Teks

Isnin, 8 September 2014

ALAMAK! Dia Suami Aku


BAB 3

            BARU Imma ingat lima bulan yang lepas. Akibat daripada penangan final exam untuk kertas yang dia ambik itu sudah habis, Jadi dia dengan kawan-kawannya yang lain Nazmi,Hafiz, Khairul dan Noor Syahira pergi tengok movie. Cerita korea yang baru keluar dekat panggung wayang. Cerita korea yang bertajuk ‘Passionate Goodbye’. Entah apa yang best sangat dengan movie itu pun tak tahu.
Imma suka sangat sangat dengan Lee-Hong Ki tu. Kawan-kawannya empat orang itu jugak memang gila-gila dan suka sangat dengan cerita korea. Mereka semua sanggup menghabiskan duit PTPTN mereka semata-mata ingin keluar menonton wayang bersama-sama. Dia memang suka sangat dengan artis yang bernama Lee Hong-ki itu. Kalau dapat memang dia tak akan lepaslah jawabnya.
Mereka berlima keluar berjalan-jalan dari pagi sampailah ke petang. Sampai tak ingat dunia langsung. Hilangkan tekanan di kolej tempat mereka belajar. Maklumlah, baru saja habis final exam untuk semester ini. Boleh buat apa selain dari berjimba-jimba ajelah. Pada petang itu mereka berempat sudah mahu pulang ke kampung masing-masing. Kawan-kawannya nak balik kampung maklumlah cuti semester. Kampung pulak sudahlah jauh nun di utara Tanah Melayu sana. Kedah katakan.
Lagipun Nazmi,Hafiz,Khairul dan Noor Syahira ini rakan satu negeri aje dengan dirinya. Jadi senanglah sikit kalau dia nak berhubung dengan mereka. Cuma dia saja malas nak balik awal. Mahu tinggal di sini sekejap bersama Mak Usunya. Lepas aje, dari tengok movie dengan kawan-kawannya itu. Mereka berjalan-jalan di sekitar Jusco Maluri. Dekat-dekat je dengan kawasan Cheras ini. Dia dan rakan-rakannya naik LRT dari tempat mereka menonton wayang tadi ke perhentian LRT Maluri. Mereka pergi situ pun untuk bershopping sikit. Ada barang yang mahu dibeli untuk dibawa pulang ke kampung.
By the way, kawan-kawan Imma ini nerd sikit, bezalah kut dengan dirinya yang suka berfashion ni. Almaklumlah, bakal modelkan. Imma ni kebannyakkan kawan yang rapat dengannya lelaki. Jadi tidak hairanlah kalau dirinya berkawan dengan Nazmi, Hafiz dan Khairul. Walaupun dia ini perempuan ala-ala muslimah gitu. Dirinya lebih suka berkawan dengan lelaki berbanding dengan perempuan. Dalam berkawan itupun Imma masih lagi mengekalkan tatatusilanya bersama kawan lelaki. Lelaki dan perempuan tidak boleh bersentuhan. Imma masih lagi waras. Dia tahu batas-batas pergaulan dia dengan budak-budak lelaki di kolejnya itu.
Kecuali seseorang itu. Yang memang sudah serasi dengan dirinya. Noor Syahirah. Okey sikitlah fashion dia. Mereka ini, semua adalah rakan-rakan Imma yang berada dalam lain-lain bidang. Hanya Noor Syahira saja yang sama bidang dengan dirinya. Noor Syahirah jugak mempunyai minat yang sama dengan dirinya. Ingin menjadi seorang model. Sambil-sambil itu Imma bolehlah cuci mata di sini. Mana tahu kalau-kalau ada orang yang tersangkut dengan dirinya ke?
‘Harap-harap dapat jumpak anak Putera Raja kat sini.’ He he he… Imma ketawa dalam hatinya.
“Hei, hang buat apa tu ha? Berangan lagilah tu.” Tegur Noor Syahira kawannya. Tidak semana-mena fikirannya tentang Putera dalam mimpinya itu hilang dari khayalannya. Noor Syahira ini memang pekat sikit loghat utaranya. Mengalahkan diri Imma yang sememangnya anak jati dari Kedah. Memang tergugat jugak dia dengan  Noor Syahira ini.
Iyelah anak jati Kedah kan. Tapi, Imma masih bercakap Kuala Lumpur tak macam dengan Noor Syahira ni. Masih dengan Loghat utaranya. Itulah yang membuatkan diri Noor Syahira pekat bahasa Kedahnya.
Tiba-tiba dalam kesibukkan Imma memilih pakaian di situ. Dia telah ternampak kelibat seseorang pemuda yang turut berada di situ. Seseorang pemuda cina yang telah membuatkan dirinya melayang seketika di awangan. Mungkin dia terpegun dengan kekacakan yang ada pada pemuda tersebut.
“Perghh! beb kau nampak tak apa yang aku nampak?” Imma menyoal Noor Syahira bestfriendnya.
“Nampak? Nampak apa hang ni?” Noor Syahira mengerutkan dahinya. Kelihatan jelas kerutan di dahinya itu.
“Apa yang hang nampak? aku tak nampak apa-apa pun.” Beritahunya lagi. Jujur Noor Syahira cakap dia memang tak nampak pemuda itu. Mungkin pemuda itu terselindung di sebalik rimbunan pakaian-pakain yang tersedia gantung di situ.
“Hot gila beb. Taff pulak badan dia. Terpegun aku.”
“Hoii… hang berangan apa tu. Mana ada apa-apa pun kat sini la.” Tegur Khairul rakannya dari Alor Setar, yang sejak dari tadi memilih pakaian di sini.
“Takkan kau orang tak nampak kut. Apa yang aku nampak haih.” Keluh Imma.
‘Pelik betul dengan perangai dia ni. Aku pun tak faham kenapa.’ Monolog Khairul dalam hati.
“Aku pelik la dengan perangai budak perempun ni. Aneh betul, ada saja perkara yang pelik terjadi.” Luah Khairul kepada sahabatnya Hafiz dan Nazmi.
Ye, aku tahu. Wei, jumlah blah. Kita duk luar boring la, duk sini. Bukan ada barang nak beli pun. Tak pun kita pi McD. Aku belanja kau orang.” Beritahu Nazmi kepada rakan-rakanya.
“Alah, kejap la kau orang ni. Aku nak beli barang la buat ole-ole untuk family aku.” Tutur Khairul.
“Okey! Tak apa hang pilih la,barang yang nak beli tu dulu. Kami tunggu kat McD ya!” beritahu Hafiz. Lalu, mereka berdua pun berlalu pergi dari pusat membeli belah itu.
“Apa yang hang nampak Imma? jangan cakap hang nampak kambing masuk dalam ni sudah.” Noor Syahira cuba berseloroh. Dia sengaja buat lawak bodohnya ketika ini.
“Eh! Kau ingat ni kampung ke apa Syera. Yang kau cakap nampak kambing tu apasal. Aku sekeh kang! Baru kau tau kut apa itu erti penyesalan.”
“Haih, tu, cuba kau tengok tu.” Imma cuba menunjukkan sesuatu. Dia menunjukkan menggunkan jari telunjuknya ke arah pemuda tersebut. Hampir saja Noor Syahira jatuh rebah di situ. dia juga turut terpegun dengan pemuda yang sedang membeli pakaian di situ.
“Eh! Hang pa dua orang ni nak pi mana?” soal Noor Syahira kepada mereka berdua. Dia ternampak Hafiz dan Nazmi berjalan keluar dari situ. Mujur Noor Syahira sempat bertanya kalau tidak mungkin dia juga akan ditinggalkan bersama Imma disitu.
“Nak keluar jap. Nak ambik angin. Nanti jumpak kat luar ya. Bukan ada barang yang best pun nak beli. Aku datang sini pun cuma nak teman Imma tu je.” Beritahu Hafiz selamba.
“Okeylah bye. Jumpa nanti ya.” Tutur Hafiz. Dia dan Nazmi melambaikan tangan kepada mereka berdua.
“Syera jom ikut aku.” Imma menarik pengelangan kawannya. Hampir saja Noor Syahira tersadung kakinya disitu.
“Wei, nanti la sat. aku nak pilih baju ni. Aku belum pilih la.”
“Kejap lagilah kau pilih. Aku nak ajak kau pergi ushar mamat tu. Jomlah.” Ajak Imma lagi.
‘Aik, mana mamat tu? Mana dia? Dia pergi mana? Tak kan hilang dah kut?’
“Hmmm…” Imma mengeluh hampa.
Hang ni awat! Aku tengok macam kera hilang anak ja. Hang cari apa sebenaqnya ni? Dari tadi lagi aku dok tengok perangai hang ni pelik semacam ja. Hang nak tunjuk mamat kat depan tu ka?” ujar Noor Syahira. Terbuntang Imma dibuatnya. Bagaikan orang yang disorongkan bantal. Yang lain dia cari lain pulak dia jumpak. Bagaikan pucuk dicita ulam mendatang.
Seketika kemudian Imma cuba untuk mendekatkan dirinya dengan melihat baju-baju sekitar pemuda tersebut. Bukan pemuda cina tadi. Tapi pemuda lain. Pemuda yang telah Syahira beritahu tadi. Imma cuma mahu tunjuk bahawa dia ada disitu. Imma mahu buktikan kepada pemuda tersebut bahawa dirinya yang cantik itu  wujud juga dekat kedai itu.
‘Adui, mamat ni leka pulak dengan telefon dia. Mungkin Awex dia yang call tu. Melepas  kau Imma untuk berkenalan dengan pemuda ini.’
‘Tapi, tangan dia tu pula sibuk dengan memilih baju. Pasti dia tak peduli aku punya. Ataupun saja dia buat-buat tak nampak.’ fikir Imma dalam hatinya. Entah kenapa secara tiba-tiba baju yang berada di lengan Imma terjatuh. Jatuh pulak tepat dekat kaki pemuda itu. Pemuda itu perasan lalu dia ambik dan berikan semula kepada Imma.
I call you back.” Pemuda itu bercakap di telefonnya. Kemudian dia segera meletakkan telefon Note IV di dalam clutch. Wow, it’s Prada. Well, aku just ada Country Hide. Ok apa.. still brand yang mahal.
Sorry…” tuturnya.
“It’sokey.” Beritahu Imma. Mata pemuda itu memandang tepat pada mukanya. Agak lama juga pemuda ini memperhatikan Imma. Terdiam seketika Imma dibuatnya. Imma mula gugup. Dirinya sudah tidak senang duduk.
‘Oh, Tuhan! Apakah semua ini.’ Monolog Imma dalam hati.
“Errr.. saya Azzamuddin.”
“Ehem! Sebenarnya saya Tengku… Tengku Azzamuddin.” Tuturnya lagi.
‘Hah! Apa? Dia Terngku?” terbuntang biji mata Imma. Hampir terkeluar dari kantungnya. Tengku Azzamuddin cuba untuk menghulurkan tangannya sambil mengukirkan senyuman yang terukir di bibir.
‘Phewwww! Menggoda habis.’ Bisik hati Imma. Tergoda dirinya buat seketika.
“Saya, Errr… saya Rahimah. Panggil Imma je.” Imma malu-malu kucing disitu. Noor Syahira sesekejap melagakan sikunya dengan siku Imma. Huluran tangan dari pemuda itu tidak dia sambut. Dia masih jaga adat dan tatasusilanya. Kerana Imma tahu, dirinya tidak boleh bersentuhan Lelaki. Tambah-tambah lagi dengan bukan muhrim ni. Terutama sekali lelaki.
“Err.. awak seseorang ke shopping kat sini?” Tengku Azzamuddin bertanya kepada Imma. Kelihatannya, perlakuannya agak sedikit kekok. Mungkin dia juga terpegun dengan kecantikan yang ada pada Imma ini.
Mata mereka berdua berpandangan. Saling menatap antara satu sama lain. Imma nampak gugup ketika bertembung dengannya. Imma pun tak faham. Kenapa dia perlu gugup apabila bersemuka dengan pemuda itu. Mungkin dia sudah tertarik dengan pemuda di hadapannya ini. Seketika kemudian Noor Syahira meninggalkan Imma sendirian disitu. Sengaja dia jauhkan diri dari Imma.
‘Dia ni dah tau tapi tanya pulak. Ke memang tak nampak. Mata tu buta ke?’ Imma bermonolog dengan diri sendiri.
“Naik perahu terlepas penyauknya, Dah tahu bertanya pula.” Imma saja berkias dengan jejaka di hadapannya ini.
He he he… Kelihatan mereka berdua ketawa.
“Taklah, dengan kawan. Dia orang tunggu luar tu kot. Diorang tak berapa nak kaki shopping sangat. He he he…” Imma cuba buat-buat tak tahu. Dia belek-belek baju yang ada dekat sekitar situ. Ingin cover malu la tu. Entah kenapa dirinya berani sangat nak over sampai macam tu depan pemuda ini.
“Imma! Imma…” panggil Noor Syahira. Dari jauh kedengaran suara Syahira memanggil namanya sambil melambaikan tangan.
“Oi, cepat doe...dah lewat ni.” Panggilnya lagi.

‘Cis, spoil gilalah kau ni Syera. Kacau daun betul. Baru aje aku nak berkenalan dengan mamat yang ada kat depan aku ni.’ Marah Imma. Dalam hatinya tidak habis-habis mengutuk rakannya seorang ini. Pada pandangan Imma. Pemuda yang dia bertemu tidak hampir keseluruhan semuanya seperti Melayu. Sebab kulit mungkin, atau memang muka dia pure melayu tak macam dirinya. Hishh!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan