Teks

Sabtu, 7 Jun 2014

Air Mata Seorang Kekasih

BAB 1

TERMENUNG seketika dirinya di tikar sejadah pada pagi itu. Dia menutup kembali surah yasin yang telah selesai dibacanya. Pandangannya pada ketika itu tidak terlepas dari memandang sekujur tubuh yang telah terbaring lesu di atas katil. Sudah hampir tujuh hari tubuh pesakit itu berada dalam keadaan koma.

Sepanjang tujuh hari itu juga, selepas sahaja tamat dari waktu bekerja Nazmi akan segera ke Hospital Pakar Metro yang terletak di Bandaraya Sungai Petani, Kedah. sudah masuk tujuh hari, masih lagi tiada respons dari pesakit yang paling dia cintai.

Pesakit ini masih lagi berada di hospital pakar ini sejak dipindahkan dari salah sebuah hospital lain. Permindahan ini berlaku atas permintaan Nazmi sendiri. Sebenarnya, dia meminta pesakit dipindahkan ke hospital ini adalah lebih mudah untuk dirinya datang melawat. Lagipun dia tidak boleh abaikan pekerjaannya di sini. Mandi juga di bilik air yang telah disediakan di bilik ini. Adakalanya juga dia bermalam di bilik ini. Bilik ini memang dikhaskan untuk seorang pesakit sahaja.

            “Awak... sudah lama awak tidur.”

“Awak…” panggil Nazmi.

“Awak tak kesian ke dekat saya.”

“Awak bangunlah, saya sentiasa ada untuk awak di sini.”

“Saya akan setia untuk menunggu awak.”

“Bangun lah awak.” Rayu Nazmi. Kelihatan di balik matanya sudah mengalirkan butiran manik-manik putih yang jernih.

Air mata itu terus mengalir di sebalik kelopak matanya. Seperti ia tidak akan kering lagi. Adakalanya dia seperti seseorang yang cukup lemah, mengharap apabila dia bangun ketika subuh menjelma esok, Humaira akan tersedar dari tidurnya. Tapi sudah lebih tujuh hari gadis itu masih memejamkan mata. Kelihatan Nazmi bemonolog dengan hatinya.

‘Aku perlu kuat untuk menghadapi semua ini.’

‘Ini adalah ujian dari Allah buat aku.’

‘Ya Allah… aku tak sanggup, kau kuatkan lah imanku, kau berikanlah aku petunjuk. Supaya aku selalu bergerak ke arah jalan-Mu.’

‘Ya Allah… kau permudahkanlah hamba-Mu ini untuk menghadapi ujian dari mu.’

‘Engkau ringankan lah dugaan yang engkau berikan kepada tunangku. Yang akan aku nikahkan dalam masa satu minggu sahaja lagi.’

‘Berikanlah kekuatan kepada dia, kurniakanlah kesihatan fizikal rohani dan jasmani yang baik buat dirinya.’

‘Ya Allah, hanya kepada-Mu aku meminta pertolongan, dan hanya kepada-Mu aku merayu. Amin.’ Rintih Nazmi dalam hatinya.

Seketika kemudian dia menyelimuti tubuh  gadis itu dengan selimut. Mengucup perlahan tangan Humaira yang dipenuhi dengan wayar berselirat. Dirinya hilang sedikit iman dalam diri apabila dia mengucup lembut tangan tunangannya itu. Dalam keadaan sedih ini dia tidak dapat membendug gelora kesedihannya. Dia merenung seketika pada balutan di kepala tunangnya, dan mengusap perlahan.

Mungkin juga dia ingin memberi kekuatan untuk gadis ini, walaupun dia tahu Humaira tidak sedar. Nazmi melangkah perlahan menuju ke arah kerusi yang disediakan di situ. Malam ini dia terasa malas untuk pulang ke rumah sewanya. Mazli rakannya juga tiada di rumah  dalam masa lima hari ini. Dia ke Kuala Lumpur atas urusan keluarga. Dia pergi sana, untuk tolong bapa dia uruskan beberapa tugasan di sana. Semasa sehari sebelum bermulanya majlis perkahwinan Nazmi barulah Mazli akan pulang ke rumah sewa ini.

Mengimbau kembali kisah pertemuan dirinya dan juga Humaira. Hampir lima tahun sudah berlalu. Kenangan indah bersama Humaira tidak dapat dia lupakan. Itulah, kenangan yang Nazmi tidak  akan lupa hingga akhir waktu nanti. Teringat kata-kata Humaira kepadanya.

 “Cinta saya untuk awak tidak akan padam, biarpun waktu berjalan.”

 “Biar kita jauh dan tidak bersama, tapi cinta saya ini tidak akan pernah pudar untuk awak.”

“Tidak akan saya lupa satu perkara pun tentang awak, kecuali jika Allah tarik segala ingatan saya tentang awak.” Itulah kata-kata yang diluahkan oleh Humaira sebelum dia terbaring di atas katil ini.

Kelihatan dirinya tersenyum sendirian di kerusi itu sambil menikmati keindahan malam di balik jendela kamar bilik pesakit itu dan akhirnya Nazmi terlena dan dibuai mimpi indah bersama Humaira. Sebenarnya bukanlah mimpi tetapi segala kenangan pahit manis dirinya bersama Humaira.

*  *  *  *  *

Tiga bulan yang lepas, dia telah mendapat satu panggilan dari Humaira. Tetapi, panggilan itu tidak dijawabnya. Nazmi hanya membiarkan saja panggilan itu berdering. Dia tidak mahu menjawab panggilan gadis itu. Dia ingin menumpukan tumpuan kepada kerjanya. Berkali-kali panggilan itu berbunyi akhirnya dirinya akur dan pasrah. Dia cuba untuk menjawab panggilan itu.

“Assalamualaikum… awak.” Panggil Humaira.

‘Kenapa lambat betul dia mahu menjawab panggilan aku.’ Fikir Humaira dalam hatinya.

“Waalaikumussalam.” Jawabnya ringkas.

“Ya, cik boleh saya bantu?” soal  Nazmi pula.

“Cik nak cari siapa ye?”

Aik, betul ke number yang aku dail ni? Bukan ke number ni yang dia kasi dekat aku masa chating dekat Facebook hari tu.’ Hati kecil Humaira berkata.

“Hehehe… sorry.” Ketawa Humaira.

“Boleh saya bercakap dengan Nazmi Tajudin?”

“Dia ada?” Soal si pemanggil. Humaira cuba mendesak. Dia tidak mahu bermain dengan panggilan ini.

“Dia ada aje kenapa?” soal Nazmi.

Ish, mamat ni aku tanya elok-elok ni, dia main-main pulak. Sakit betul hati aku ni.’

‘Kalau dia ada dekat depan aku sekarang mau saja aku seligi kepala dia.’ Bentak hati hawanya.

“Saya tanya dia ade ke tak?”

“Jangan nak main-main boleh tak?”

‘Amboi garangnya gadis ni.’ Kata hati Nazmi. Dia tidak henti-henti ketawa. Kelihatan segaris senyuman terukir di bibirnya.

“Nazmi tengah busy lah.”

“Boleh tak cik call dia lain kali?” pinta Nazmi.

“Naz…” lembut sahaja suara tu. Dia mahu pujuk barangkali.

“Hahaha… ye awak.” Jawab Nazmi. Ketawanya yang sejak dari tadi dia tahan akhirnya tersembur keluar dari mulutnya.

‘Ish, tak kelakar lah. Boleh ketawa dekat aku pulak mamat ni.’

‘Kalau ada depan mata aku. Memang aku akan cincang lumat.’ Marah Humaira dalam hatinya. Marahnya dari tadi tidak hilang-hilang lagi.

“Pandai awak kan, menyamar jadi orang lain.”

“Terkejut Ira tau.” Beritahu Humaira.

“Haa… ni ada apa call saya ni?”

“Mesti ada hal kan? Kalau tak kenapa call?” sergah Nazmi. Hampir sahaja tercabut jantung dari badannya itu.

“Ira rindu Naz lah.”

“Oh, ingatkan apa. Saya pun rindu awak jugak. Rindu sangat-sangat.” Jawab Nazmi acuh tak acuh.

‘Laa… aku ingatkan dia call aku ada apa, rupanya nak cakap kata dia rindu aje. Alahai, Humaira… Humaira, apalah kau ni.’ Hati Nazmi berkata-kata. Sekilas senyuman terpacar diwajahnya.

“Merana tau saya duduk di sini, enam bulan pulak tu.”

“Sudah la tu saya cukup rasa terasing. Lama sangat saya tinggalkan bumi Kedah. Dah macam orang gila saya kat sini. Bulan depan saya balik lah Malaysia.”

“Dah penat tinggal dekat sini.” Luah hati Humaira. Dia berharap dengan luahan ini Nazmi akan bersimpati dengan dirinya ini. Dia rindu keluarganya di kampung halamannya. Rindu akan suasana pepohon kayu yang hijau. Rindu akan suasana sawah padi dan sungai tenang yang mengalir berdekatan dengan rumahnya itu.

“Isshhh, awak ni… apa kata Erzwan tunangan awak tu, kalau dia dengar mesti kecik hati dia.” Nazmi cuba memujuk Humaira ketika ini. Erzwan adalah kekasih Humaira sejak dari bangku sekolah. Mereka bercinta semasa menuntut di tingkatan enam. Di sekolah Putra Tropika Lestari. Kini mereka berdua telah bekerja di salah sebuah syarikat milik ayah Erzwan. Mereka mengambil satu jurusan dan bidang yang sama.

“Oppsss, sorry awak, By the way dia ada kirim salam.”

“Naz…” panggil Humaira. Kelihatan suaranya kini mendatar.

 ‘Bila cinta itu sudah berpupuk aku sia-siakannya.’

‘Tidak aku luahkan kepada dirinya. Sekarang aku yang menderita.’

‘Derita kerana seorang lelaki. Bila cinta tu amat aku perlukan. Aku tolak-tolak dia.’ Kata-kata itulah yang selalu muncul di benak Humaira sehinggakan dia dihantui masa lalunya. Dia menaruh hati kepada Nazmi tetapi terpaksa dipendamkan olehnya. Kerana dia tahu Nazmi akan menolak cintanya ini.

“Jangan lupa untuk jenguk-jengukkan Emak Fatimah ya.” Pesan Humaira. Emak Fatimah itu adalah emak Humaira. Dia sudah menganggap mak cik Fatimah ini seperti ibu kandungnya sendiri sejak kematian Ibunya.

Ish, risau pulak minah ni.’

“Jangan risau lah Ira,”

“Tiap-tiap hari Naz pergi tengok dia sebelum pergi dan balik dari kerja.”

“Mak Ira dah sembuh dah sekarang. Dia tak perlu lagi jalan guna kerusi roda. Tak perlu lagi dia untuk pergi ulang alik ke Hospital Pakar Metro, dekat Sungai Petani.”

“Sejak dia minum jus pamoga terjalak laris tu, dia cakap dia dah ada kesan sikit. Dah boleh jalan. Tak perlu lagi guna kerusi roda.”

“Katanya dia rindu dengan anak dia. Dia tanya awak bila awak nak balik?” beritahu Nazmi dengan penuh bersemangat. Tidak perlulah dia berulang alik lagi ke hospital untuk mengubati sakit mak cik Fatimah ini.

“Rindu dekat mak…” jawab Humaira sepatah. Sekejap dengar suara. Sekejap tidak dengar.  Kedengaran suara teresak-esak dari talian sebelah sana.

“Awak…”

“Ira… awak tak apa-apa ke?” soal Nazmi kembali. Perasaanya ketika ini gugup.

‘Aku salah cakap ke sampai dia senyap macam tu?’

‘Ke dia marah dekat aku sebab aku sampaikan berita tu dekat dia.’ Nazmi tidak henti-henti berfikir. Di dalam kepala otaknya sekarang ini ligat mencerna maklumat. Adakah dia telah buat salah terhadap Humaira atau tidak.

“Saya tak apa-apalah…”

“Hehehehe…” kedengaran dia ketawa di balik telefon pintar mudah alih itu.

“Tak apalah, lupakanlah apa yang saya cakap tadi. Saya Cuma rindu dekat mak aje. Rindu dekat kampung.”

“Hmmmm…” sebuah keluhan tepacul dari bibirnya.

“Awak, tak apalah saya nak kemas-kemas barang ni.”

“Kejap lagi saya nak balik rumah. Nanti singgah kejap kat rumah awak nak jenguk kejap mak awak tu.”

‘Apalah minah ni, mati-mati aku ingat dia marah aku. Kalau tak tak fasal-fasal kang aku kena dengan kuasa vetonya itu,’ monolognya dalam hati.

“Ira… kau jaga diri elok-elok tau dekat sana, jangan duk bercampur sangat dengan mat-mat sepet dekat sana. Kita ni anak melayu. Rakyat Malaysia ada adat-adatnya yang perlu di patuhi.” Bebel Nazmi. Sekejap mulutnya memuncung macam mulut itik membebel Humaira mengalahkan mak cik Fatimah itu sendiri.


Haisy, dia ni kan kalau tak bagi tazkirah kat aku memang tak sah la kan. Tak fasal-fasal dapat khutbah free dari mamat ni.’ Humaira berbicara dengan hatinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan