Teks

Selasa, 14 Oktober 2014

CINTAKU MILIKMU ABADI SELAMANYA



Oleh : Arepit Shafiq

Mungkin inilah yang dinamakan kehidupan dalam alam perkahwinan. Pasti akan terjadi  perpisahan, tangisan, kesedihan, kesemua ini akan terselit di alam rumah tangga perkahwinan. Tanpa cinta sangat menyakitkan. Kerana ia memberi sejuta dugaan.

==========

Part 1

HUMAIRAH Batrisha memandang mesej yang baru sahaja diterimanya. Kelihatan agak lama juga dia merenung dan menatap ke arah skrin telefon itu. Dia dengan segera menunaikan solat sunat dua rakaat memohon doa dan minta petunjuk dari Allah swt. Apa yang akan terjadi dia akan terima dengan berlapang dada. kemudian, Humairah Batrisha membalas mesej tersebut.
Humairah :  Abang balik dulu ye, kita bincang nanti dekat rumah.
Pendek sahaja mesej yang ditulis dan ditaip Humairah kepada suaminya. Sejurus dia menunaikan solat dua rakaat itu.
Malam telah melabuhkan tirainya. Motosikal yang ditunggang Azrul Irfan kedengaran di luar rumah. Arfan anaknya yang sulung baru berusia lima tahun berlari-lari anak mendapatkan babahnya. Seketika kemudian terlihat Arfan kini berada dalam rangkulan dukungan babahnya.
“Anak babah ni sudah mandi ke belum ni?”
“Umi ada?”
“Mana Umi?” bertubi-tubi soalan yang ditanya oleh Azrul kepada anaknya.
“Sudah mandi dah. sebelum Maghrib tadi.”
“Umi dalam bilik, babah. Umi susukan Cici.” Jawab anaknya Arfan.
“Nenek mana?” soal Azrul lagi.
“Nek tak ada, dia pergi kenduri.”
“Tak balik lagi.”
“Kenapa babah cari nek?” soal anaknya kembali.
“Anak babah ni sudah makan ke belum?” Azrul mula mengalih topik perbualannya.
“Tunggu babah baliklah. Tak best makan sorang-sorang.” Jawab anaknya. Baru saja umurnya mencecah lima tahun sudah petah berbicara. Mengalahkan kanak-kanak yang sudah memulakan pengajian di sekolah harian.
“Tak apa, kalau macam tu Arfan main dulu ye?”
“Babah nak pergi mandi.”
“Nanti kita makan sama-sama.” Beritahu Azrul kepada anaknya. Arfan hanya mengangguk faham. Dia meneruskan permainannya dengan bermain kereta mainan yang dihadiahkan kepadanya semasa menyambut hari kelahirannya.
            Azrul melangkah perlahan kakinya menuju ke biliknya. Dia menolak tombol pintu dengan penuh cermat. Kelihatan Humairah sedang menyusukan anak keduanya dengan memberi nama timangan sebagai Cici. Lamunan Humairah terhenti apabila dia dapat mengesan kelibat Azrul yang menolak tombol pintu bilik mereka.
“Assalamualaikum.” Azrul mula memberi salam.
Humairah yang berada dalam keadaan kelam kabut itu perlahan-lahan meletakkan Cici di atas katil bayi yang berada di tepi katil mereka. Kemudian dia mendapatkan suaminya. dan menyalam kedua-dua belah tangan suaminya itu.
”Maafkan Umai, bang. Cici menangis tadi.  Tak sempat nak sambut abang depan pintu.” Beritahu Humairah dengan perasaan bersalah.
“Tak apa abang tak kisah pun.”
“Sudah lama Cici tidur?” soal Azrul Irfan kepada isterinya.
“Baru aje bang. Abang pergi mandi dulu, Umai pergi siapkan makanan ye.” Beritahu Humairah Batrisha. Dia meminta izin kepada Azrul untuk menyiapkan makan malam pada malam ini. Seketika kemudian Azrul Menjawab.
Yelah. Bak sini tuala abang…” pinta Azrul. Humairah hanya patuh pada arahan suaminya itu. Kerana dia tahu syurga terletak dibawah tapak suaminya. Bukan lagi terletak di bawah tapak kaki ibunya. Kerana dia sudah pun bergelar isteri orang dan bukan lagi anak dara. Dia juga sudah bergelar status seorang ibu.
Selesai saja dari mengemaskan diri. Dia makan malam bersama dengan isteri dan anak-anaknya. Ibu Azrul baru saja pulang dari rumah kenduri. Sebagai seorang menantu, dengan pantas Humairah menyalami tangan mertuanya itu lalu menyapa.
 “Kenduri tadi macam mana?”
“Ramai tak orang datang, Umi?” Soal Humairah dengan lembut. Puan Mariam Cuma menjawab.
“A’ah… ramai jugak. Fan mana?”
“Ada dalam bilik. Dia tengah baring-baring aje.” jawab Humairah. Kelihatan puan Mariam menuju ke biliknya. Raut wajahnya ketika ini agak keletihan. Sudah sehari suntuk dia berkampung di rumah kenduri untuk menjayakan majlis itu.
Humairah memulas tombol pintu biliknya. Ketika itu dia melihat suaminya yang keletihan sedang terbaring tidur di atas katil. Azrul sudah kepenatan kerana sudah seharian dia keluar mencari rezeki.
“Abang penat? Umai urutkan ye.”
“Atikah ada jumpak abang tadi?”
“Katanya dia mahu berjumpa dengan abang.” soal Humairah. Dia hanya tersenyum sahaja. Dalam hatinya ini risau jikalau suaminya itu berjumpa dengan perempuan yang dimaksudkannya tadi. Perempuan itu adalah cinta pertama suaminya suatu ketika dulu.
 “Kenapa? dia ada masalah ke?”
“Tak, tadi…” Humairah tidak dapat meneruskan percakapannya. Tangannya masih lagi mengurut-ngurut belakang suaminya itu.
“Tadi apa Umai, ceritalah dekat abang.” Azrul yang kini sedang baring. Berkalih pandang wajahnya. Dia bangun dan terus mengadap ke wajah isterinya.
“Dia cakap apa tadi?” desak Azrul. Mahu tidak mahu, Humairah terpaksa ceritakan juga perkara itu.
“Tak, dia cakap cintanya pada abang tak pernah pudar.”
“Hmmmm…” kelihatan Humairah medengus kecil.
“Hanya itu aje?”
Ye, hanya tu aje bang. Dia cakap hanya abang aje yang ada dalam hati dia.”
“Dia tak dapat lupakan Abang.” Perasaan Humairah ketika ini mendung. Dia tidak dapat membayangkan apa yang bakal terjadi nanti kepada hubungan dia dan suaminya ini.
“Kesian dia Umai.”
 “Dia, dah nampak kurus dah sekarang ni.”
“Tak macam yang abang kenal dulu.”
“Atikah yang dulu debab. Badan berketul-ketul. Tapi sekarang dah kurus.” Beritahu Azrul dengan sayu.
Aku dah agak mesti dia jumpa punya dengan perempuan tu.
Maklumlah cinta pertamakan. Siapa tak nak jumpa. Dan memang tak dapat dilupakanlah cinta pertama ni.’ Humairah berkata-kata dengan hatinya.
“Habis tu abang nak buat apa sekarang?”
“Umai relakan abang berkahwin dengan dia.”
“Boleh?” pinta Azrul Irfan. Kelihatan dimata Humairah Batrisha sudah berkaca. Dia mendapatkan anak perempuannya yang masih bayi itu. Lalu dikucupkan ubun-ubun dikepala.
 “Kalau itu yang abang nak.”
“Yang boleh membuatkan abang bahagia.” air mata yang ditahan tadi mula mengalir dan menitis. Cici yang berada di dalam katil baby itu terjaga. Lalu, menangis dengan teresak-esak apabila terdengar Azrul meminta Humairah membenarkan dirinya berkahwin dengan Nur Atikah. Bekas kekasihnya.
“Hmmm…” terdengar keluhan yang dihembus kasar dari ruang udara paru-parunya.
“Memang dia aje yang dapat membahagiakan abang.”
“Abang kahwin dengan Umai ni pun atas permintaan Umi abang aje dulu.”
“Tak kan Umai tak ingat kut.” Humairah hanya mendengar tanpa berkata-kata. Agak lama juga dia mendiamkan dirinya di samping Cici. Dia berusaha untuk menteteram Cici ketika ini. Dia menyusukan anaknya itu.
Kenapa semua ini terjadi kepada aku.’
Setelah aku benar-benar cinta dia.
Puas selama ini aku berusaha untuk mendapatkan cintanya.
Tapi semua itu sia-sia. Rupanya cintanya masih lagi kepada Atikah.’ Hatinya berbicara sendirian. Dia cuba untuk memujuk hatinya supaya tidak berduka lara ketika ini.
“Tak apa abang.”
“Umai tak kisah, janji abang bahagia ye.”
“Umai redha kalau itu takdir Umai. Yang perlu Umai hadapi. Umai redha abang. Dengan ketentuan qada’ dan qadar.” Luahnya. Hatinya bertambah pilu. Bagaikan ditunus pisau belati.
“Tapi tak ape ke ni?”
 “Kesian Umai nanti.”
Sudah tahu, bertanya lagi.
Apa jenis orang ni. Sudah tau aku hanya cinta dia. Kenapa aku nak tipu.’
‘Hasil cinta aku dengan dialah telah membuahkan hasil. Anak yang telah berumur lima tahun inilah hasil ikatan cinta aku kepadanya. Cici pula adalah anak keduanya bersama aku.’ Bisik hati hawanya.
“Alah, tak ape abang.”
“Bukan ke semua itu impian abang selama ini.”
“Sekarang peluang itu dah datang. Jadi abang teruskan aje niat abang tu.”

“Untuk abang berkahwin dengan dia. Itukan impian abang sejak dari bangku sekolah lagi.” Beritahu Humairah Batrisha. Tapi dalam hatinya ketika ini siapa yang tahu. Dia hanya berpura-pura saja di hadapan Azrul ketika ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan