Teks

Selasa, 14 Oktober 2014

CINTAKU MILIKMU ABADI SELAMANYA

    Oleh : Arepit Shafiq

Part 3

SUDAH beberapa bulan berlalu. Selepas perkahwinan itu, Humairah telah disahkan mengandung dan sekarang kandungannya telahpun mencecah lima bulan. Puan Rahimah ibunya sungguh berasa gembira. Kerana ini adalah kelahiran cucu pertama dan dia bakal bergelar nenek. Pak Ibrahim bapa Humairah juga turut berasa gembira kerana bakal menimang cucu yang pertama.
 Tidak kurang juga puan Mariam, ibu mertuanya juga turut berkongsi berita gembira ini. Humairah Batrisha dan Azrul Irfan juga berasa begitu teruja dan gembira untuk menimang cahaya mata mereka. Dua orang suami tidak henti-henti memohon kesyukuran kepada Allah swt. Selepas mereka mendapat berita gembira itu.
Pada pagi itu, Humairah telah mengajak Azrul untuk pergi membeli barang keperluan bayi. Dia telah bersedia untuk membuat persiapan awal. Dalam keghairahan mereka sedang mencari dan memilih barang keperluan bayi, Azrul telah dikejutkan dengan sesuatu. Dia telah mendapat satu panggil dari number yang tidak dikenalinya.
Dia melihat di skrin telefon pintar mudah alihnya itu berulang kali. Tapi panggilan itu tidak dijawabnya. Dia ingin membeli barang keperluan itu bersama isterinya. Kerana ini lebih penting dari pangilan itu.
“Bang, kenapa tak dijawab panggilan tu.”
“Sudah berkali-kali bunyi. Mungkin penting ke?”
Mahu tidak mahu dia terpaksa jawab juga panggilan itu. Dia menekan punat hijau lalu mendail semula number tadi. Ternyata  yang menelefonnya sebentar tadi adalah Nur Atikah bekas kekasihnya itu. Rupanya gadis itu berada dalam kesusahan dan dia memerlukan pertolongan.
Tapi kenapa dia cari aku.
Bukan ke dia dah buang aku dulu.’ Hatinya berkata-kata.
“Siapa yang telefon tu?” soal Humairah. Pertanyaan isterinya itu tidak diendahkan. Dia masih lagi memikirkan perihal Nur Atikah.
“Abang…” panggil Humairah.
“Abang, kenapa ni?” Humairah mula cemas. Hatinya pada ketika ini rasa aneh dengan sikap suaminya itu.
“Atikah, dia…”
“Dia…” Azrul Irfan tidak dapat meneruskan percakapannya.
Lah, perempuan tu lagi. Aku ingatkan siapa.
Hmmm…’ Humaira berbicara dengan hatinya.
Sudah lama dia menghilangkan diri.’
‘Tapi, kenapa sekarang dia datang balik untuk gangu suamiku.’
‘Bukan ke dia dah tak nak suami aku.’ Perasaan buruk sangka mula menguasai diri Humairah. Tapi, dia telah buang jauh-jauh perasaan itu. Kerana dia tahu ini akan memberi kesan kepada anak yang dikandungnya itu.
“Dia, kenapa dengan dia abang?”
“Dia mintak tolong abang.”
“Dia cakap kereta adik dia rosak.”
“Tak ada orang nak repair, atau bawak pergi bengkel.”
“Tak ape abang, bang pergilah ye?”
“Umai…” panggil Azrul Irfan.
 “Tak ape ke ni?”
“Tak ape bang.”
“Abang pergilah ajelah.”
“Umai balik naik teksi.” beritahu Humairah. Suaranya mendatar saja. Dengan pantas dan cepat Azrul pergi mendapatkan Nur Atikah. Dia meninggalkan isterinya berseorangan di kedai membeli belah itu dengan membeli barang untuk keperluan bayinya nanti. Petang itu barulah dia pulang ke rumah. Kelihatan di riak wajahnya ceria sahaja.
“Atikah macam mana?” Humairah mula bertanya. Dia yang berada di dapur bergegas mendapatkan suaminya. Dengan lantas Humairah menyalami kedua-dua tangan suaminya itu.
“Dah ok ke?”
“A’ah, dah okey.” Jawab Azrul Irfan sepatah. Entah fikirannya ketika ini melayang ke mana.
“Abang ni, Umai tengok gembira lain macam aje.” Fikiranya ketika ini bercelaru. Macam-macam persoalan menerjah kotak kepalanya. Azrul pula hanya mendiamkan diri dan dia tidak memberitahu perkara yang sebenar kepada isterinya ini. Kerana dia tahu, kalau dia bercakap jujur pasti isterinya akan terluka.
“Fuhh!” Azrul melepaskan penat lelahnya. Dia tidak banyak bercakap ketika ini. Azrul melabuhkan punggungnya di sofa yang empuk itu untuk merehatkan dirinya.
“Tak apelah abang, kalau tak nak cerita Umai tak paksa.”
“Tu Umai dah masak, nasik lauk, semua dah ada atas meja.”
“Makan aje kalau abang nak makan.”
“Umai dah makan belum?” soal Azrul. Dia sengaja mengalihkan topik perbualannya.
“Dah, petang tadi.”
“Abang penatkan? Meh Umai urutkan.” Dia mendapatkan Azrul dan mengurut bahu. Lalu, dia melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan suaminya itu.
“Tak apalah Umai, abang nak mandi dulu.”
“Badan pun dah melekit-lekit ni. Sudah seharian abang berjemur ditengah panas.” Dia menyentuh tangan Humairah lalu diajauhkan dari bahunya.
“Tak ape lepas abang mandi kita makan malam sama-sama ye.” Beritahu Azrul Irfan. Dia  mengenyitkan sebelah matanya kepada Humairah. Dia juga memberikan satu kucupan di dahi. Kelihatan lirikan senyuman nakal mula bertandang di mukanya.
“Eeeee, bauu…” Humairah tolak tubuh Azrul jauh darinya.
“Mana tuala abang?” soal Azrul.
Haisy, suami aku seorang ni.
Nak tuala, pergi la ambik sendiri. Adoi sudah la penat. Baru aje sudah masak ni.’
Umai… Umai, jangan mengeluh. Tak fasal-fasal nanti kang. Kau kena bebel dengan dia.’ Kelihatan terpancar sebuah senyuman di bibirnya. Perasaan ragu-ragu terhadap suaminya tadi sudah hilang dari fikirannya. Seketika kemudian dia berlalu pergi mengambil tuala yang berada di penyidai lalu dihulurkan kepada Azrul.
“Nah, ambik tuala ni. Lepas tu, pergi mandi.”
Yelah…” jawabnya sepatah.
“Ingat tau lepas ni, kita makan malam berdua.” Dia menunjukkan jari telunjuknnya sebagai janji dan peringatan.
Ye.” balas Humairah pula.
Setelah selesai mengemaskan diri Azrul mengajak Humairah untuk menunaikan solat Magrib bersama-sama secara berjemaah. Habis sahaja solat Azrul berdoa dan memohon kepada Allah swt semoga perkahwinan mereka berdua berkekalan dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Dia ingin membina sebuah keluarga yang bahagia, aman dan damai.
“Abang apa yang terjadi tadi sewaktu abang tolong Atikah?” Humairah mula menyoal. Dia sengaja mengajukan solan cepumas ini kepada suaminya. Kerana dia ingin tahu apa yang telah terjadi dan menyebabkan Azrul menjadi pelik hari ini.
“Atikah cakap dia masih cintakan abang.” Beritahu Azrul tanpa berselindung. Luahanya, kelihatan di wajahnya ketika ini terukir dengan seulas senyuman. Dia terpaksa berterus terang juga. Daripada berbohong dengan isterinya. Hati isteri mana tidak sakit. Apabila suami yang dia sayang beritahu bahawa wanita lain masih mencintainya. Hampir saja luruh jatung Humairah dari jasadnya.
Aku dah agak dah. Mesti dia fikirkan fasal perempuan tu lagi.
Tapi, kenapa. Aku kan sudah berkahwin dengan dia.’ Fikiran Humairah semakin bercelaru. Makan malam ini tidak seindah seperti yang dia sangkakan. Hidupnya selepas ini pasti akan hancur. Hancur kerana seorang lelaki yang dia sayang itu bakal berjauhan dengannya.
“Jadi apa keputusan abang?”
“Apa abang nak buat dengan dia?”
“Abang!” panggil Humairah. Seketika kemudian, Azrul terhenti dari lamunannya. Ingatannya bersama Atikah tadi telah hilang dari kotak fikirannya. Makanan yang berada di meja makan ini masih belum terusik.
“Abang, makanlah.”
“Umai dah kenyang.” Beritahu Humairah. Dia sudah tidak lalu lagi mahu makan ketika ini. Nafsu makannya telah terbantut.
“Abang sayangkan Nur Atikah.”
“Abang tak boleh lupakan dia.”
“Umai pun tau kan.” Luah Azrul. Kelihatan riak wajah Humairah telah berbah.
“Tak apa abang.” pendek saja jawapan yang diberinya.
“Abang kembalilah pada Tikah, Umai tak kisah.”
“Habis, Umai macam mana?”
“Abang tak akan tinggalkan Umai.”
“Abang tak akan ceraikan isteri abang yang sedang mengandung ni.” Dia bangun dari kerusi yang dia duduk itu lalu mengusap-ngusapkan perut isterinya.
“Tapi…” Azrul tidak dapat meneruskan percakapannya. Bagaikan ada sesuatu yang menghalangnya untuk berterus terang dengan wanita ini.
“Tapi, apa abang?” perasaan Humairah ketika ini ingin tahu. Apa yang tidak kena pada suaminya itu.
Fasal perempuan tulah hidup suami aku menderita sekarang.’
Tapi, kenapa suami aku yang sering menjadi buruannya.’ Fikirnya sejenak.
“Habis abang nak buat macam mana sekarang ni.” Azrul cuba untuk mengalihkan topik perbualan mereka.
“Takkan abang nak bebankan Umai dengan kehidupan abang.”
“Umai tengoklah apa dah jadi sekarang.”
“Umai nak tengok ke anak dalam perut ni membesar tanpa seorang ayah nanti?” soal Azrul. Soalan Azrul itu Humairah tidak jawab. Dia saja tidak mahu jawab, kerana dia tahu perasaannya akan terluka. Humairah mengutip semua bekas makanan yang dimakan oleh mereka berdua lalu dicucinya. Kemudian dia mengemaskan semula meja makan itu. Selepas itu barulah dia masuk ke kamar tidurnya. Setelah selesai makan malam Azrul dan isterinya bersolat isya’ pula.
“Abang…” panggil Humairah. Perasaan sebak mula bertandang ke dalam jiwa Humairah. Dia menarik tangan suaminya itu lalu, melabuhkan punggungnya di atas katilnya.
“Umai sanggup untuk korbankan segala-galanya demi kebahagiaan abang.”
“Umai sanggup abang.”
“Umai tak nak jadi penghalang untuk kebahagiaan abang.”
“Dahlah. Esok abang nak kerja kan.”
“Kita tidur ye.” Humairah cuba memujuk hati Azrul.
“Abang tak boleh tidurlah.” Azrul berbicara.
No, you cant.”
 “Just relax and close your eyes.
 “Okey.” Humairah masih lagi memujuk suaminya itu. Tapi, hatinya juga tidak tenteram. Dia sengaja mahu memujuk suaminya itu. Humairah cuba membaringkan dirinya. Sekejap dia baring ke kanan. Sekejap dia baring ke kiri. Tetapi, matanya tetap tidak boleh tidur. Kelihatan Azrul sudah mula melelapkan mata. Kedengaran pula dengkurannya memenuhi segenap ruang bilik ini.
Haisy, suami aku ni.

Kalau berdengkur tu. Mengalahkan bunyi cekerik lagi.’ Getus hati Humairah. Dia ambil bantal lalu ditekapkan ditelinganya. Tapi masih sama tidak dapat tidur. Dia bangun kemudian menuju ke bilik air. Humairah mengambil wudhuk untuk menunaikan solat sunat. Dia buat apa yang patut. Setelah selesai semuanya dia berdoa supaya esok semuanya akan selesai dan menjadi  baik-baik sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan