengan zikir dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
Sebelum Qhalif berangkat pulang ke
pengajiannya. dia sempat menemui Husni yang telah membawa rindunya kepada
Zulaikha.
"Selamat jalan saudaraku, Insy'Allah dengan mendekatkan
diri kepada sang Pencipta Allah S.W.T Akhi mampyu merendam nafsu cinta di dalam
hati ucap Husni dengan pandangan mata yang sayu. mereka tidak mampu menahan air
mata dalam rangkulan 2 sahabat fillah ini. mereka adalah sepupu yang berkawan
sejak kecil dan membesar bersama-sama.
Husni sekarang, menuju kerumah
Zulaikha. surat terakhir dari Qhalif dipegang erat-erat. ada perasaan hiba dan
gembira diantara perjalanan dalam mencari cinta buat dua insan ini.
Buatmu Adinda
Zulaikha,
bersamamu hatiku
menemui kasih sayang,
bersamamu angan-angan
merasakan hangatnya rindu,
bersamu bagai rasa
saat-saat bercinta,
bersamamu jiwa
membingkai kasih mempersona,
Kekasihku,
selama angin musim
tengkujuh,
menggoyangkan
helaian-helaian ombak,
takkan henti nadiku
meraut indah,
dibawa angin bayu,
Demi semua penghuni
semesta,
sehingga hilang
matahari senja,
tidak lelah
melambaikan pelepah kelapa,
menghabiskan waktu
menempuh rindu,
sekarang... ya
sekarang..
mungkin kita harus
merenggangkan rindu,
Demi cinta, Demi masa
Depan yang bercahaya,
Hanya Allah kita akan
seterang purnama kasih...
Qhalif habi.bi
Selamat tinggal bakal imamku. semoga
kita berjumpa serpihan-serpihan percik rahmatnya. Insy'Allah sampai bilapun aku
akan menunggumu wahai imamku, dengan cucuran Air mata Zulaikha mengecup lembut
surat terakhir daripada jejaka pujaannya itu.
Adakah Mereka Bahagia dan Disatukan Atas Nama Cinta ?? |
-TAMAT-
Assalammualaikum...Akak, suke ayat yg awk gune dlm cerpen ni. Kalo akak, akak gune bhse basah je, awk gune bhse sastera...Mcm ssh nk prcye, llki yg tulis(bkn sbb skeptik) Sbb, ayt-ayt yg awk gune sgt gramatis..ssh nk dpt llki tls cmtu...so Keep up, the good work ea dik..:) Teruskan menulis, dgn ayat2 yg mcm nie...
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Padamterima kasih akak.. ayat yang macam adik tulis tu hanya kadang-kadang saja yang datang.. ia datang dan pergi.. susah jugak nak cari idea ni.. mengambil masa jugak untuk menaip ayat-ayat dalam cerpen ni.. apa-apa pun terima kasih ya sebab sudi singgah baca hehe :)
Padam