Teks

Selasa, 14 Oktober 2014

CINTAKU MILIKMU ABADI SELAMANYA


                                     Oleh : Arepit Shafiq

Part 2

PADA Suatu petang, Humairah Batrisha terdengar perbualan antara Puan Mariam dengan suaminya Azrul Irfan. Ibu mertuanya itu berbicara dengan suaminya saja. Tanpa pengetahuan mereka. Dia terdengar perbualan itu secara tidak sengaja.
“Fan, Atikah ada datang jumpa Umi semalam.”
“Sudah kurus dah ye dia sekarang.”
“Sampai menangis dia bercerita tentang kehidupanya tanpa kamu.”
“Selepas kamu pergi dari hidupnya. Hidupnya terumbang ambing. Tidak terurus.”
“Makan minum tidak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena. Sebab tu dia jadi macam tu. Mungkin?” Puan Mariam cuba berfikir sejenak. Dia yang mengambil keputusan untuk menjodohkan anaknya dengan Humairah Batrisha itu kerana tidak mahu anaknya kecewa apabila hubungan Azrul ditentang kuat oleh ibu bapa Nur Atikah. Azrul cuba menjawab pertanyaan Uminya itu.
“A’ah dia pun ada jumpa Fan.”
“Dia cakap, dia nak kembali pada Fan semula.”
“Umi setuju?”
“Umi setuju aje.”
 “Tapi Umai setuju ke tak?”
“Dia setuju aje…”
 “Tapi Umi nak Fan jangan melukakan hati Atikah lagi.”
“Umi tak nak dia kecewa macam dulu.”
“Setelah hubungan kamu putus apabila selepas tamatnya zaman persekolahan.”
“Umi tak nak perkara yang dulu berulang lagi.”
“Umi nak dia bahagia aje...” beritahu puan Mariam.
Humairah Batrisha yang berada disebalik dinding dapur yang hanya dipisahkan ruang tamu itu hanya mendengar saja perbualan dua beranak ini. Hatinya berasa sedih sangat apabila memikirkan nasib tentang dirinya.
“Jadi Fan perlu pilih salah seorang dari merekalah ye Umi?” Azrul mula menyoal Uminya. Kepalanya yang tidak gatal itu digaru. Dia bertambah pening sekarang ini. Dia tersepit antara dua pilihan. Dia terpaksa memilih berlian ataupun permata. Dua-dua dia suka. Seorang sudah pun menjadi isterinya. Manakala seoarang lagi cintanya yang dulu hilang kini telah kembali pulang.
“Fan buntu umi.” terpacul perkataan ini dari bibirnya.
Kejam ke kalau aku ceraikan Humairah?
Aku tidak cintakan Humairah.’
Itu dulu, tapi sekarang hati aku semakin sukakan dia.
Setiap hari akan timbul perkataan sayang ini dalam diri aku. Bukan sikit tapi semakin banyak.’
Arghhhhh!!’ jerit hati adamnya. Dia termenung di ruang tamu rumahnya itu sambil mengimbas kembali saat lima tahun tahun yang lepas bersama dengan kekasih hatinya.
* * * * * * *
KERANA terlalu kecewa dengan Nur Atikah. Dia pun meluahkan segala-galanya pada Uminya puan Mariam. Lalu, puan Mariam telah mencari pengganti buat dirinya. Humairah Batrisha namanya. Dia berkenalan dalam beberapa bulan saja. Maka timbullah keserasian diantara mereka. Di saat itu, Azrul mula meluahkan perasaannya kepada wanita ini.
Baginya Humairah Batrishalah tempat untuk dia mengadu, meluahkan perasaan dan apa-apa sahaja yang menganggu emosinya. Humairah Batrisha ini seorang yang penyabar. Dia selalu sabar dengan sikap Azrul yang sering berubah-ubah ini. Sikap Azrul diibaratkan macam empat musim. Kadang gembira, kadang sedih, kadang emosi, dan macam-macam lagi perangai yang ada dalam diri Azrul ini.
“Saya tidak tahu apa silap saya.”
“Sampaikan dia menjauhkan diri dari saya.”
“Awak rasa ape yang kurang pada saya?”
Perasan Humairah yang tenang itu senang air di persisiran pantai.  Humairah cuba untuk menenangkan dan menteteramkan jiwa Azrul. Mereka berdua hanya mengutus menggunakan mesej sahaja. Tidak pernah untuk bertemu, apatah lagi untuk bersua muka.
“Atikah betul-betul sudah buang saya.”
“Saya rasa sedih sangat sekaranag ni.”
“Pada pendapat awak, apa yang perlu saya buat?”
“Seolah-olah percintaan kami selama lima tahun ini sia-sia aje.”
“Ibu bapa dia, tak suka saya. Dia jugak dah beri semula semua barang-barang yang telah saya beri kepadanya suatu ketika dulu.”
“Dia pulangkan semua barang-barang itu kepada saya.”
“Semua rancangan saya dah musnah…”
“Musnah semuanya.” Luah Azrul Irfan. Dia menghantar mesej itu kepada Humairah.
“Sudahlah tu, jangan menangis lagi ye.” Humairah cuba untuk menenangkan diri Azrul.
“Sabar…sabar itukan penguat jiwa.”
“Ingat Allah sentiasa bersama kita. Awak hanya kehilangan Atikah tapi Allah masih ada kan?” beritahu Humairah. Dia cuba untuk memberikan mutiara kata dan tusukan semangat kepada Azrul.
“Alangkah, bagusnya kalau Atikah macam awak.”
“Berfikiran matang. Tidak kebudak-budakan.”
“Saya ingat, saya nak masuk minang Awaklah. Terima kasih kerana ambik berat fasal saya.” Mesej yang di hantar itu betul-betul mengejutkan Humairah.
“Awak serius? Nak meminang saya?” soal Humairah dengan penuh debaran.
“Tapi saya tak ada cinta nak bagi kat awak?”
“Nanti awak akan sengsara hidup tanpa cinta ni.” Humaira mula mengeluh. Dia tahu, hidup dalam alam berumah tangga ini bukan senang. Apatah lagi apabila hidup tanpa mempunyai perasaan cinta dan kasih sayang. Kerana kasih sayang itu penting dalam sesebuah keluarga.
“Tak ape, saya sanggup daripada saya hidup kecewa begini.”
Perkahwinan itu berlangsung dengan gilang-gemilangnya. Mereka mengadakan perkahwinan ini di sebuah perkampungngan yang terletak jauh dari kawasan Bandar. Kampong tempat kelahiran Humairah. Disinilah terletak rumahnya. Perkawinan antara Azrul Irfan dan Humairah Batrisha ini di adakan ni kampong Suka Menanti. Yang terletak jauh nun di sebuah daerah.
Walaupun Humairah Batrisha tidaklah secantik Nur Atikah tapi dia seorang yang berbudi bahasa. Dia hormat orang tuanya melebihi dirinya sendiri. Selesai sahaja majlis perkahwinan itu. Mereka masuk ke bilik untuk mengadakan sesi photogafi. Ramai tetamu yang masih lagi bertandang ke rumah Humairah.
“Terima kasih kerana sudi berkahwin dengan saya.”
“Tak apa saya tak kisah.”
“Saya nak mintak maaf kalau saya tidak dapat nak mencintai awak seperti yang awak mahukan.” Beritahu Humairah Batrisha dalam nada yang terketar-ketar. Maklumlah dia baru saja melangsungkan majlis perkahwinan ini.
“Awak.”
“Awak… Humairah dengar tak.” Panggil Azrul. Humairah yang terdengar panggilan itu terkejut.
“Saya nak bagitau dekat awak ni.”
“Kita kan sudah berkahwin. Dah bergelar suami isteri. Jadi…”
“Jadi apa?” Humairah mendongokkan kepalanya.
“Jadi awak tak perlulah guna panggilan saya, awak lagi.”
“Panggil Abang ye, abang panggil Humaira Sayang.”
“Boleh?”
“Erkk…” tekeluar perkataan ini dari bibir Humairah. Dia terasa kekok dengan panggilan abang itu. Demi kehendak Azrul dia terpaksa ikuti juga.
“Okey! Saya boleh panggil awak dengan panggilan abang.”
“Tapi dengan Syarat!”
“Apa syaratnya?” soal Azrul. Dia sudah tidak sabar lagi untuk mengetahui apa syaratnya.
“Syaratnya, saya boleh panggil awak dengan panggilan abang. Tapi awak perlu panggil saya dengan nama aje. Boleh?”
“Alah, tengok tu. Panggil awak lagi.”
“Abanglah.” seloroh Azrul.

“Okey! Abang.” Balas Humairah acuh tak acuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan